Makan Ikan & Rendaman Garam Bantu Luka Sembuh, Hanis Zalikha Kongsi Amalan Pantang

Share

Berpantang adalah masa untuk pemulihan tubuh ibu hamil. Luka bersalin perlu sembuh, menghasilkan susu ibu yang berkhasiat. Kembali mendapatkan bentuk tubuh sebelum bersalin juga menjadi idaman setiap wanita. Hanis Zalikha berkongsi cara berpantangnya.

Hanis yang berpantang selepas kelahiran anak kedua membuka ruangan Insta story bagi menjawab pertanyaan para follower berkenaan amalannya selepas fasa bersalin. Hanis yang bersalinkan Alisa Aisyah pada 24 Mei lalu.

Hanis menerusi Insta Story berkongsi tentang perjalanan pantangnya. Antara yang dikongsikan Hanis ialah amalan pemakanan seimbang, sitz bath untuk membantu penyembuhan luka.

Selain itu, Hanis juga berkongsi tentang jenis bengkung yang dipakainya semasa proses berpantang.

JAGA PEMAKANAN & PAKAI STOKING KETIKA DI HOSPITAL

Hanis berada selama seminggu di hospital selepas bersalin. Apa yang dilakukan Hanis semasa di hospital sepanjang tempoh tersebut ialah menjaga pemakanan dan memakai stoking.

AMAL SUSU KURMA

Semasa berpantang, Hanis juga mengamalkan meminum susu kurma dan jus kranberi selain minuman lain. Jus kranberi adalah kegemaran selebriti ini. Minuman diminum panas-panas.

JENIS BENGKUNG

Berbengkung diamalkan oleh Hanis. Hanis memakai bengkung yang ditempah khas berserta minyak.

GUNA KHIDMAT PERAWAT PANTANG

Menggunakan perkhidmatan perawat pantang amat membantu Hanis dalam tempoh ini. Perawat membantu menguruskan hal berpantang dan menjaga Alisa pada sebelah siang.

AMBIL MENU SEIMBANG, LAUK KEGEMARAN IALAH IKAN
Hanis juga berkongsi dia mengambil sajian berpantang yang sama setiap hari. Cuma hanya dua hingga tiga kali sahaja dia bertukar kepada ayam dan daging. Selain dari itu, ikan menjadi pilihan Hanis sepanjang tempoh berpantang.

SITZ BATH 2 MINGGU PERTAMA BANTU LUKA SEMBUH CEPAT

Hanis yang bersalin secara normal berkongsi caranya menjaga luka bersalin. Dia mengikut saranan doktor iaitu dengan membuat rendaman garam (sitz bath) setiap hari selama dua minggu pertama.

Kata Hanis, ia mudah dilakukan dengan menggunakan air suam dan 2 hingga 3 sudu garam dan larutkan.

TIADA SENAMAN, HANYA BENGKUNG SETAKAT INI

Baru-baru ini ramai yang tertanya-tanya tentang perut Hanis yang kempis selepas bersalin. Hanis berkongsi gambar bengkung yang digunakannya. Katanya, setakat ini dia belum lagi melakukan senaman dan mungkin akan mula bersenam tidak lama lagi.

MANDIAN HERBA

Hanis juga mengamalkan mandi herba. Air mandian herba pula disiramkan ke tubuh.

PAM SUSU UNTUK BONDING ALISA & HAIRUL SERTA KECEMASAN

Hanis juga turut berkongsi dia turut mengepam susu ibu semasa berpantang. Tetap sediakan stok untuk kecemasan dan untuk sesi bonding suaminya,  Hairul Azreen dan bayi mereka.

TIDAK AMAL SEMUA, RUJUK DOKTOR
Adat berpantang tidaklah diamalkan secara total oleh Hanis. Ibu dua cahaya mata ini mengamalkan pantang yang sesuai dan banyak merujuk doktor sebelum mula berurutm bertungku, bertangas dan sebagainya.

SAUNA UNTUK BERPELUH

Antara amalan pantang yang kurang digemari Hanis ialah bertangas. Dia bagaimana pun tetap bersauna bagi memastikan diri berpeluh.

TIP SEMASA BENGKAK SUSU IALAH TUAM PANAS

Tuam panas menggunakan botol susu lembut bantu Hanis semasa bengkak susu. Warm compress dilakukan Hanis dengan menggelekkan botol pada dada sebelum urut kemudian baru pam.

RASA STRES CEPAT CIUM BAYI

Hanis mengakui semasa berpantang adakalanya emosi tidak stabil. Justeru untuk mengawal perubahan emosi, Hanis akan memandang Alisa dan mengucapkan kesyukuran kemudian akan mencium anak keduanya itu.

BEREHAT & MENJAGA HATI YUSUF

Perasaan kepada anak pertama tidak berbelah bahagi walau pun hadirnya anak kedua. Hanis walau dalam fasa berpantang dan perlu berehat tetap tidak mengabaikan Yusuf.

Kata Hanis, cara percakapan dengan anak amat penting untuk menjaga hatinya.

3 BENGKUNG DIPAKAI SEMASA PANTANG

Ada follower yang bertanyakan bengkung yang dipakai, Hanis berkongsikannya. Ada 3 jenis bengkung yang dipakai.

Artikel berkaitan:“Cepatnya Slim, Mana Simpan Perut?” Ramai Kagum Penampilan Hanis Zalikha Lepas Bersalin

Sumber: haniszalikha

Artikel berkaitan: “Rasa Macam Beranak Lagi Sekali.” Ini Rupanya Hanis Zalikha Buat Elak Sembelit Masa Pantang

IKLAN