Bulan puasa ni salah satu lauk yang jadi kegemaran untuk bersahur adalah sambal sardin. Kadang-kadang bila makan, masih ada yang tinggal. Dari membazir atau dipanaskan semula, boleh juga dipelbagaikan resipi yang menggunakan sardin.

Salah satu hidangan yang boleh dibuat menggunakan lebihan sardin tadi adalah Sardine Roll. Resipi mudah untuk membuatnya dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah via Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resipi Lain: [Rangupnya Tak Boleh Bawa Bincang, Kuih Gunting Super Sedap, Anak makan Tak Berhenti!]

RESIPI SARDINE ROLL

Ada lauk sardin tak laku. Ingat nak buat karipap sardin. Tapi malas nak kelim bagai.. Maka terjadilah SARDIN ROLL di petang hari.. Alhamdulillah, buat macam ni baru laku sardin kat umah ni 😆😆

IKLAN

Korang suka tak #SardinRoll? 😁

Buat inti sardin macam biasa. Nak tambah ubi kentang pun ikut suka. Ketepikan, sementara tu kita sediakan bahan buat kulit sardin roll.

IKLAN

Tak Habis Makan, Jadikan Inti Untuk Sardine Roll. Makan Panas-Panas, Asyik!

Bahan untuk kulit :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras (optional)
2 sudu besar marjerin
Sedikit garam
Air sejuk dari penapis air

IKLAN

Resipi Lain: [Resipi Nagasari Jagung, Comel-Comel Guna Acuan. Tak Payah Susah Nak Bungkus!]

  1. Satukan tepung dan garam kemudian gaul dengan marjerin sampai jadi macam serbuk roti.
  2. Kemudian masukkan air sejuk sikit sikit ye. Sampai adunan tak melekat kat tangan.
  3. Rehatkan doh 15 minit. Kemudian bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
  4. Roll nipis nipis memanjang, hujungnya toreh toreh sikit. Lihat pada gambar.
  5. Isi inti dan gulungkan sampai habis. Goreng sardin roll dan sedia dihidangkan panas panas.

Tak Habis Makan, Jadikan Inti Untuk Sardine Roll. Makan Panas-Panas, Asyik!

Dengan resipi ini, kulitnya lebih rangup berbanding membuatnya menggunakan roti. Cara pembuatan kulitnya juga tidak terlalu sukar dan boleh dibuat walaupun pertama kali mencubanya. Bolehlah dibuat untuk berbuka atau dimakan selepas selesai solat terawih ketika masih panas. Pasti berebut. Resipi ini berbaloi untuk dicuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI