“Makin Banyak Berjalan & Bersenam” Siti Saleha Belum Buat Persiapan Sambut Bayi, Fokus Lancarkan Bersalin!

Share

Pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum yang kini sedang sarat hamil anak pertama memaklumkan dirinya bakal berkongsi jantina anak sulung di media social tidak lama lagi.

Bahkan kata Siti Saleha lagi, dia dan suami sepakat merahsiakan dahulu jantina anak mereka sehingga masanya tiba.

Pun begitu katanya lagi, dia dan suami sudah pun memilih tema jawa untuk majlis itu nanti, bertepatan dengan suaminya yang juga berketurunan jawa.

“Bulan hadapan saya buat gender reveal.

“Keluarga suami pula keturunan Jawa, jadi saya akan buat upacara mitoni (tradisi Jawa bagi merayakan kehamilan ibu).

“Nanti saya akan kongsikan dalam media sosial mengenai jantina anak. Buat masa sekarang, saya rahsiakan dahulu,” ujarnya berkongsi.

Belum siapkan kelengkapan anak

Tambah Siti Saleha lagi yang kini berada di trimester terakhir kehamilannya, dia dan suami masih belum mempersiapkan segala kelengkapan untuk menyambut cahaya mata sulung mereka.

Ujarnya lanjut, dia lebih memberi tumpuan terhadap penjagaan kesihatan tubuh badan bagi pelancaran proses bersalin.

“Saya tak beli apa-apa lagi. Selepas habis menjalani penggambaran dua bulan lalu, saya hanya fokus berjalan dan minggu hadapan (minggu ini), saya akan ke Paris.

“Hanya buat persediaan supaya lebih aktif.

“Saya banyak berjalan dan bersenam sebab perlu push badan tetapi bukan secara melampau.

“Saya bersenam banyak sebab nak senang bersalin,” katanya lagi.

Terdahulu, Saleha dan suaminya, Joshua mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, pada Februari lalu.

 

Published by
SRM