Pemberian wang bantuan sumbangan atau Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) yang sudah mula diedarkan di seluruh negara membuatkan ibu bapa menarik nafas lega.
Ramai ibu bapa yang meluahkan rasa syukur mereka di media social, lebih-lebih kerana pemberian pada waktu yang bertepatan agar persiapan untuk perbelanjaan anak sekolah boleh dilakukan lebih awal.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai ia pastinya cukup melegakan.
Kredit: SK Putrajaya Presint 8(1)Kredit: SMK Tok Dor
Dengan perbelanjaan dan kelengkapan sekolah yang semakin meningkat harganya, ia pastinya amat membantu ibu bapa mempersiapkan segala kelengkapan.
Ads
“Macam ni barulah betul, bagi awal sebelum buka sekolah. Jadi mak ayah ada masa nak bawak anak-anak pergi beli keperluan sekolah apa semua.”
“Alhamdulillah 3 anak bersekolah. Dapat la beli pakaian sekolah masing-masing. Tinggal sediakan duit buku je nanti.”
“RM150 bolehlah membantu untuk membuat persiapan anak-anak.”
Ads
Kredit: BERNAMA
Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 diteruskan dan kerajaan memperuntukkan lebih RM180 juta untuk memudahkan ibu bapa membuat persiapan awal.
Dua beradik beri enam ekor ikan sempena hari guru. Dua orang adik-beradik telah mencuri perhatian ramai apabila mereka menyambut Hari Guru dengan cara unik — menghadiahkan enam ekor ikan segar kepada para guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tekek, Pulau Tioman, Pahang, pada Jumaat lalu.
Peristiwa tersebut dirakam dan dikongsi menerusi satu video di akaun TikTok @scubanaut16, yang memaparkan dua pelajar sekolah membawa ikan-ikan tersebut untuk diserahkan kepada guru-guru mereka.
Menurut bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Jamaludin Musa, 41, hadiah berupa ikan gomblang dan kerapu itu adalah hasil pemberian dan belian daripada kenalan rapatnya.
“Ikan gomblang itu diperoleh daripada seorang rakan yang memancing dan menghadiahkannya kepada saya. Ikan itu dianggarkan seberat kira-kira lima kilogram,” katanya.
“Bagi ikan kerapu pula, saya membelinya daripada seorang kawan. Biasanya lima ekor ikan boleh mencecah harga sekitar RM90 hingga RM100 bagi setiap kilogram, bergantung pada lokasi,” jelas beliau lagi.
Jamaludin menyatakan bahawa idea menghadiahkan ikan ini sebenarnya sudah lama dirancang sejak tahun 2019, sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang telah membimbing anak-anaknya, Armin Jamaludin, 11, dan adiknya Aida Izabella Jamaludin, 8.
Beliau menambah, pemberian tersebut sangat sesuai memandangkan latar belakang keluarganya yang berkait rapat dengan laut dan hasil perikanan.
“Saya menetap di Kampung Salang, Pulau Tioman sejak 2002, manakala ayah saya pula merupakan seorang nelayan. Jadi sebagai anak jati pulau dan anak kepada seorang nelayan, saya rasa pemberian ikan adalah simbolik dan sangat bermakna,” katanya.
Jelasnya lagi, ikan-ikan itu kemudian dimasak oleh guru-guru dan dinikmati bersama dalam satu majlis makan malam sebagai satu bentuk sambutan Hari Guru yang istimewa.
Sebagai seorang juruselam, Jamaludin turut mengakui bahawa jarak dan keadaan ikan adalah cabaran utama untuk memastikan hadiah itu sampai dalam keadaan baik.
“Rumah saya di Kampung Salang agak jauh dari sekolah. Biasanya saya guna bot dan perjalanan ambil masa kira-kira 10 minit. Untuk sambutan kali ini, saya sudah buat perancangan rapi — ikan gomblang saya bekukan dahulu di rumah sebelum dihantar ke rumah rakan berhampiran sekolah untuk disimpan sementara,” jelasnya.
Tambahnya, lagi lima ekor ikan pula dibeli sebab risau tidak cukup untuk guru lain.
Hati ibu mana yang tak luluh bila kehilangan anak sekecil itu. Baru berusia sembilan bulan, bayi malang ini menemui ajal selepas diserang oleh anjing peliharaan di rumah sendiri. Kejadian tragis ini bukan berlaku di Malaysia, namun seperti kata pepatah malang tidak berbau ia wajar dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa agar lebih berhati-hati, walau di mana pun berada.
Menurut laporan The Sun, insiden ngeri itu berlaku di Rogiet, kawasan tenggara Wales, sekitar jam 6 petang pada Ahad lalu. Pihak polis bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada kediaman di Crossway.
Suasana bertukar panik apabila puluhan kenderaan polis, termasuk unit bersenjata dan sembilan buah ambulans, tiba di tempat kejadian. Namun, segalanya sudah terlambat bayi berusia sembilan bulan itu disahkan meninggal dunia di lokasi.
Jurucakap Gwent Police berkata, “Pegawai hadir bersama pasukan paramedik dari Welsh Ambulance Service. Seorang bayi berusia sembilan bulan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Anjing tersebut telah dirampas dan dibawa keluar dari rumah berkenaan.”
Ketua Superintenden, John Davies, dalam kenyataannya menambah:
“Kami faham orang ramai mungkin bimbang tentang insiden ini. Namun, pegawai kami masih berada di lokasi dan siasatan sedang dijalankan. Jika ada sebarang maklumat atau kebimbangan, orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak kami.”
Insiden ini mencetuskan kesedaran besar tentang bahaya yang boleh timbul walaupun daripada haiwan peliharaan sendiri. Ramai netizen menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa, sambil mengingatkan bahawa keselamatan anak kecil perlu sentiasa menjadi keutamaan.
Buat semua ibu ayah, biarlah kisah ini menjadi peringatan. Kadang-kadang, walaupun kita yakin haiwan peliharaan jinak dan tidak berbahaya, naluri binatang boleh berubah dalam sekelip mata. Dalam rumah sekalipun, risiko tetap ada.
Semoga roh si kecil ini tenang di sana, dan keluarganya diberi kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Bukan dugaan yang biasa-biasa. Tak mudah untuk diterima tetapi inilah yang perlu dilalui oleh bapa kepada tiga anak yang cukup dikenali ramai, Khairul Abdullah atau dikenali sebagai superdaddy bila mana anak autismnya disahkan menghidap sakit jantung.
Kongsinya lagi menerusi perkongsian di facebooknya, anaknya yang mengadu sakit kepala kini disahkan menghidap sakit jantung, “Coarctation of the aorta” oleh doktor yang merawatnya.
Khaleef ada sakit jantung. Aku tarik nafas panjang-panjang dengan mata berkaca. Doktor hulur tisu, aku buka spek dan lap kuat-kuat, biar berhenti terus. Aku nak kuat, nak buang jauh rasa lemah, rasa sedih.
Macamana nak bagitau budak kecik tu yang dia ada penyakit, doktor nak bedah dia, nak repair aorta dia yang sempit tu.
Dia mengidap “Coarctation of the aorta” sejenis defect pada aorta sejak kecil lagi. Birth defect kata doktor.
Saluran aorta yang menghantar darah dan oksigen ke bahagian bawah badan tu sempit sangat, jadi banyak darah kekal di bahagian atas dan bagi tekanan yang kuat.
Jadi kena buat pembedahan untuk betulkan saluran tersebut. Ohhh, dia juga mengidap “Bicuspic aortic valve” yang mana injap yang sepatutnya 3 ada 2 sahaja. Kurang satu daripada orang normal. Jadinya dia terdedah kepada risiko kegagalan jantung.
Alhamdulillah. Aku redha. Aku duduk dan slow talk dengan dia.
Aku cerita dengan details kondisi dia. Aku google tunjuk semua gambarajah berkaitan jantung dia. Aku cerita rawatan apa yang boleh dibuat, aku juga cerita semua risiko. Dia menangis.
Sakit tak bedah tu? Nanti baik kan? Tak sakit kan? Aku yakinkan dia aku akan buat sehabis daya aku untuk bagi dia tak rasa sakit langsung, bagi dia sihat.
“Why things always happen to me?”
“Ini ujian. You’re special, orang special tak akan sama macam orang lain.”
Macam-macamlah aku reason out dengan dia. Aku suruh dia redha. Macam dia redha bila tuhan ambil balik mak dia hari tu. Dia faham dan dia ok.
Dia cuma tanya bila nak bedah, dia nak balik rumah, dia rindukan adik-adik dia. Aku cakap aku usahakan secepat mungkin.
Ohhh, insurans tak cover penyakit yang sejak lahir ni. So aku kena termenung dulu sekejap dan lepas tu kena cari option lain yang ada.
Nanti nak call IJN, nak tanya macamana. Tadi semua nurse dan doktor suruh aku rehat setiap kali datang masuk bilik. Teruk sangat dah nampaknya depa tengok muka aku ni.
“You look so tired, please have a good rest sir.” Kata nurse.
“Sorry because of the news about your kid. Let us know if we can help.” Kata doktor.
Yer, tidur entah ke mana memikirkan sakit anak. Special betul anak aku si Khaleef ni.
Sudahlah Autism tambah dengan ADHD lepas tu siap pakej sakit jantung lagi. Alhamdulillah. Ujian untuk kami anak beranak.
I love you kiddo. Will do anything and everything for you. Even if I have to sell my soul.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).