Mendidik anak di zaman ini ternyata cukup mencabar. Silap cakap atau tersalah guna perkataan, mulalah anak-anak menangis dan sudahnya pujukan semakin tidak membuahkan hasil. Malah anak-anak yang sudah besar pula sudah pandai berkecil hati dan menjauhkan diri. Inilah dilema ibu bapa zaman ini.
Dalam mendidik anak, menggunakan kekerasan atau marah-marah dilihat semakin kurang sesuai. Pendekatan psikologi dimana mak ayah perlu lebih bijak bermain emosi dengan anak antara yang disarankan. Malah berkomunikasi dengan anak juga perlu menggunakan pendekatan tepat, barulah anak makin dengar kata. Ini cara terbaik untuk berkomunikasi dengan anak, seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anak-anak kita.
Jadi ibubapa bijak untuk anak cemerlang. Pilihan di tangan kita.
7 cara terbaik untuk berkomunikasi dengan anak kita.
Ads
1. Gunakan intonasi suara yang rendah. 2. Rendahkan postur badan. 3. Pastikan emosi kita dalam keadaan stabil. 4. Puji kebaikan anak sebelum nak menegur. 5. Pastikan paras mata kita sama dengan anak. 6. Banyakkan guna soalan dan pertanyaan. 7. Kuatkan perasaan sayang dalam hati walau emosi marah sedang menguasai.
Kita kena tahu komunikasi dengan anak ni ada 2 jenis 1. Verbal – yang keluar daripada mulut kita
Ads
2. Non verbal – yang keluar daripada fikiran & hati kita
Ads
Komunikasi Non Verbal tu lebih hebat kesannya pada anak kita, jadi hati hati bila berkomunikasi dengan anak. Pastikan kita : – Tidak sesekali simpan dendam pada anak. – Maafkan segala kesilapan anak. – Selalu doakan anak dalam diam.
Tolong sebarkan ilmu ni pada ibubapa yang lain ya kerana saya percaya masih ramai ibubapa yang belum tahu.
Malaysia tidak merekodkan sebarang kes membabitkan penyakit Kawasaki termasuk 317 kanak-kanak yang positif Covid-19.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan langkah pencegahan perlu diambil untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak.
Beliau berkata, penyakit Kawasaki adalah keradangan saluran darah atau vaskulitis terutamanya membabitkan kanak-kanak muda di bawah umur lima tahun.
“Kanak-kanak umur lima tahun ke bawah yang diserang sindrom ini akan mengalami gejala demam dan ruam di kawasan tertentu.
“Apabila virus menyerang saluran darah, jantung dan sebagainya ia akan melemahkan jantung serta saluran itu.
“Setakat ini di Malaysia tiada kanak-kanak yang direkodkan sindrom Kawasaki,” katanya.
Noor Hisham memberikan reaksi berkenaan bagi mengulas laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendakwa terdapat sindrom seperti penyakit Kawasaki pada kanak-kanak yang positif Covid-19.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Fattah Amin dan isterinya, Fazura masih lagi berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Walaupun belum lagi menerima perkhabaran yang gembira, pasangan ini sentiasa positif.
Melalui entri instagram Fazura, dia ada berkongsikan nota ringkas yang dikirimkan kepada adik angkatnya yang pergi ke Tanah Suci untuk mendoakan yang baik-baik padanya.
Dalam nota tersebut, Fazura ada menulis untuk menitipkan doanya semoga dikurniakan zuriat yang sempurna, dikurniakan rezeki buatnya dan suami supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan serta dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia.
Fazura menyatakan dia cukup bersyukur dipertemukan dengan adik angkat yang diperkenalkan oleh mama sewaktu berada di Madinah baru-baru ini.
“Setiap kali Wani menunaikan umrah, sering kali dia meminta titipan doa dari saya dan ua benar-benar buat hati saya jadi sayu dan bersyukur,” kongsinya.
Bukan setakat usaha Fazura sahaja, Fattah juga turut berkongsikan video dari Prof Muhaya ketika dia menerima beberapa nasihat daripada pakar motivasi tersebut tentang kehidupan dan mencapai matlamat, terutama dalam soal memperoleh zuriat.
Menerusi video tersebut, rata-rata peminat Fattah memberikannya semangat supaya jangan mudah berputus asa dan sentiasa berusaha kerana apa yang diberikan atas kehendak-Nya.
Sumber: Ig Fazura/ Fattah Amin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percutian antarabangsa bersama anak-anak memang pendidikan luar sekolah yang unik dan indah. Tentu sekali “bonding time” ini tidak akan dilupakan oleh anak-anak dan ibu bapa. Ibu kepada dua anak iaitu Puan Azlia Ajid mula membawa anak-anaknya bercuti keluar negara seawal umur 4 bulan lagi.
Percutian pertama bersama anak sulungnya, Harith Safwan yang ketika itu berusia 4 bulan pada tahun 2014 di Bangkok merupakan momen yang menyeronokkan dan rentetan itu dia kerap membawa anak-anaknya bercuti ke luar negara.
Empat buah negara telah dijelajahi bersama anak-anaknya Harith 6 tahun, Hasya Safiya 3 tahun iaitu Bangkok Thailand (2014), Osaka Jepun (2015), Chiang Mai Thailand (2016), Mekah & Madinah (2018), Khao Yai & Bangkok (2019), Perth Australia (2019) dan dalam persiapan untuk ke Seoul Korea pada April tahun hadapan, 2020.
Pengalaman menjelajah empat buah negara bersama si kecil memberikannya banyak pengalaman terutama sekali dalam menguruskan si kecil ketika dalam penerbangan yang panjang.
Bawa Stroller Yang Ringan
Stroller yang ringan sangat membantu sepanjang perjalanan. Bayi kecil boleh diletak dalam stroller dan ibu bapa hanya fokus pada anak-anak yang lebih besar. Barang yang dibawa juga boleh digantung pada stroller.
Bonus: Ibu bapa dengan anak kecil selalunya diberi kelebihan fast track lane untuk check in di imigresen sesetengah lapangan terbang seperti di Bangkok. Stroller adalah penanda yang paling jelas kelihatan untuk petugas memberikan laluan kepada ibu bapa.
Beratur Paling Hadapan Atau Terakhir
Beratur paling hadapan atau yang terakhir ketika di pintu perlepasan untuk mengelakkan anak-anak rasa tidak selesa ketika beratur panjang dan dalam keadaan sesak. Ada syarikat penerbangan yang memberi kemudahan untuk memasuki pesawat paling awal selepas penerbangan kelas bisnes seperti Malaysia Airlines dan Thai Airways.
Penggunaan Bassinet
Sebaiknya pastikan keadaan yang selesa di dalam pesawat dengan memilih seat dengan betul. Jika anak berusia 2 tahun ke bawah, tempah penggunaan Bassinet di dalam pesawat terutama sekali untuk penerbangan malam atau panjang. Ia membolehkan anak-anak berehat dengan selesa.
Buat pemilihan tempat duduk atau seat untuk memastikan ahli keluarga duduk bersama. Kedudukan pada baris paling hadapan menyediakan ruang yang luas untuk anak-anak kecik berdiri sekiranya letih duduk.
Bekalan Makanan Dalam Hand Carry Bag
Bekalan makanan seperti biskut, roti yang secukupnya di dalam bagasi “hand carry” untuk sepanjang di lapangan terbang sebelum berlepas, ketika di dalam pesawat dan sehingga sampai ke penginapan. Anak-anak akan selalunya tenang bila dapat makan!
Tempahan makanan juga adalahh sebaiknya ditempah juga untuk anak-anak. Selalunya pilihan untuk kids meal adalah sangat menarik dan sedap. Anak-anak akan teruja bila dapat set makanan sendiri!
Hand Carry Bag
Bawa Hand Carry Bag yang lengkap untuk sepanjang perjalanan;
– 2 baju persalinan untuk setiap anak
– Bekalan susu
– Baby wipes 80 keping 1 bungkus
– Disposable fragrance plastic dispenser 1 set untuk buang sampah dan lampin pakai buang
– 4-5 keping lampin pakai buang
– 1-2 mainan setiap anak
Sentiasa Menyusu/Beri Susu Ketika Berlepas & Mendarat
Perubahan tekanan udara didalam pesawat boleh menyebabkan bayi kecil tidak selesa dan menangis dengan kuat. Sebaiknya anak-anak diberi minum susu atau air secara berterusan ketika berlepas dan mendarat. Tip ini pasti berkesan!
Pakaikan Baju Sejuk
Penghawa dingin didalam pesawat boleh dikategorikan sebagai sangat sejuk. Membawa jaket atau baju tebal akan membantu anak-anak kecil berada dalam keadaan selesa.
Kemudahan pesawat seperti hiburan di dalam pesawat dengan variasi rancangan kartun dan permainan adalah antara alat terbaik untuk menghiburkan anak-anak sepanjang perjalanan terutama sekali perjalanan yang jauh dan memakan masa.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...