Ketika hendak cepat memasak di rumah, adakalanya kita terlepas pandang. Jangan sekali-sekali memecahkan telur terus ke dalam kuali, ada baiknya mak-mak pecahkan dahulu di dalam mangkuk.
Sebab apa? Banyak kemungkinan yang dikhuatiri melibatkan telur yang tercemar dan tidak boleh digunakan lagi. Perkongsian Dr Malar Santhi ini patut jadikan panduan. Beringatlah!
Nasib baik saya jenis kalau nak masak telur, memang pecahkan dalam mangkuk dulu ✅ bukan terus pecah kat dalam kuali. ❌
Telur ni baru beli kat pasaraya dalam 3-4 hari yang lepas. Beli kat pasaraya yang harga marhaen je, bukan pasaraya elit cam Jaya Grocer ke apa.
Ads
Tapi saya pernah je beli telur, ayam kat pasaraya elit, masih ada kerosakan. So takleh nak salahkan pasaraya, sebab mereka uruskan goods dalam skala yang besar.
Pada pendapat peribadi saya, kita sebagai pengguna yang kena cakna dan berhati hati. Ni lah kelebihan masak kat rumah, kita boleh jaga kebersihan dan kualiti makanan.
Sebab tu lah kami kaum wanita kaum Mak Mak ni asyik nak menyinga je kalau kami dalam dapur. Stress level tinggi tau nak memastikan kualiti mantap.
Ads
Anyways, saya nak masak bihun goreng.. so dah cuci telur ni, pecah masuk dalam mangkuk, ni haaaaa yang keluar. Hitam dan dah berkulat. Terus rasa nak muntah.
Syukur saya tak tuang dalam kuali terus atas mihun, kalau tak rugi makanan sekuali. Syukur ini telur pertama yang saya pecah.. jadik buang yang satu ni je!
Pesanan penaja: 1) SENTIASA PECAH TELUR DALAM MANGKUK DULU ~ periksa kualiti telur dengan menyeluruh dan teliti sebelum mencampurkannya dalam bahan masakan lain.
2) CUCI CENGKERANG TELUR SEBELUM MASAK ~ ni saya ada buat video. Boleh search and tengok ye.
Chicken broth banyak manfaatnya, membantu menguatkan imuniti badan. Ibu ini kongsi resipi sup tulang ayam yang selalu disediakannya tatkala anak batuk berkahak & demam.
Puan Widyana Ali sering kali menyediakan sup tulang ayam atau bone broth ketika anak-anak batuk dan demam. Dia juga turut berkongsi resepi yang mudah ini.
9 jenis bahan yang digunakan adalah asas dan mudah didapati. Cara penyediaannya pun mudah, hanya renih 3 hingga 4 jam sehingga tulang hancur.
Untuk anak ekzema, dia hanya merenihkan sup selama 1 jam. Periuk kaca dan besi tahan karat sahaja yang boleh digunakan.
Sudah mengamalkannya bertahun-tahun. Ia boleh menguatkan sistem imun, kaya mineral, anti radang & menguatkan tulang dan gigi. Ia juga boleh membantu menggalakkan penyingkiran kahak.
Boleh dipelbagaikan cara memakannya iaitu dimakan bersama nasi, kuah atau dihirup begitu sahaja.
Sebelum makan letakkan sedikit garam sebagai perasa.
Ikan salmon sememangnya ikan yang cukup diyakini tinggi nutrisi malah cukup baik untuk perkembangan otak bayi. Jika dibanding dengan jenis ikan lain, salmon mempunyai kandungan protein yang cukup lengkap dan membantu otak untuk berkembangan dengan baik dan bijak.
Bukan itu sahaja bahkan ikan salmon juga tinggi omega 3 serta vitamin lain seperti kalsium dan sebagainya yang cukup baik untuk bayi dan anak-anak kita. Jadi cubalah usahakan untuk hasilkan menu daripada salmon.
Menyediakan bubur antara yang boleh dilakukan. Bubur Lambuk Ikan Salmon ini antara menu ringkas tetapi cukup hebat buat bayi kita. Resipi yang dikongsikan oleh Noor Farhana Sariff ini nampak cukup menyelarakan. Jom cuba.
Resepi ni sebenarnya saya olah dari BUBUR LAMBUK TERENGGANU. Uniknya bubur lambuk terengganu ni dia banyak ulam yang berkhasiat. Memang layan kalau makan sebab dalam tu ikan sahaja. Kalau baby kita tak pakai lah ulam-ulam lagi, takut perut tak tahan. Bagi je saya yang mana dia boleh makan.
Bahan-bahan yg diperlukan:-
Ikan Salmon (Sepotong)
Serbuk ikan Bilis / Ikan bilis sangai atau goreng lepastu tumbuk
Carrot (1 biji)
Brocolli
Bawang Holland (cincang halus)
Unsalted butter (1cube kecik)
Beras Sumo
Basuh bersih beras. Masak beras sampai separuh masak, kurang air tambah lagi untuk dapatkan texture macam bubur lambuk.
Lepas nasi dah separuh masak masukan semua bahan-bahan di atas. Biar dia reneh sampai lembut.
Ikan salmon saya perasa kan black paper + serbuk kulit kayu manis sikit untuk buat rasa.
Lepas tu goreng ikan salmon dengan unsalted butter / minyak kelapa sawit.
Setel goreng racik-racikkan halus, asingkan tulang dan campurkan atau tabur atas bubur untuk hidangkan bersama si kecil tersayang.
Selamat mencuba.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Sejak anak kita kecil, kita sebagai ibu bapalah yang memainkan peranan dalam memilih makanan pada anak. Anak-anak ikutkan sahaja. Bila serasi dengan seleranya, barulah dia mula makan bertambah. Jadi kitalah yang sepatutnya membuat keputusan apa makanan terbaik dan kaya nutrisi untuk anak kita.
Malah menurut Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera juga turut berpesan agar cuba mengelakkan beberapa jenis makanan yang sudah semestinya tidak memberi apa-apa nutrisi buat anak kecil kita.
Malah menerusi perkongsiannnya di instagram, beliau turut berkongsi beberapa jenis makanan yang mempunyai nutrien penting dalam tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Sebaiknya cubalah seperti yang disarankan. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Pemakanan sihat untuk kanak-kanak amatlah penting tumbesaran dan perkembangan yang normal dan juga untuk mencegah pelbagai penyakit.
Jom tengok jenis-jenis makanan yang mempunyai nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak:
✅ Nasi, mi, roti, bijiran – Membekalkan karbohidrat kompleks dan serat serta merupakan sumber tenaga utama.
✅ Buah-buahan dan sayuran – Membekalkan vitamin, serat, dan mineral yang penting untuk meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit.
✅ Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang – Membekalkan protein, vitamin B, zat besi, zink, kalsium, dan magnesium. Protein amat penting untuk membina dan membaiki tisu-tisu otot, organ, darah, rambut, dan kuku. Sistem imun badan akan terganggu kalau protein tak cukup.
✅ Susu dan Produk tenusu – Sumber yang penting kerana kaya dengan kalsium, protein dan riboflavin. Kalsium membantu dalam menguatkan tulang dan gigi. Kalsium amat penting semasa fasa kanak-kanak membesar semasa tulang mereka tengah membina. Contoh produk tenusu adalah seperti yogurt dan keju.
✅ Lemak – Lemak memainkan peranan penting dalam diet kanak-kanak kerana ia membekalkan asid lemak perlu serta membantu penyerapan vitamin larut-lemak. Ikan, dan minyak sayuran mengandungi lemak baik (unsaturated fat). Daging, ayam, mentega, minyak kelapa, ais krim mengandungi lemak tak tak baik (saturated fat).
Elak 3 Jenis Makanan
Bukan itu sahaja, malah beliau juga turut mendedahkan tiga makanan yang sama sekali patut dielakkan oleh semua ibu bapa. Walaupun mengejar masa kerana bekerja, tiga makanan yang dikongsinya patut sama sekali dijauhi kerana tidak mempunyai nutrisi untuk kanak-kanak.
Malah bapa kepada Ayra Aneesah ini juga turut berpesan agar mengurangkan minuman tinggi gula kepada anak kecil. Malah katanya lagi, cubalah galakkan anak-anak bersenam dan menyeru agar ibu bapa turut melakukan aktiviti itu bersama-sama. Barulah anak makin seronok.
“Amat penting untuk ibu bapa memberi anak-anak makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan yang diterangkan tadi. Pastikan diet anak-anak adalah SEIMBANG, SEDERHANA, dan PELBAGAI.
“ELAKKAN dari memberi anak-anak junk food seperti nugget, sosej, fries, serta fast food yang mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi serta perasa tambahan. Tak patut dipanggil makanan pun sebab tidak mengandungi nutrien penting untuk tumbesaran. Dapat penyakit adalah. Gula-gula, dan air manis pun elakkanlah. Kang obese anak. Kasi minum air kosong dan susu je.
“GALAKKAN anak-anak untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal keluarkan peluh. Ibu bapa pun joinla sama. 🏃
“Kesimpulannya, ibu bapa mestilah meluangkan masa dengan anak-anak untuk menyediakan hidangan makanan sihat serta melakukan aktiviti gaya hidup sihat. Jadi contoh kepada anak-anak. Baru anak-anak ikut kan,” katanya berkongsi.
Jadi walau sibuk macam mana sekalipun, usahakanlah untuk melakukan aktiviti sihat dengan anak-anak dan jangan lupa turut menjaga pemakanan anak supaya daya imun anak makin kuat dan sihat.
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang ya!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.