Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat. Semasa mengandung, bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan, tetapi apa yang anda makan.
Secara umumnya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari amat penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Sumber foto: www.freepik.com
Ini kerana apa yang ibu makanan turut sama dikongsi oleh bayi yang dikandung. Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda.
Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi. Malah jika berlakunya peningkatan berat badan dan tidak dikawal, ibu juga akan menghadapi pelbagai masalah lain seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.
Sehubungan itu, doktor akan menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil makanan dalam jumlah atau kuantiti yang sedikit tetapi tingkatkan kadar kekerapan pemakanan.
Apa yang pasti, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi yang pada asasnya anda perlu mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan.
Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat. Biar sedikit tetapi kerap.
7 panduan mengenai nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil
Ads
1.Vitamin B kompleks – menjaga sistem otot, saraf dan jantung, supaya berfungsi dengan normal. Sumber makanan: Birijin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu (susu) dan telur.
2.Vitamin D – untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi. Sumber makanan: Minyak hati ikan, susu dan kuning telur.
Sumber foto: www.freepik.com
3.Vitamin E – bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat. Sumber makanan: Gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau.
4.Protein – sumber zat pertumbuhan sel. Sumber makanan: Daging, kekacang, ikan dan telur.
Ads
5.Asid folik– Untuk perkembangan sistem saraf, dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800 mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan nutrien ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi. Sumber makanan: Bayam, brokoli, pisang dan tomato.
6.Zat besi – mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung. Sumber makanan: Bayam, kangkung, daging dan hati.
7.Kalsium – bagi proses pembentukan tulang, dan gigi bayi serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis. Sumber makanan: Sayur hijau, kekacang, susu dan produk tenusu.
Bakal melahirkan bayi ketujuhnya sedikit masa lagi, namun isteri kepada angkawasan negera, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina diuji dengan masalah demam denggi.
Menerusi Instagramnya, Dr Muszaphar berkongsi kisah isteri kesayangannya itu yang dimasukkan ke hospital pada malam raya.
Dr Halina yang kini dihujung kehamilannya, 36 minggu berdepan masalah demam denggi dan kini berada di hospital untuk pemantauan rapi.
“Ini adalah kali ke dua Dr Halina kena denggi. Pada 36 minggu kehamilan ia agak membimbangkan. Tak pasti dari mana dia dapat. Darah manis kot,” kata Dr Sheikh Muszaphar berkongsi.
Pun begitu kata bapa kepada enam cahaya mata ini lagi, isteri dan anaknya berada dalam pemantauan doktor. Apa yang membimbangkan kata Dr Muszaphar lagi, virus itu boleh dipindahkan ke janin dan ia sedikit membimbangkan.
“Isteri saya dalam pemantauan rapi. Ibu dan juga bayi. Virus ini boleh dihantar ke janin, platlet dia masih boleh diterima tapi pada arah aliran menurun. Ni yang tak baiknya. Demam pun masih ada.
“Hang in there my love. Be strong. Semoga dipermudahkan. Ya Rabb,” tulis Dr Sheikh Muszaphar yang sentiasa memberikan semangat buat isterinya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Dr Sheikh Muszaphar dan isteri mendoakan agar Dr Halina kuat untuk melawan virusnya dan cepat-cepat sembuh.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Setelah mengumumkan diri hamil baru-baru ini, selebriti dan pengacara serba boleh, Elly Mazlein atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom nampaknya dah mula bertenaga dan kembali aktif. Walaupun mengandung di usia 40-an, Kak Lina bersyukur bayi dalam kandungan membesar dengan sihat.
Terbaru di instagramnya, Elly akui usia kandungannya sudah pun melewati trimester kedua. Apa yang membuatkannya teruja, dapat melihat gelagat comel bayi dalam kandungan ketika membuat detail scan.
Menurut Elly lagi, hari ini (2 Jun) syukur berpeluang untuk membuat pemeriksaan kandungan di klinik bagi melihat perkembangan bayi dalam kandungan secara lebih jelas .
Berkongsi rasa syukur itu, dia berkongsi gambar scan bayi dalam kandungannya dengan menyatakan bahawa semua dalam keadaan sihat.
Bukan itu je, Kak Lina juga turut berseloroh dengan meminta para pengikutnya melihat jari lentik bayinya dalam perut.
“baby cakap, cantikkkk dikkk.. tengok tu ibu jari dia…mama gerammmmm da.. syukur Alhamdulillah baby sihat & mama pun sihat.” tulisnya.
Mohon doa orang ramai
Dalam perkongsian itu juga, Elly turut mengharapkan orang ramai dapat mendoakannya dan bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat sehingga lahir.
Doakan Kepom & baby selamat ya kesayangan..
Usaha, doa yang tak putus, pasti Allah makbulkan
Kak Lina juga turut mendoakan agar mana-mana pasangan yang sedang berusaha mendapat zuriat dapat dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Usaha, doa dan tawakal, pasti Allah makbulkan.
Kak kepom pun Doakan anda yang sedang usaha untuk mendapat zuriat, terus kekal usaha, doa dan tawakal ya. Kesihatan pun kena jaga juga, senaman kena buat, jaga makan dan ambil ubat yang sesuai ya.
InsyaAllah Allah susun cantik buat kita semua.. cuma cepat dan lambat je .. Bersangka baik selalu.
Dalam pada itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Elly Mazlein dengan mendoakan agar urusan Kak Lina Pom Pom dipermudahkan sepanjang proses kehamilan sehinggalah sampa masa melahirkan bayi.
Ada juga yang masih belum dikurniakan zuriat turut sama meninggalkan komen dengan berharap supaya warganet yang lain dapat sama-sama mendoakan rezeki buat mereka yang menanti untuk menimang cahaya mata.
Kredit: ellymazlein
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syukur atas pemberian Allah, Abby Abadi menggambarkan dirinya sedang hamil. Jika benar, maka kehadiran bayi yang bakal lahir akan menjadi anak kandung Abby & suami.
Abby menerusi kemaskini Instagram memuatnaik foto bersama doktor di sebuah klinik. Memuji perkhidmatan yang diberikan, Abby yang dilahirkan pada 1 Disember 1977 turut memaklumkan suaminya membawanya ke klinik untuk melakukan ujian imbasan (scan).
“Klinik favourite sekarang.
“Alhamdullillah terima kasih doktor-doktor muda yang cantik menawan ni layan pesakit dengan sangat baik sekali.
“Sangat suka dapat kenal dengan doktor-doktor yg baik budi ni. Dahlah baik, cantik comel berbudi bahasa pulak tu.
“Suami @jaiezzany bawak saya pergi scan tadi.
Abby yang berkahwin dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015 turut mengucapkan kesyukuran kepada Allah namun tidak memberitahu lanjut tentang perkara itu. Ibu kepada lima cahaya mata ini juga mengaku segan untuk bercerita kerana masih ‘awal’.
Selain 3 anak kandung, Abby juga mempunyai dua anak angkat iaitu Daiyan & Dayana.
“Alhamdullillah syukur.
“Nantilah saya cerita ye, segan nak cerita sekarang. Awal lagi hihi…
Selain itu, Abby juga turut menyatakan yang dia akan ke klinik berkenaan setiap bulan mulai bulan ini.
“Untuk doktor-doktor & adik-adik di klinik anda: Jangan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ye hehe..“
Rakan artis dan para follower Abby Abadi terus menghujani ruangan komen dengan ucapan tahniah. Masing-masing seperti faham klu yang diberikan di mana Abby mungkin berbadan dua.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.