Anak makan berselera, tapi berat anak tak naik cantik. Menyusu pula tak ada masalah, makan pun ok cuma masalahnya berat anak macam statik je. Senang cakap umur dengan berat tak seimbang.
Dalam hal ini Dr Suriyakhatun ada berkongsikan tip kepada ibu ayah yang ada anak seperti dalam situasi ini.
Setiap kali jumpa nurse dan doktor di klinik kesihatan, bayi kita ditimbang dan beratnya dicatit dalam graf yang ada pada buku KK yang diberikan untuk catit rekod imunisasi dan perkembangan anak.
Jika berat badan anak jatuh pada kawasan kuning / merah, nurse atau doktor beritahu kita anak tak cukup berat badan.
Mungkin ada beberapa saranan dari nurse atau doktor dan antara yang saya pernah dengar; Hentikan susu badan, berikan susu formula, bagi minum air manis, bagi anak makan biskut, bagi dia makan nasi dan lain-lain lagi .
Ini maklumat dari saya :
Jika anak tak cukup berat badan dan tidak cukup mengikut grafnya, adakah anak ini dilahirkan cukup bulan? Jika lahir tidak cukup bulan, pasti beratnya ikut corrected age: Contohnya lahir 36 minggu, jika sudah empat bulan maka ikut berat 3 bulan.
Ads
Sekiranya anak lahir cukup bulan dan minum hanya susu badan. Ada kemungkinan susu badan tak cukup. Ini mungkin benar jika anak mengambil banyak masa menyusu dan payudara ibu tidak rasa penuh pada bila-bila masa. Dalam kes begini dapatkan susu dari ibu susuan dan tambahkan susu ibu susuannya dalam botol susu setiap kali selepas ia sudah menyusu direct feed. Jika tidak ada ibu susuan, tambah dengan susu formula. Berikan susu top up ini selepas sudah berikan susu badan dan jika anak masih nakkan susu maka memang susu ibu tidak cukup. Jangan terus hentikan susu ibu, cuba jumpa kaunselor laktasi untuk atasi keadaan ini.
Bila anak sudah boleh makan dan berat badan masih tak cukup, berikan anak makanan pepejal yang padat nutrisi. Contohnya bubur beras ditambah dengan minyak kelapa dara dan serbuk moringa dan baobab serta al manna.
Bila sudah lapan bulan dan masih tidak cukup berikan pula bone broth, makanan seimbang dari protin dan sayuran serta buah-buahan. Tambah juga minyak ikan kod selain minyak kelapa organik dan minyak zaitun organik dan virgin. Minyak kelapa mengandungi medium chain triglycerides yang mampu menaikkan berat badan. Minyak yang baik juga menambahkan kalori dan ini akan membantu naikkan berat badan.
Anak perlu diperiksa najisnya untuk pastikan tidak ada masalah penyerapan. Najis anak yang normal dan menyusu badan sahaja adalah kuning, lembut tapi tidak cair dan tanpa lendir, bau seperti pisang busuk . Bila najis terlalu keras atau terlalu cair, terlalu kerap atau ada lendir, terlalu masam atau busuk, ada masalah penyerapan atau pencernaan. Anak yang menyusu dengan susu formula, najis mungkin sedikit hijau sebab kandungan zat besi dalam susu formula dan anak yang sudah mula makan, najisnya mula menjadi coklat.
Masalah lain yang boleh menyebabkan kurang berat badan mungkin perlukan pemeriksaan lanjut dan siasatan melalui pemeriksaan darah.
Ads
Memberi anak makanan processed foods yang tidak wajar boleh menambahkan masalah. Processed foods termasuk makanan yang banyak gula, tepung putih serta ada perasa, pengawet, pewarna dan pengemulsi .
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Ads
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi wanita mengandung yang mempunyai alahan teruk, apa saja makanan yang masuk mesti akan keluar balik. Betul tak?
Tak kisahlah selepas makan atau minum kalau yang jenis muntah memang akan fobia. Bila kerap muntah, badan akan menerima kesannya. Bayangkan semua makanan dan apa saja bendalir dalam perut akan dikeluarkan dari dalam badan kita. Sampaikan ada yang muntah kuning sebab dah tak ada benda yang boleh dikeluarkan dari perut.
Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Perkongsian dari Ezan Zulaika mengenai caranya meredakan rasa mual, muntah, perut tak selesa dan berangin ketika mengandung mungkin boleh dicuba oleh ibu yang turut mengalami situasi sama.
Ezan kongsi kepada ibu yang tengah morning sickness tu. Boleh cuba juicing untuk redakan alahan.
Redakan ye bukan hilangkan terus. Sebab alahan ini ada masa datang dan pergi. Kadang hari ini ok esok pula tak ok, jadi tu normal untuk ibu yang mengandung. Kalau tak tahan sangat pergilah hospital.
Pengalaman Ezan sejak kandungan masuk 12 minggu kerap rasa perut tak selesa, dua hari dah minum air suam halia tapi still rasa tak best kat bahagian perut. Berangin sebu kadang rasa nak muntah keluar angin sahaja.
Di sini saya kongsikan cara untuk hilangkan rasa mual dan perut tak selesa ketika mengandung.
Pertama guna buah oren 2 biji, Ezan beli oren yang tiada biji kalau ada biji buang biji buah tu kalau tak pahit nanti.
Gunakan halia muda sedikit, 3 sudu besar gula dan air 1 1/2 cawan..Ezan tak ada slow juicer jadi guna je blender biasa. Kisar sampai halus dan tapis..Kalau tak tapis pun tak apa. Boleh terus letak ais dan terus minum.
Kalau tak nak gula boleh gantikan madu atau stevia. Untuk ibu GDM sebaiknya jangan letak gula lagi bagus.
Lepas ni kalau rasa tak sedap badan boleh terus kisar dan simpan dalam peti, rasa tak sedap badan je boleh terus minum je. Rasa jus ni macam masam+mint sikit tapi sedapp..
Perut terus rasa lapang mual insya ALLAH akan hilang.
Bukan senang nak bawa anak-anak berjalan lebih-lebih lagi bila anak dah boleh mula makan. Makanan bayi sememangnya tidak sama dengan orang dewasa. Jika ingin di beli di kedai, mama papa perlu pastikan kandungan bahan-bahan yang ada dalam hidangan bayi mesti lah tidak mengandungi garam, gula, pewarna dan sebarang perasa.
Jika mama ingin membuat stok makanan, mama perlu pastikan stok tersebut tahan lama dan tidak mudah rosak. Jika mudah rosak dikhuatiri akan menyebabkan bayi mengalami masalah penghadaman. Puan Dhya Dyah berkongsi pengalamannya membawa anak bercuti.
TIPS 1ST TIME BERCUTI DENGAN BABY
Ibu nak share untuk mummy yang nak bercuti dengan baby umur 1 tahun 1 bulan. Ibu pun 1st pengalaman kalut jugak. Kalau ada penambahan boleh kongsi ye
28-30 hb kami pergi bercuti ke Langkawi. Ajwa memang jenis makan nasi, sehari 3-4 kali. So memang cuak fikir nak manage makanan dia.
Tips yang ibu boleh share utk persiapan ni kira paling basic je untuk baru 1st time kan.
1. BELI PERIUK MULTICOOKER.
Brand Hanabishi beli dekat Aeon Rm59 je. Nak beli online tapi dah last minit. Tapi bila compare harga Aeon lagi murah. Periuk ni kecik je muat masuk bag luggage. Periuk ni bagusnya ada safety bila overheat dia akan mati sendiri. Lepas dah okey akan on balik. Bubur nasi masak elok cantik.
2. BAWA BERAS SIKIT.
Letak dalam bekas tau selamat sikit. Selit selit dekat tengah baju bila susun dalam bag tu. If bungkus ikat dalam plastik takut pecah nanti.
3. BUAT SERUNDING AYAM / IKAN BILIS.
Ini prepare dekat rumah siap siap. Ayam ni basuh bersih dan sangai sampai kering tanpa minyak lepas tu blender. If mummy ada air fryer pun boleh cepat sikit prosesnye. So ni bila bagi makan, kami campur dengan bubur nasi.
4. BELI BAHAN MASAK BILA DAH SAMPAI TEMPAT BERCUTI.
Kami beli kentang, ayam sikit dada je, dan sayur. Tapi abah mengelat sikit letak kuib sikit bagi perasa. Jangan follow yang ni
5. BAWA SNEK UNTUK BABY.
Kami beli biskut dan roti. If ada biskut homemade bagus jugak. Makesure baby tak lapar nak berjalan pun senang
6. AIR MASAK
Makesure sentiasa ada air masak. Berjalan cuaca panas baby cepat haus dan letih.
7. BREASTFEED SEKERAP YANG BOLEH.
Ini untuk baby yang masih bf. Time masuk kereta terus bf kan baby.
8. PLUS AIR
Bubur yang dah masak kami masukkan dalam plus. InsyaAllah bubur tahan panas, nak makan just letak dalam bekas.
Okey itu sahaja tips. Kalau ada penambahan boleh kongsi ya mummy. Selamat mencuba!
Bila bayi dah mula makan ada sebabnya kenapa ibu tak digalakkan perkenalkan pelbagai makanan serentak kepada bayi. Sebenarnya proses bayi mula belajar makan bermaksud dia sudah bersedia untuk diperkenalkan kepada pelbagai jenis rasa dan tekstur makanan selain susu ibu yang diminum selama enam bulan pertamanya.
Keterujaan ibu memperkenalkan makanan kepada bayi yang sudah mula makan makanan pejal kadangkala melebihi had yang sepatutnya. Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran hendak diberikan kepada bayi dalam masa yang serentak. Saiz perut bayi anda masih kecil untuk menerima pelbagai jenis makanan dalam satu masa.
Sebaiknya, ibu jangan terburu-buru memperkenalkan semua jenis makanan kepada bayi. Walaupun anak anda kelihatan berselera merasa makanan yang disuap tetapi ia bukan bermaksud anda boleh memberikan dia semua jenis makanan.
Pemberian makanan awal kepada bayi mesti disesuaikan dengan tahap usianya. Bayi usia enam hingga sembilan bulan yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal sepatutnya diberi makan puri buah-buahan dan puri sayur-sayuran terlebih dahulu.
Apabila dia semakin menghampiri ulang tahun pertamanya, baharulah boleh diperkenalkan kepada makanan pejal yang bervariasi tetapi mesti yang bertekstur lembut.
Mengapa kita perlu memperkenalkan makanan mengikut tahap perkembangan bayi dan usianya?
1. Kerana mudah bagi kita untuk mengenal pasti sekiranya bayi mempunyai sebarang alahan terhadap makanan yang diberikan.
2. Mengikut peraturan pakar pemakanan, sebaiknya perkenalkan satu jenis buah dan sayuran dalam masa beberapa hari kepada bayi anda mengikut 4 day rules. Contohnya, ibu boleh memberikan pisang kepada bayi selama empat hari berturut-turut. Ini kerana alahan terhadap makanan hanya boleh dikesan selepas empat hari dia makan makanan tersebut.
3. Semakin meningkat usia bayi (12 bulan ke atas), ibu boleh mula memperkenalkan bubur nasi yang dicampur dengan sayur, daging, ayam atau ikan (dikisar).
4. Ibu juga boleh mula memperkenalkan makanan jejari seperti lobak merah, kacang buncis, brokoli yang direbus atau biskut bayi. Kelebihan pemberian makanan jejari iaitu boleh melatih kemahiran bayi memegang makanan dan merangsang pertumbuhan giginya.
Jangan obses ya ibu! Biarkan bayi menikmati pengalaman pemakanannya dengan bertenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.