Figura seorang papa sangat memberi makna dalam kehidupan anak-anak. Memang anak pandang tinggi pada papa mereka dan setiap tingkah lakunya akan diperhatikan dan anak akan ikut.
Betul, kalau papa layan mama umpama queen, anak-anak akan ikut sekali. Kalau papa jenis bertimbang rasa dan ringan tulang bantu mama, anak-anak pun akan teruja nak ikut tolong juga!
Biarpun anak selalu manja dengan ibu tetapi sebenarnya mereka seronok bila ayah ada. Banyak benda boleh dibuat bersama dan ayah biasanya lebih santai dan suka bergembira dengan anak-anak. Ibu mungkin sedikit tegas tetapi tetap menyayangi anak. Ada bezanya cara didikan ayah dan ibu.
Besar sebenarnya peranan seorang papa dalam mendidik anak-anak. Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim (Penulis Tip Keibubapaan), penting sangat untuk papa sentiasa menegur anak-anak kalau ada buat salah. Banyak impak positif bila papa rajin tegur anak ni, antaranya;
– Anak lebih baik tingkahlakunya (PQ) – Anak lebih stabil emosinya (EQ) – Anak lebih cerdik kognitif judgement (IQ) – Anak lebih tinggi harga dirinya (SQ)
Tambahnya lagi, pasangan suami isteri saling melengkapi. Mama tugasnya sebagai guru kasih sayang dan apa pula guru tabiah anak-anak. usah alpa dalam mendidik anak, teguran adalah untuk melentur mereka!
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada papa-papa di luar sana untuk terus menunjukkan contoh terbaik pada anak anda. Memang anak-anak look up pada papa, jadi ajarlah mereka dengan sebaiknya supaya menjadi individu terbaik pada masa akan datang.
Setiap ibu bapa pastinya ingin mengetahui kaedah mengukur perkembangan anak, bukan? Ini antara cara mendidik anak 3 tahun yang boleh dilakukan.
Cara ibu bapa mengukur perkembangan anak
Pada sekitar usia 3 tahun, anak akan cuba mempelajari perkataan baharu, bercerita, melakukan aktiviti dan cuba membina hubungan persahabatan. Selain daripada keseronokan tersebut, mereka juga belajar mengetahui apa yang betul dan salah serta bagaimana menguruskan emosi.
Tetapi paling utama untuk anda fahami adalah perkembangan anak berbeza dan anda tidak boleh membandingkan anak anda dengan kanak-kanak seusia mereka.
Cara si kecil bermain, belajar, bercakap, bertindak dan bergerak adalah petunjuk penting berkaitan proses perkembangan anak. Anda tidak boleh menyamakan tahap perkembangan si manja dengan kanak-kanak lain seusia mereka. Tetapi ada cara mendidik anak 3 tahun yang boleh anda cuba.
Pakai baju
“Nak buat sendiri”, mungkin antara frasa yang akan sering anda dengar. Memakai baju dengan sendiri adalah antara perkara yang ingin dilakukan dan sepatutnya pada usia ini, mereka sudah boleh melakukannya sendiri. Anda boleh membantu memudahkan proses ini dengan meletakkan pakaian untuknya dan memilih gaya yang mudah. Sebaiknya elakkan pakaian yang berbutang.
Makan tanpa disuap
Jika si cilik mahu makan sendiri tanpa disuap, itu tanda mereka berada pada tahap perkembangan anak yang betul. Kebanyakan anak pada usia ini sudah boleh makan dengan sendiri menggunakan sudu dan garpu serta minum daripada cawan biasa. Mempunyai anak yang picky eater adalah 1 cabaran. Cuba atasinya dengan menyediakan makanan dalam bentuk yang menarik.
Latihan tandas
Untuk memastikan proses latihan ke tandas berjaya, si kecil perlu bersedia. Pada usia ini, mereka mungkin berminat untuk menggunakan bilik air. Cara mendidik anak 3 tahun agar dapat menguasai kemahiran ini pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Sudah tentu ada masanya si kecil akan terbabas kencing atau berak dan ia adalah perkara normal.
Perkembangan kemahiran berbahasa
Pada usia ini, anak anda pasti akan bercakap dengan banyak. Mereka seharusnya boleh membuat ayat dengan 3 perkataan mudah. Walaupun si manja mungkin duduk diam, tetapi pada dasarnya mereka memahami apa yang anda katakan. Proses ini dipanggil bahasa reseptif. Tetapi, untuk membantu si manja mengembangkan kemahiran berbahasa, anda perlu membantu dan menggalakkannya untuk bercakap.
Mempunyai kawan
Pada usia ini, si manja sudah bersedia untuk mempunyai kawan tetapi mereka masih memerlukan bantuan daripada anda. Anak anda mungkin tidak suka untuk berkongsi tetapi kesedaran mereka terhadap perasaan individu lain mulai berkembang. Cara mendidik anak 3 tahun adalah dengan menerangkan kepadanya tentang kesan mengambil mainan kanak-kanak lain. Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan mereka sedih dan anda perlu ajarkan cara untuk berkongsi.
Tugasan rumah
Si kecil memang gemar melakukan sebarang tugasan rumah. Malahan anda mungkin terkejut melihat keupayaan mereka dalam membantu anda. Biarkan si kecil membantu anda dan ia secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam aspek perkembangan anak. Elakkan daripada menyuruh anak melakukan tugasan yang sukar atau mereka akan berasa kecewa kerana tidak berjaya melakukannya dengan betul.
Membuat pilihan
Jika anda mahukan si manja menjadi individu yang mendengar dan bertindak balas terhadap arahan dengan baik, ia bergantung kepada pemilihan ayat anda. Elakkan daripada memberikan arahan kepadanya seperti “Kemas mainan ini semula”. Sebaliknya berikan dia soalan seolah-olah dia mempunyai pilihan, seperti “Boleh tak selepas main nanti, awak kemaskan permainan ini?” Jangan lupa untuk memberikan ucapan terima kasih dan pujian atas usaha mereka.
Merengek & perubahan emosi
Tantrum perkara biasa dilakukan anak-anak kecil. Tetapi jika ia berlaku, anda perlu cuba untuk bertenang dan elakkan daripada memarahi mereka. Abaikan rengekan dan tangisan mereka untuk seketika dan teruskan apa yang sedang anda lakukan. Setelah amukannya reda, peluklah dan ungkapkan kata-kata sayang buat mereka. Dalam masa yang sama, terangkan kepada mereka sebab dan alasan anda melakukan perkara tersebut – ini juga salah satu cara mendidik anak 3 tahun.
Waktu tidur
Perubahan waktu tidur juga antara perkembangan anak yang boleh diperhatikan. Si kecil mungkin berasakan bahawa mereka tidak perlu tidur siang. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak masih memerlukan tidur siang sehinggalah berusia 5 tahun. Tetapi mungkin akan berlaku perubahan pada waktu tidur.
Sentiasa memantau
Mendidik anak 3 tahun dengan pelbagai kemahiran baharu pastinya sesuatu yang menyeronokkan. Perkembangan yang disenaraikan adalah antara apa yang boleh anda jangkakan pada anak di usia 3 tahun.
Tetapi anda harus sentiasa ingat, setiap anak-anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Namun jika anda berasa bimbang tentang perkembangan mereka, berbincanglah dengan doktor.
Siapa yang tak sayang anak kan. Jika anak minta, ikut je kehendak anak. Jika tak bagi, menangis pulak. Sudahnya, ikut je kehendak apa yang anak nak. Namun hakikatnya, jika berbuat demikian akan menjejaskan sikap anak atau dalam term pendidikan awal kanak-kanak boleh disebut ‘spoiled children’.
Apa yang jelas, kesilapan ibu ayah yang terlalu mengikut kehendak anak akan mengganggu karektor anak ini dikupas oleh Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak.
Berikut antara perkongsian ilmu keibubapaan oleh beliau, semoga menjadi panduan berguna kepada ibu ayah dalam mendidik anak-anak.
CUBA CHECK ANAK ANDA ANAK YANG SPOILED KE TAK.
Spoiled Children. Memang ada term ini dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Cuma jarang kita dengar sebab, nak menjaga hati ibu bapa. Bayangkan jika ada orang gelar anak anda spoiled children, mahu melenting kita.
Walaubagaimanapun, spoiled children juga telah jarang digunakan oleh practitioners kerana secara asasnya ramai kanak-kanak yang sudah spoiled. Penggunaan term spoiled children berkurang tatkala problem semakin bertambah. Ironi.
Dalam buku ‘The Collapse of Parenting’ by Learnard Sax, beliau mendifinisikan Spoiled Children sebagai merosakkan karakter kanak-kanak dengan terlalu memanjakan mereka.
Ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Itu lumrah. Setiap tindak tanduk perbuatan kita akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada mereka. Namun, kita tidak sabar untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang tiba-tiba muncul dengan cepat dan mudah. Asalkan masalah diselesaikan.
Adakah jika anak anda merengek nak gula-gula, lebih senang anda terus bagi si kecil gula-gula supaya diam serta merta.
Ataupun anak anda meminta untuk membelikan permainan yang latest dan mahal dan berteknologi tinggi, anda terus belikan mereka asalkan mereka gembira.
Mungkin juga, kalau rumah anda kotor disepahkan oleh si anak, adalah lebih mudah anda sendiri kemaskan berbanding menyuruh mereka mengemas.
Reflek.
Sangat sangat mudah untuk spoil kan anak-anak. Untuk menggembirakan mereka, tapi adakah kita juga gembira? Betul ke kanak-kanak juga gembira?
Untuk menilai ibu bapa itu berjaya mendidik, bukanlah semata-mata untuk menggembirakan anak-anak. Tak. Salah pemahaman ini. Kita mahukan anak yang bertanggungjawab, baik, tidak melawan. Tapi jika gembira tapi spoiled? No way.
Berbalik kepada definisi spoiled children, jika kite terlalu memanjakan anak-anak dengan memberikan apa sahaja yang mereka MAHU, bukannya PERLU, secara tidak sengaja kita merosakkan karakter dan sikap mereka.
Ibu bapa sering memberi alasan kemanjaan dan ketidak tegasan mereka sebab kita mahu berikan kasih sayang yang sepenuhnya. Dengan cara apa? Dengan cara memberikan apa yang mereka nak, lagi-lagi bila kita teringat kita tak pernah dapat masa zaman kecil dahulu, kita tidak mahu anak menjadi seperti kita. Kita yakinkan diri dengan apa yang kita lakukan semata-mata untuk tidak mahu si kecil terasa berbeza, ditinggalkan, kekurangan berbanding orang lain.
Tapi, adakah ini alasan yang benar? Tak pun kita sebenarnya cuba menipu diri sendiri.
Kasih sayang masih boleh diberi walaupun kita tak bagi apa sahaja yang mereka mahu. Jika tidak, kita memberi kefahaman yang salah iaitu untuk meneruskan hidup, kita perlu penuhkan dengan keinginan materials.
Kita mungkin tidak sedar apa yang kita lakukan. Jika kita sedarkan, kita sedang merosakkan karakter si anak, sure kita akan berhenti. Cuma, kita membutakan mata sendiri untuk terus sedar.
Buat tak tahu. Asalkan kita jadi mudah.
Hidup bukan untuk memiliki semua benda, kita setuju. Tapi, kita mengajar kanak-kanak sebaliknya.
Apa yang kita boleh buat?
Menidakkan kehendakkan kanak-kanak tidak akan merosakkan mereka. Ia tidak akan memusnahkan kehidupan mereka. Atau meninggalkan mereka tanpa kawan.
Benar, kita akan kecewakan mereka sementara.
Benar, kita akan membuatkan anak kita berbeza dengan rakan sekeliling.
Benar, mungkin itu cara keluarga kita yang berbeza dengan keluarga orang lain.
Tapi, semua itu benda yang baik kan?
Apabila anak sudah membesar dan faham dengan tindakan kita semasa kita kecil, mereka akan rasa itulah pengorbanan yang mereka dah buat supaya membesar bukan dalam keadaan hamba materials semata-mata.
Kasih sayang boleh ditunjuk dengan mengatakan ‘Tidak’ untuk apa sahaja permintaan kanak-kanak yang tidak perlu. Itu juga tanda kita sayangkan mereka bukan.
Kasih sayang ini penuh dengan sabar. Dan ia tidak akan merosakkan si kecil.
Jadi, cuba check anak-anak kita dah spoiled ke belum? BUKAN, sebenarnya check diri kita sebagai ibu bapa, kita sedang spoiled kan anak ke tidak?
Bila kali terakhir ibu ayah kenal pasti nada mendidik anak? Biasalah budak-budak mengamuk. Hendak senang kita settlekan dengan cara menjerit.
Ya memang anak kecil akan melalui fasa mengamuk. Tapi mengamuk yang macam mana sehinggakan perlu dijerit?
Perkataan serta herdikan ibu ayah itu akan terpahat selamanya di dalam Otak Limbik anak.
Dan dalam fasa perkembangan anak khususnya 0 hingga 6 tahun masa ini 90% perkembangan otak sedang berlaku.
Bayangkanlah apa sedang terjadi dalam otak mereka ketika itu?
Itu yang anak bakal simpan. Sel-sel neuron akan capture moment ditengking itu.
Memori pahit dijerit dan ditengking. Dan anak akan kerap kali bertanya pada diri sendiri
Am I loved?
Sedih bukan bila anak tidak terucap di bibir hendak tanya pada ibu ayah tapi otak dia capture moment itu sebagai ibu ayah tidak sayang saya sudah.
Dan ada kajian mengatakan 90% ibu bapa memang guna ‘Harsh Verbal Dicipline’ untuk didik anak-anak mereka.
Sebab bila tengking sahaja anak yang kecil itu akan senyap. Alahai kesian anak.
Ibu ayah perlu faham anak mengamuk atau marah kerana pada masa itu anak sedang menggunakan Otak Reptilianya.
Masa itu anak lebih cenderung akses hanya ke bahagian otak yang suruh dia bertindak dengan apa cara sekalipun untuk dia selamat.
Am I Safe in this place?
Anak tiada atau kurang akses ke bahagian Executive atau Neurocortex yang bantu dia cari jalan penyelesaian.
Siapa yang perlu bantu cari jalan penyelesaian? Ibu bapa atau orang dewasa yang tenang.
Kita perlu sedar yang Harsh Verbal Dicipline ini banyak kesan buruk dari kesan baik
❌ Anak akan lebih tantrum
❌ Anak faham yang menjerit ini bagus. Jadi pada masa datang anak juga bakal menjerit pada kita bila tidak puas hati.
❌ Ibu ayah akan kecewa. End Up ulang cycle yang sama berulang kali.
❌ Anak mungkin tidak lagi sensitif dengan arahan ibu ayah. Bagi mereka ibu ayah akan menjerit sahaja. Saya masih dapat apa yang saya mahu.
Saya juga pernah menggunakan nada yang tinggi. Tapi nada firm dengan tengking adalah berbeza. Jom kita audit kembali nada suara kita.