Glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan seharian. Walau bagaimana pun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia akan memberi kesan buruk kepada organ dalaman tubuh. Misalnya merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta. Apabila hamil, tahap glukos yang tinggi akan menyebabkan pelbagai masalah pada janin seperti masalah jantung.

Makan 3 Kali Sehari! Tip Kawal Selera Makan Ibu Hamil Yang Ada Penyakit Diabetis GDM

Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita hamil,  hormon-hormon yang dihasilkan akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula. Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes (GDM).

IKLAN

Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan seimbang tetapi tidak melakukan senaman. Jadi, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi. Senaman itu adalah jenis sederhana seperti berjalan kaki selama 30 – 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya, ya!

Soalan lain yang sering ditujukan  adalah apa cara untuk mengawal pemakanan ketika mengalami GDM? Bagaimana cara untuk mengekang selera? Terdapat pelbagai taktik yang boleh dicuba. Langkah pertama adalah berjumpa dengan pakar pemakanan.

IKLAN

Setelah mendapat taklimat tentang diet/pemakanan, bolehlah mencuba tip berikut;

  1. Jangan simpan makanan yang tidak boleh dimakan di dalam rumah. Jika tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat di rumah. Semua ahli keluarga termasuk suami perlu bekerjasama dalam hal ini.
  2. Ganti beras/ mi/ mihun/ pasta/ roti biasa dengan bahan-bahan berserat tinggi (karbohifdrat kompleks). Beras putih digantikan dengan beras perang. Roti putih boleh diganti dengan roti grain bread atau wholemeal”. Mihun dari beras merah ada dijual di pasaran. Pasta yang diperbuat dari wholemeal flour juga mudah didapati.
  3. Makan tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Di antara masa sarapan dan makan tengah hari adalah snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam dibenarkan snek petang.
  4. Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam, amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan.

Bagaimana pula jika wanita hamil mengidam makanan manis walhal mengalami GDM? Ingat! ini bukan fenomena mengidam. Ini adalah ketagihan kepada gula. Ketagihan gula berlaku kepada individu yang hamil dan bukan hamil. Jika disekat gula daripada diet, pasti akan berlaku perasaan muram atau marah. Malah ada yang moody dan tidak sedap badan. Jika mengalami masalah ini, sila jalani ujian untuk kencing manis sebelum hamil. Jika terbukti mengalami masalah kencing manis, tahap glukos dalam darah mesti dikawal sebelum hamil.

IKLAN

Kepada semua wanita yang mempunyai tahap glukos yang tinggi dan wanita yang mengalami kencing manis supaya tidak hamil sebelum tahap glukos dan selera dapat dikawal. Tahap glukos yang tinggi dan tidak terkawal boleh menyebabkan masalah jantung kepada janin. Penjagaan bayi yang mempunyai masalah jantung bukanlah mudah malah amat mencabar!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI