“Saya tidak akan mengalah dan berhenti berharap, selagi terdaya saya akan lakukan apa saja demi melihat Adam sembuh serta membesar seperti kanak-kanak lain,” kata Mohd Nor Hafiz Md Shari, 35.
Anak lelakinya Noah Ulhaq berusia 1 tahun 10 bulan yang mesra dipanggil Adam itu mengalami lima komplikasi kesihatan iaitu sindrom noonan (kelainan genetik), jantung berlubang, angin pasang, tulang kaki bengkok dan jangkitan kuman dalam paru-paru.
Mohd Nor Hafiz berkata, Adam disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak lahir menyebabkan anak keduanya itu perlu bergantung dengan peralatan pernafasan selain kerap dimasukkan ke hospital.
Menurutnya, Adam mendapatkan rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur, selain penjagaan harian di rumah yang menelan kos sehingga RM3,000 sebulan.
“Adam bergantung dengan mesin pernafasan sepanjang hari kerana masalah jantungnya selain minum susu khas yang disarankan doktor. Adam juga diasingkan dalam bilik khas dilengkapi penghawa dingin dan penyegar udara yang perlu dipasang setiap masa bagi mengelak masalah paru-paru serta ekzema.
“Jika tahap kesihatannya baik, Adam dijangka menjalani pembedahan angin pasang pada Isnin depan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Nusa Intan, Senawang, Seremban.
Ads
Bekas juruteknik di sebuah syarikat swasta itu berkata, dia memilih untuk berhenti kerja bagi memberi tumpuan menjaga dan merawat Adam.
“Sekarang ini, saya hanya berniaga kecil-kecilan dan mengambil upah membaiki motosikal manakala isteri masih bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Shah Alam. Isteri juga terpaksa berulang-alik dua hari sekali kerana tidak sanggup berpisah dengan Adam.
“Saya bersyukur kerana dibantu ibu yang menjaga Adam apabila saya perlu keluar berniaga dan ke bengkel rakan,” katanya.
Katanya, dia kini berusaha mengumpul wang bagi membawa Adam menjalani rawatan pemulihan tulang kaki di Bangkok, Thailand yang menelan perbelanjaan hampir RM20,000.
Ads
Menurutnya, apa saja perniagaan dan pekerjaan sampingan dilakukan kerana tidak mahu terlalu mengharapkan bantuan atau sumbangan.
“Saya pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta untuk mohon bantuan. Saya tebalkan muka demi anak saya itu kerana apa yang penting melihat dia sembuh. Sekarang ini Adam sudah menunjukkan perubahan positif apabila semakin aktif dan mula merangkak,” katanya.
Masa isteri hamil doktor scan semua normal
Sementara itu, Mohd Nor Hafiz menjelaskan semasa isterinya mengandungkan Adam semuanya berjalan lancar dan tiada alahan teruk. Tiada apa-apa kecacatan dikesan ketika melakukan 5 kali scan semasa check up.
Ads
“Malah semasa buat detail scan pun, doktor memberitahu bayi yang dikandung juga perempuan. Cuma masa itu kami suami isteri seperti tak teruja untuk membuat persiapan dan hanya membeli beberapa helai sahaja baju baru kerana menganggap masih boleh pakai yang kakaknya.
“Kadang tu terdetik juga rasa tak sedap hati cuma saya positifkan diri dan tak mahu fikir yang bukan-bukan,” katanya.
Kini Adam hanya bergantung dengan susu yang disyorkan doktor dengan harga RM88 setin dan boleh bertahan dua hari (400 gram) kerana tak boleh makan makanan pejal. Susu pun Adam kena minum melalui tiub khas.
Disebabkan masalah genetik ni air liur Adam asyik meleleh, tak boleh menelan.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Mohd Nor Hafiz bernombor 7024419087.
Sumber: Harian Metro & Mohd Nor Hafiz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Aman Graseka berkata dia terpaksa menangguhkan untuk melakukan acara ‘jejak tanah’ untuk anak lelakinya Aishyraf Mikail Shah, berusia setahun dua bulan kerana kurang sihat.
Memetik Harian Metro, Aman berkata anaknya itu turut dimasukkan ke hospital akibat demam yang menyebabkan sawan dan terpaksa menangguhkan acara itu pada Disember depan.
“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti.
“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga. Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya.
Pelakon yang kini menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah berkata anaknya itu perlu dibawa berjumpa pakar untuk mengenal pasti virus di matanya itu.
“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar.
“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata.
“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” katanya.
Dalam pada itu, Aman mengakui sukar untuk dipanggil berlakon apatah lagi dia menetapkan syarat enggan bersentuhan dengan muhrim dalam lakonan. Ujarnya lagi, kali terakhir dia berlakon adalah pada Julai lalu.
“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon.
“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,” katanya.
Aman juga mengakui susulan syarat yang ditetapkannya itu memberi kesan terhadap kariernya namun dia percaya pada rezeki dan akan terus berusaha mencari perndapatan.
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezek datang dari Allah.
“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa. Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.
Menerusi perkahwinan kedua dengan Nurul Amrina Zamri, 33, dia turut mempunyai anak lelaki, Aishymir Mateen, kini berusia tiga tahun.
Anak-anak yang sedang membesar sememangnya perlukan perhatian lebih. Mereka semakin lasak dan aktif bila mula pandai berjalan. Perhatian perlu lebih diberikan pada mereka, bimbang anak terjatuh dan paling ditakuti terkena kepala yang sememangnya cukup bahaya pada perkembangan anak-anak.
Bila anak dah mula panjat sana sini, mak ayah kenalah beri perhatian lebih, takut terjatuh. Inilah yang cuba disampaikan oleh suami kepada pelakon cantik Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang berkongsi mengenai kecederaan pada kepada anak.
Menurutnya, kecederaan pada kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan dan kematian pada kanak-kanak jika berada pada tahap serius. Dan hal ini sememangnya tidak boleh dipandang mudah oleh semua mak ayah.
Perlu berikan lebih perhatian pada anak-anak dan kenal pasti jenis kecederaan bagaimana yang membolehkan untuk mereka bertindak dan merujuk kepada doktor. Jangan terlepas pandang.
Ikuti perkongsiannya dan simptom-simptom yang patut dikenal pasti oleh mak ayah.
KECEDERAAN KEPALA BABY & BUDAK
Anak-anak kecil ni bila makin membesar, biasalah semakin lasak atau buas. Dan selalunya kepala asyik terhantuk atau sedar-sedar dia dah menangis dan baru perasan ada benjol atau lebam kat kepala dia. ?
Kecederaan kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan dan kematian pada kanak-kanak (kalau kecederaan teruklah). Kecederaan kepala ni boleh jadi kecederaan ringan atau mild (benjol, luka ringan, lebam), atau boleh jadi kecederaan sederhana ke teruk / moderate to severe (luka dalam, gegaran otak, retak tempurung kepala, pendarahan dalaman, kerosakan otak).
Bila parents dah perasan anak tu ada benjol atau luka di kepala anak kecil, amat penting bagi parents untuk mengetahui dan memerhati simptom-simptom kecederaan kepala yang ada pada anak ni.
Memang ia akan membezakan antara hidup dan mati anak tu kalau parents tak pickup simptom-simptom kecederaan kepala ni. Sebab anak kecil kita memang tak reti nak bagitau macam mana kan. Kita sebagai parents yang kena peka. Swipe kiri kalau nak tahu simptom-simptom tu.
Bila anak ada menunjukkan simptom-simptom ringan tu, bolehlah monitor dulu kejap ke di rumah dan bawa ke klinik kalau risau. Tapi kalau ada simptom-simptom sederhana ke teruk tu, bawalah ke hospital secepat mungkin. Kita taknak lambat bertindak sebab anak kecil ni amat fragile ye.
So ibu bapa, kalau anak-anak tu ada terjatuh dan terhantuk kepala ke, atau tiba-tiba menangis semasa kita tak tengok, periksa kepala anak dan perhatikan simptom-simptom kecederaan kepala yang dah diterangkan.
Jangan lambat bawa jumpa doktor kalau ada simptom-simptom kecedaraan kepala yang sederhana ke teruk tu. Minta-minta dijauhkan. Aminn.
Isteri kepada bekas peserta Pencetus Ummah, PU Abu iaitu Ain Afini selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada awal bulan Februari. Berita gembira tersebut dikongsi oleh pasangan suami isteri ini melalui laman instagram.
Namun kehamilan kali ini berbeza berbanding dahulu kerana menurut Ain, dia sudah memakai alat pencegah kehamilan iaitu IUCD dan selepas 3 bulan hamil baru dia mengetahui dirinya positif hamil.
Perjalanan kehamilan dan kelahiran bersama IUCD di dalam rahimnya dikongsi kepada semua pengikut di laman Instagram.
“Journey pregnancy with IUCD, Umi memang datang period regular ke selama tiga bulan taktahu pregnant tu? Yes and decide nak buat check up sebab selalu nak pitam. Umi agak mungkin sebab “heavy period”
“But it turns out bukan period tapi bleeding disebabkan ada IUCD and keadaan baby tu sendiri”
“Lepas dah tahu umi keluarkan tak IUCD? Sepatutnya doc kata bila baby dah besar sikit akan kena scan semula untuk keluarkan tapi case umi dia tak keluarkan sebab kedudukan iucd bersebelahan dengan kantung so high risk”
“Bila bleeding doc buat apa? Doc kata masa awal2 tu tak ada solusi lain melainkan dapat ubat kuatkan rahim. Makan ubat ikut apa doc sarankan. Dua kali kena refer hosp sebab bleeding banyak and doc cuma scan baby masih ada jantung atau tak and dapat ubat kuatkan rahim. So far Alhamdulillah okay cuma kalau terlalu penat atau terangkat benda berat akan bleeding sedikit.”
“Due umi sepatutnya 6/03/2023 tapi since pengalaman sebelum ni anak anak lain semua bersalin awal jadi mindset tu dah well prepared akan bersalin awal. Since kena admit sebab jantung slow tapi bukaan baru 2cm, pagi 9/2/2023 tu kena induce. Lepas induce dia punya contraction tu start sakit terus setiap 1-2minit, dapat ubat tahan sakit baru lah ku boleh bertenang sikit”
“Masuk labour room pukul 12 dan bersalin pukul 3.10 petang! Alhamdulillah everything sangat smooth dan bersalin tenang tanpa jahitan. Tapi…. Ingatkan dah selesai semua tapi doc bagitahu iucd tak keluar sekali dengan baby atau uri. Another doc masuk and kena undergo proses lain which is kena ‘korek’ cari mana iucd tu. Sebelah doc ada mesin scan tu, sambil scan sambil cari and dibuat dalam keadaan sedar tau tak bius. Ni pengalaman umi, orang lain umi taktahuuu.”
“Sakit tak? Masa tu sakit pun macam dah tak terfikir apa sebab dah letih. Lepas 15 minit macam tu doc baru jumpa IUCD melekat kat daging. Doc kata kena keluarkan juga sebab kalau tak ada possibility kena jangkitan kuman atau kesan lain. Dah keluar tu kan rasa legaaaa!”
“Doc tanya lepasni nak pakai iucd lagi tak? Not sure, macam dah serik heheh tachoddd lahhh. Orang lain umi taktahu macam mana iucd tu keluar sekali ke tak. Pengalaman sungguh lah 😂 Nanti Khadijah dah besar nak kena cerita benda ni”
“Ni pengalaman umi tau, mommies lain maybe ada pengalaman with iucd yang berbeza. Alhamdulillah another experience untuk umi”
Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan tak kurang juga ramai yang teruja melihat wajah satu-satunya anak perempuan PU Abu iaitu baby Khadijah.
Sebelum ini Abu dan isteri dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aysar dan Adam manakala perkahwinan kedua Pu Abu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum mengambil keputusan untuk berpisah dengan isteri kedua.
Seorang warga emas menanggung kerugian RM1.7 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud sejak Ogos tahun lalu.Memetik Harian Metro, Ketua...