“Makan Jambu Batu & Sweet Potato” Nana Kongsi Tip Kurus Untuk Ibu Muda Yang Bekerja

Share

Selebriti terkenal, Siti Nordiana Alias atau lebih mesra dipanggil Nana berkongsi petua kekal sihat dan kurus bagi ibu muda yang bekerjaya dan tiada masa untuk ke gym.

Perkongsian tersebut dibuat melalui akaun instagramnya dan rata-rata mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu di instagram.

Ibu muda yang bekerja pasti tiada masa ke gym. Tuntutan kerja yang banyak ditambah pula dengan urusan rumah tangga yang perlu diselesaikan sebaik melangkah masuk ke rumah membuatkan ibu terlupa untuk menjaga pemakanan dan bersenam.

Tip ini khas untuk ibu-ibu muda yang berkerja dari coach @nickhin_hussien. Bagus , tak ramai yang ada banyak masa nak ke gym tapi badan makin naik, sekurang-kurangnya melalui tip ini ibu mampu kawal berat badan dengan baik.

Tip Untuk Ibu Bekerja

1. Bangun, Berdiri dan Berjalan
Selepas 25 minit duduk di kerusi office tu, bangun berdiri dan berjalan lah

2. Rebus sweet potato siap-siap sebelah malam
bawa ke office, pilih protein ikan bakar or dada ayam sup ke office

3. Tidur “Qaulillah” selama 15-20 minit
boleh tidur dekat surau selepas zohor, akan meningkatkan metabolisma dalam tubuh badan

4. Gigit Jambu Batu Masa Bawa Kereta
terutama ketika jalan jem, boleh menghalang untuk singgah beli pisang goreng

Wow tip bagus ni, boleh amalkan

Tip nombor 3

Tq Share

Boleh ikut tips ni

Sumber: Instagram Siti NordianaNickhin_hussien,

IKLAN