Mama Menyusu Risau Cepat Lapar Dan Susu Drop, Makan Rolled Oat Ketika Sahur

Share

Ibu menyusu atau ibu yang sedang hamil, pasti akan pilih makanan yang boleh memberi tenaga dan mengenyangkan terutama di siang hari bulan Ramadan.

Ini kerana ibu menyusu nak pastikan dapat terus supply susu yang cukup untuk bayi supaya tak drop dan bagi wanita hamil pula nak kekalkan tenaga sehingga waktu berbuka.

Resipi mudah rolled oat boleh dicuba terutama semasa sahur. Mungkin ada yang tak selera makan nasi, boleh gantikan rolled oat yang cukup segala khasiatnya.

Sumber: google

Ni resepi simple overnight rolled oat dari Kaunselor Laktasi, Nad Masrom.

Tak berapa rajin sangat ni. Biasa rolled oat tu saya rendam dengan fresh milk je.

Saya suka letak butter sikit. Buah-buahan tu bolehlah diolah. Nak letak anggur ke, strawberry ke, pisang ke, raspberry ke. Semalam saya sempat capai 2 jenis buah je.

Saya pilih rolled oat berbanding instant oat sebab struktur dia kasar dan tebal sikit. Kalau buat overnight, tak muak sangat. Nak guna instant oat tu pun boleh, tapi macam bubur baby sikit teksturnya bila buat overnight.

Bahan yang saya guna:

1. Fresh milk
2. Peanut Butter
3. Rolled oat
4. Buah

Cara buat:

1. Letak 4 sudu rolled oat di dasar bekas
2. Letak sesudu peanut butter (boleh juga kalau nak letak madu / yogurt / jem coklat / kekacang / chia seed)

3. Letak buah-buahan
4. Tuang fresh milk
5. Simpan dalam peti ais bahagian chiller

Bila nak makan tu, gaul sebati. Rasanya, YUMMY!

Bolehlah dicuba pada mak-mak yang tak selera nak makan nasi atau bimbang cepat lapar. Selamat mencuba dan selamat berpuasa ya mommies.

Sumber: Nad Masrom

IKLAN