Bagi yang merawat anak-anak ekzema sendiri dengan mengunakan konsep berpantang dari sesetengah jenis makanan dan memakan beberapa jenis makanan secara berulang iaitu dengan diet yang terhad dan berulang beberapa jenis sahaja, ambil maklum bahawa diet yang terhad boleh menyebabkan anak kurang zat.
Anak ekzema selalunya ada histamine intolerance dan boleh mendapat reaksi gatal dengan makanan tinggi histamine. Antaranya pisang, betik, avocado, oren, strawberi, kentang, bayam,ikan tongkol dan ikan kembung. Ada yang tidak boleh makan telur dan ada yang alah susu.
Jika anak anda berpantang dan ekzemanya semakin teruk atau tidak berkurangan, ini bukan healing crisis, ini tanda alah atau kurang zat.
Ads
Adalah lebih baik elak makanan tinggi histamine untuk anak ekzema dan jangan berpantang hingga memakan bahan yang sama setiap hari.Suplemen pun ada yang anak boleh alah, makanan sihat pun ada yang alah. Sebaiknya bila anak semakin teruk, hentikan dulu dan lihat kesannya.
Ads
Penting juga untuk pelbagaikan dan rotate makanan supaya anak tidak dapat makanan sama setiap hari .. Rotate the food.
Ads
Sumber: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak teruja melihat kecomelan bayi. Nampak sahaja bayi, terasa hendak cium dan gomol sehabis mungkin. Apa lagi melihat gelagat dan keletah mereka yang sudah boleh tersenyum dan mengeluarkan suara.
Pun begitu, jika terfikir untuk mencium bayi, ada baiknya kita melupakan hasrat itu kerana imun tubuh bayi tidak sama seperti kita. Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, mencium bayi terutama di bahagian mulut sebenarnya boleh mengundang bahaya malah membahayakan nyawa bayi. Jadi elakkan!
Banyak je tempat lain sebenarnya kita boleh cium tapi tolonglah jangan cium kat mulut bayi sebab tu mungkin boleh jadi punca si comel tu pergi buat selama-lamanya!
Ada satu kes ni terjadi pada bayi yang usianya baru 18 hari. Dalam masa 2 jam je lepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, mak nya perasan dia dah mula lembik dan tak nak menyusu.
Apa lagi, kelam kabut terus ke hospital. Sampai je kat sana, tengok-tengok pernafasannya pulak bermasalah dan organ badan sebahagiannya gagal berfungsi. Kesian sangat.
Bila disiasat, barulah tahu rupanya si kecil tu mengalami jangkitan virus Herpes yang tersebar melalui ciuman. Tak salah kita ni suka sangat kat budak, sayang benar kat anak.
Kadang tu punyalah cute dia orang ni sampaikan rasa nak cubit-cubit pipi tembam tu. Nak cium-cium dan tak nak lepaskan sebab best sangat bau baby.
Tapi kalau kita sengaja cium kat mulut dia, banyak kuman yang terdapat pada mulut berisiko untuk berpindah ke tubuh si comel tu. Pada kita ni, jangkitan seperti virus RSV, penyakit Hand, Mouth and Foot disease, Herpes HSV-1 boleh jadi tak bagi kesan sikit pun.
Malangnya kalau terjangkit pada baby, tubuh mereka akan jatuh sakit, tenat dan paling menakutkan bila seluruh organ penting dalam badan gagal berfungsi lalu mengakibatkan kematian. Jadi sahabat-sahabat yang ada anak kecil ni kenalah beringat sikit ye:
1. Selalu cuci tangan dulu sebelum sentuh bayi dan ELAKKAN CIUM MULUT BAYI.
2. Jangan terima pelawat yang tak sihat terutamanya kalau ada yang selsema, demam, batuk, dan sakit badan. Yang baru beberapa hari sembuh pun kena berhati-hati jugak.
3. Halang perokok dari datang dekat dengan bayi kita sebab habuk rokok yang melekat dekat badan tu boleh buatkan saluran pernafasan si comel tu meradang dan sesak nafas.
4. Kerapkan cuci permainan bayi dengan air dan sabun.
5. Bayi berusia bawah 3 bulan lah paling berisiko sebab imuniti badan dia masih sangat rendah. Sebab tu sebolehnya kita jangan bawak dia ke tempat yang ada ramai orang seperti mall, restoren atau pun expo.
Saya percaya, dalam usaha kita nak jadi mak ayah yang terbaik, kita kena tahu ilmu penting begini sebab kitalah frontliner yang bertanggungjawab untuk lindungi kesihatan si kecil kita tu.
Tolong #share info penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pakar perubatan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi amaran pandemik COVID-19 mungkin menyebabkan peningkatan kes penyakit Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak.
Ketua Rawatan Intensif Pediatrik Hospital New York Morgan Stanley, Dr Steven Kernie berkata di AS, puluhan kanak-kanak kini mengalami penyakit itu yang menunjukkan simptom demam, ruam, dan sakit perut.
“Lazimnya kami menyaksikan kanak-kanak dengan demam dan suhu tinggi yang dialami selama tiga atau empat hari… selalunya dengan ruam yang tersebar luas. Ia mungkin di seluruh badan. Ia boleh berlaku di tapak tangan dan kaki,” jelasnya.
Penyakit Yang Jarang Berlaku
Pihak berkuasa di New York pada Rabu mengumumkan 64 kanak-kanak disyaki mengalami simptom penyakit Kawasaki, satu penyakit yang jarang berlaku.Beberapa lagi kanak-kanak lain di AS juga dikenal pasti mengalami sindrom itu, termasuk seorang bayi enam bulan di California yang turut disahkan positif COVID-19.
Masih Dalam Kajian Jika Ada Kena Mengena Dengan Covid-19
Walaupun ia masih tidak dibuktikan, pakar perubatan kini sedang mengkaji sama ada sindrom itu merupakan komplikasi yang berlaku akibat COVID-19.
“Kami menyaksikan dalam kalangan beberapa kanak-kanak, walaupun masih jarang berlaku dan melibatkan jumlah yang kecil, serta dengan konteks ketika ini, mereka menunjukkan respons keradangan,” kata Pengarah Bersama Pusat Kajian Penyakit Kawasaki, UC San Diego, Dr Adriana Tremoulet.
Ada Yang Meninggal Dunia
Di United Kingdom, Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock pada Selasa memaklumkan bahawa beberapa kanak-kanak di negara itu telah meninggal dunia akibat penyakit Kawasaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan COVID-19.
Doktor di Itali turut menyaksikan peningkatan kes sindrom Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya di bahagian utara yang merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat COVID-19.
Ibu Bapa Tak Perlu Risau
Namun, ia masih dipercayai bahawa kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 kebanyakannya hanya mengalami simptom ringan.
“Saya berpandangan bahawa ibu bapa tidak sepatutnya risau tentang sindrom ini lebih daripada perkara lain. Maksudnya, sekiranya anak-anak mereka terdedah kepada kes positif COVID-19, kanak-kanak itu mungkin hanya mengalami simptom ringan.
“Hanya peratusan kecil sahaja yang mungkin terdedah kepada sindrom ini, kata Dr Steven.
Haid yang datang lambat selepas melahirkan anak adalah perkara biasa. Keadaan ini berlaku bagi membolehkan hormon kembali stabil. Pun begitu haid yang terlalu lambat sebenarnya membimbangkan.
Jangan berdiam diri. Jika ini yang terjadi ada baiknya ibu segera mendapatkan pencerahan daripada doktor. Setiap orang berbeza-beza keadaannya. Masalah hormon adalah penyebabnya.
Begitu kata Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan secara terperinci buat semua ibu-ibu.
Selepas melahirkan anak, selalunya wanita akan mengalami gangguan kitaran haid. Selalunya seorang wanita akan mengalami haid semula antara enam hingga dua belas bulan.
Namun jika hal ini berlanjutan lebih dari setahun, terdapat gangguan hormon (ketidakseimbangan hormone) yang serius berlaku dalam tubuh wanita tersebut.
Selain itu selalunya selepas melahirkan anak, seorang wanita dinasihatkan mendapatkan suntikan pencegah kehamilan. Suntikan ini dikenali sebagai Provera (Medroxyprogesterone Acetate) adalah hormon progesterone sintetik yang menggangu kitaran haid.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga mengganggu kitaran haid. Obesiti juga mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism) di mana mungkin sesetengah orang mengalami masalah kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Masalah tekanan emosi sepanjang tempuh pantang seperti tidak cukup tidur kerana memberikan perhatian pada anak dan terpaksa bangun setiap 2 jam bagi menyusukan anak juga mempengaruhi hormone seterusnya mengganggu kitaran haid.
Saya mencadangkan agar puan-puan melakukan pemeriksaan doctor, bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti ketumbuhan atau masalah pramatang menopause yang sering berlaku pada wanita muda di zaman ini.
Selalunya doctor akan membuat pemeriksaan hormon dengan mengambil sampel darah bagi melihat tahap hormone-hormon seperti testosterone, estrogen, thyroid dan beberapa jenis hormone lagi.
Selain itu doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat bayangan organ dalaman seperti ovari, rahim atau mungkin ketumbuhan lain yang ada dalam rongga pelvis.
Pemeriksaan MRI hanya akan dilakukan jika doctor melihat ada sesuatu yang tidak normal dalam pemeriksaan darah atau ultrasound. Jadi proses diagnose yang dilakukan agak rumit dan mengambil masa. Harus bersabar dan menurut saja arahan doctor untuk setiap pemeriksaan.