“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik. “Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang. “Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama. “Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah.
Betul tak? Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya.
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
Ads
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Ads
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Kat sini, dikongsi 7 tips, camna nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah :
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan. Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
Ads
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang berusia antara 1.5 tahun sehingga 3 tahun sememangnya suka memberontak, campak barang, merajuk, mengamuk, menjerit dan macam-macam lagi drama yang mereka buat semata-mata nak dapat perhatian.
Daripada perkongsian Dr. Rozieta Shaary anak-anak kita ni sebenarnya sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Biasanya bila anak tak dapat sesuatu yang mereka nak, mereka akan rasa kecewa dan sedih. Bila dah kecewa dan sedih, lepas tu pula tak dapat layanan yang sepatutnya maka bertambah membuaklah perasaan tu.
Akhirnya mereka akan hilang kawalan dan mengamuk lepas tu menjerit, berguling-guling, baling dan campak barang dan buat apa saje sampai mereka puas hati.
Bagaimana nak lembutkan hati anak?
Berdasarkan perkongsian dari Puan Aminah Hussain, kuasa pelukan adalah ubat paling berkesan untuk anak-anak bermula dari peringkat bayi hinggalah anak yang dah besar.
Jangan pandang rendah pada kuasa pelukan.
Dulu pernah tular kisah seorang ibu yang mempunyai seorang budak 3 tahun yang panas baran. Anak yang tidak boleh kawal rasa marah ini ubat dia ialah pelukan.
Bayangkan umur 3 tahun dah boleh angkat kerusi nak pukul budak lelaki lain. Ibu ini berkongsi seorang pakar psikologi memberi tip, bila anak marah dan mengamuk PELUK lah dia.
Cara memeluk anak ialah kita yang tinggi ni kena melulut biarkan sama paras dengan anak dan memeluk anak dengan kedua tangan kita selama 15- 20 saat. Bacakan surah alfatihah dan tiupkan pada ubun- ubun anak.
Ini kerana 2 ayat terakhir surah al fatihah adalah ubat pada salah laku anak tadi.
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Menurut 1 laman web yang saya baca, memeluk anak sebanyak 18 kali sehari menjadikan anak lebih cerdik dan pandai. Senang menerima pembelajaran di sekolah.
Memeluk anak 8 kali sehari pula dapat mengembangkan sikap kreatif dalam diri anak. Memeluk sebenarnya lebih berkesan daripada memuji. Peluk anak jika mereka melakukan sikap yang terpuji daripada hanya memuji “yeay, adik dah pandai”
Berbanding anak perempuan, anak lelaki mungkin lebih banyak menyembunyikan perasaan mereka. Kadang-kadang kita pun tak tahu apa sebenarnya yang mereka mahu. Jadi sebagai ibu ayah kenalah lebih peka dan sentiasa berusaha untuk memahami perasaan anak lelaki.
Kredit foto: Facebook Dr. Taufiq Razif
Melalui penulisan Dr. Taufiq Razif, beliau menyenaraikan beberapa perkara yang selalu anak lelaki sembunyikan walhal itulah keinginan mereka.
Ikuti penjelasan beliau dengan lebih lanjut;
Anak lelaki kita sembunyikan 7 perkara ni:
1. Dia nak sangat jadi macam ayahnya lagi lagi jika dia nampak kredibiliti ayahnya jika si ayah tu jenis bertanggungjawab dan ada prinsip hidup yang tegas.
2. Dia nak sangat ada pasangan seperti ibunya lagi lagi jika ibunya jenis yang penyayang dan pandai buatkan jiwa dia rasa terpenuhi.
3. Dia nak sangat jadi pemberani sebab secara fitrahnya anak lelaki adalah ‘Qawwam’ iaitu pelindung dan penaung lebih lebih lagi pada adik beradik perempuannya sendiri.
Kredit foto: Facebook Dr. Taufiq Razif
4. Dia nak sangat ada mentor yang dia boleh ikuti kerana suatu hari nanti dia tahu dia akan berjuang untuk hidupnya sendiri dan mentor tersebut boleh menjadi tempat rujuk dan sebagai sumber inspirasi.
5. Dia nak sangat ada keyakinan diri yang tinggi kerana suatu hari nanti dia perlu galas tanggungjawab yang besar sebagai kepala keluarga dan rumah tangga.
6. Dia nak sangat banggakan ibubapa terutama ayahnya dan antara perkataan yang dia paling inginkan keluar daripada mulut ayahnya sendiri adalah “Ayah bangga dengan kamu nak.”
7. Dia nak sangat tidak dibanding bandingkan dirinya dengan anak yang lain kerana ia boleh menjejaskan harga diri dan membuatkannya menjadi inferior di hadapan adik beradiknya yang lain.
“I might not perfect but when I look at my son I know that i got something in my life that perfectly right.”
Dengan perkongsian ini, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk lebih mendalami perasaan dan kehendak anak-anak lelaki kesayangan kita. Mungkin mereka tak banyak meluahkan, tetapi mereka juga ada perasaan. Jadi ibu ayah, ambil tahu apa mereka rasa.
Bila berkahwin, suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap satu sama lain dan rumah tangga mereka. Antara tanggungjawab yang sering menjadi pertikaian suami isteri adalah siapa yang bertanggungjawab melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah dan mengasuh anak-anak.
Pada asasnya, pengurusan rumah tangga adalah tanggung jawab suami menguruskannya sama ada dengan melakukannya sendiri atau mengupah orang lain. Bagaimanapun, sejak dulu lagi kerja rumah dilakukan oleh golongan wanita sama ada isteri atau anak perempuan.
Justeru, apabila isteri memilih membantu suami menguruskan kerja rumah, ia adalah kebajikan yang mulia dan dianggap sebagai sedekah.
Menerusi perkongsian Penulis & Pendidik Ilmu Keibubapaan, Taufiq Razif, kebanyakan suami menyerahkan sepenuhnya kerja rumah pada isteri walhal perkara itu boleh dilakukan bersama. Begitu juga dalam bab mencuci pinggan sekalipun.
Siapa kata cuci pinggan ni tugas isteri? Isteri bukan cuci pinggan kerana itu tugas mereka tapi kerana ihsan mereka pada pasangannya.
Dia kesian pada pasangannya yang dah berpenat lelah mencari rezeki untuk keluarga jadi sebagai tanda ihsan dan kasih sayang maka isteri lakukan juga.
Tapi itu bukan bermakna si suami menganggap ianya adalah kewajiban dan tugas hakiki seorang isteri. Kepenatan seorang isteri adalah real dan bukan main main!
Tanda tanda isteri dalam kepenatan :
– Jadi susah nak senyum – Mudah marah-marah – Mudah melenting – Susah nak bergurau dah – Nafsu untuk bersama semakin menurun – Selalu rasa diri gagal
Sebab itulah kata kunci perkahwinan adalah #BuatSamaSama
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.