Di musim PKP ini, selain kita yang buntu berada di rumah, anak-anak juga turut terkesan emosi mereka. Disebabkan tidak dapat berjumpa dengan kawan-kawan, Dato’ Fazley Yaakob berusaha untuk menghiburkan anak-anaknya di rumah bagi mengelakkan kebosanan mereka.
Sering berkongsi beberapa videonya bersama anak-anak di Instagram, telatah lucu Dato’ Fazley bersama anak-anak sememangnya menghiburkan. Ada sahaja gelagat dan aksi lucu bersama anak-anak yang dikongsikan beliau.
Terbaru, aksi Dato’ Fazley yang mengenakan keempat-empat anaknya yang begitu takut dengan lipas turut menarik perhatian wargamaya. Mana tidaknya, dengan hanya lipas plastik, anak-anak lari bertempiaran.
“Siapa takut #LIPAS?!
“Anak-anak saya semua takut lipas! Malam tadi @elliefazley menjerit sebab kononnya ada lipas kat toilet, so saya pergi lah check.
Ads
“Tak ada pun! Tapi saya tetap berlakon macam ada lipas. Pakai lipas getah!
“Abang-abang @fierudzfazley memecut laju tinggal dia dan terus lari naik atas. So @fieradzfazley dengan @fariedzfazley terselamatlah, @elliefazley pun sempat lari! Tapi Piyush.. muahahahaha!,” kongsinya yang sempat mengusik anak ketiganya.
Masing-masing menjerit dan lari bertempiaran bila mana Dida mereka keluar bersama lipas ditangan. Anak bongsu Dato’ Fazley, si comel Ellie pun sempat memecut laju.
Ads
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain di Instagramnya, bapa penyayang ini turut memberitahu, dia sebolehnya cuba menghiburkan anak-anak sepanjang PKP ini agar mereka tidak bosan berada lama di rumah.
Ada sahaja aktiviti yang dilakukannya bersama anak-anak bagi menghilangkan bosan mereka. Memang ayah yang terbaik!
Aksi bermain dalam kotak, walau hanya elemen yang ringkas tetapi sudah cukup memberi kegembiraan pada anak-anak dan paling penting kata beliau dapat wujudkan bonding dalam masa yang sama dapat hiburkan anak-anak.
Terdahulu, Dato’Fazley mendirikan rumah tangga bersama Datin Azrene Ahmad pada tanggal 7 November 2007. Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fazleyyaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni. Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu. Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk..takde perubahan. Dah puas positifkan anak. cakap baik-baik.
Jika anak mengamuk dan berusia dalam 3 tahun, anda sudah boleh memberi sedikit hukuman. Anak sudah faham.
NAMUN sebelum itu buat ini dulu;
1) Tenangkan diri anda. Fahamkan mengapa anak itu mengamuk. Adakah dia letih? atau selalu sgt dimarah sebelum ini. Atau dia kurang mendapat belaian
2) Peluk dan ucapkan kata-kata kasih dan sayang dulu
3) Usap kepalanya dan bacakan ayat-ayat Al-Quran
4) Bacakan buku-buku mengenai baiknya bersabar dan anda juga perlu menunjukkan kesabaran.
5) Bercakap dengan nada lembut dan tenang.
Jika dia teruskan, anda boleh membuat hukuman yang tidak mendera. Anda boleh menyruruh dia duduk dia sorang-sorang dan fikirkan perbuatan dia.
Semasa dia duduk dia, anda janganlah berleter. Bila dia telah sedar dan datang kembali kepada anda, cium dia dan ajarlah dgn baik supaya dia tahu meminta maaf.
Lakukan dengan penuh kasih-sayang dan memahami perasaan anak kecil.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Takdir Allah memang yang terbaik untuk semua, kerana dia adalah Maha Perancang. Fikiran positif Noh yang pasrah menerima takdir sekiranya tidak dikurniakan anak ini wajar dicontohi.
Kebanyakan pasangan yang mendirikan rumah tangga mengharapkan kehadiran anak dalam rumah tangga. Usaha dan ikhtiar namun sekiranya belum diberikan, maka percayalah tentu ada hikmah yang tersembunyi.
Noh memuat naik gambar dia bersama isteri tersayang, Mizz Nina. Pasangan dua sejoli ini dalam foto tersebut sedang berada dalam perjalanan ke bahagian Asia negara Turki.
Di ruangan kapsyen, Noh menyatakan ia adalah salah satu trip bulan madu mereka, dua minggu berkepit satu mengelilingi dunia dengan kerja-kerja kebajikan. Satu nikmat Allah yang amat disyukuri.
Noh juga menyentuh tentang anak, katanya anak itu ialah keputusan Allah dan sekiranya nikmat anak itu akan menjadi miliknya dan Mizz Nina, dia percaya suatu hari nanti Allah akan berikannya juga.
Namun jika ia bukan takdir buat mereka, dia tetap bersyukur. Apa yang penting buatnya ialah happy dan give back.
Ayah superhero anak-anak, tambah pula kalau ada anak lelaki, apa yang ayahnya buat akan diperhatikan dan akan menjadi ikutan. Sebab itu bila kita nak buat sesuatu kena sematkan dalam fikiran ada yang malaikat kecil kiriman Tuhan yang sedang memerhati.
Daripada apa yang dilihat itulah yang akan dijadikan panduan dalam hidup mereka sehingga meningkat usia, justeru penting sebagai ayah dan juga ketua keluarga memberikan contoh terbaik buat anak-anak.
Anak lelaki suka perhatikan ayahnya
Dia akan perhati cara ayahnya bersolat samada berjemaah atau tidak
Dia akan perhati cara ayahnya berjanji samada tepati janji atau dimungkiri
Dia akan perhati cara ayahnya urus masa samada tepati masa atau tidak
Dia akan perhati percakapan ayahnya samada suka menyakiti orang atau menenangkan
Dia akan perhati cara ayahnya memarahi dirinya samada marah untuk mendidik atau untuk melepas amarah di dada
Dia akan perhati cara ayahnya mengajar & mendidik adik beradiknya yang lain samada mendidik dengan agama ataupun sebaliknya
Dia akan perhati rutin harian ayahnya samada dihabiskan dengan penuh produktif ataupun dipenuhi kemalasan
Dia akan perhati perjuangan ayahnya samada ianya untuk berjaya di dunia dan akhirat ataupun untuk dunia semata
Dia akan perhatikan cara ayahnya menafkahi keluarga samada penuh dengan tanggungjawab ataupun tidak
Dia akan perhati cara ayahnya melayani ibunya samada penuh dengan kelembutan dan hormat ataupun sebaliknya
Di sebalik anak yang soleh solehah majoriti di belakangnya ada seorang bapa yang baik, soleh dan beriman
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.