Setelah menjadi seorang ibu, sisi keibuan penyanyi nombor 1 negara ini terus menyerlah. Kelahiran Aafiyah menceriakan lagi kehidupan, setelah sekian lama dinantikan.
Apa sahaja tentang anak akan membuatkan ibu berasa amat bahagia, walau pun hanya melihatnya sedang tidur. Setiap detik terindah akan sentiasa diingati sepanjang pembesarannya.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza semalam memuatnaik gambar dirinya yang sedang ‘ralit’ memerhatikan sesuatu. Foto dia yang sedang memakai telekung sembahyang disertakan dengan kapsyen seperti berikut;
ctdkRalit dok tengok apatu? Ce tengok gambaq kedua.. OK.. salam Asaq..
Gambar kedua pula memaparkan dirinya yang sedang memerhatikan Siti Aafiyah sedang lena tidur. Comel sangat gelagat ibu dan anak ini!
Ads
Netizen melihat artis kesayangan mereka teruja dengan kehadiran anak selepas 11 tahun berusaha untuk hamil dan mengalami keguguran. Bagi insan yang bergelar ibu, memang faham sangat bagaimana perasaan ibu yang boleh merasa sangat tenang tatkala melihat anaknya sedang tidur.
PERASAAN SYUKUR DARI RAUT WAJAH
MEMANG TIDAK AKAN JEMU MELIHAT BAYI YANG SEDANG MEMBESAR
Siapa sangka kegembiraan pasangan suami isteri yang baru menimang cahaya mata sulung bertukar menjadi duka apabila si isteri kini terlantar lumpuh seluruh badan akibat komplikasi selepas bersalin.
Lebih menyayat hati, bayi perempuan mereka yang kini berusia 51 hari masih belum pernah dibelai oleh ibunya sendiri.
Bayi perempuan itu, Dyia Inara Muhammad Danial, dilahirkan secara pembedahan pada 3 Disember lalu. Namun ibunya, Noor Imani Mohd Zaki, 27, mengalami komplikasi serius sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka.
Suaminya, Muhammad Danial Muhammad Aman Vikraman, 34, memaklumkan bahawa isterinya tidak mengalami sebarang masalah sepanjang tempoh kehamilan.
“Imani sihat sepanjang mengandung. Tetapi selepas bersalin, oksigennya tiba-tiba menurun dan berlaku pendarahan yang teruk,” katanya.
Menurut Muhammad Danial, keadaan isterinya menjadi semakin kritikal apabila air ketuban dilaporkan memasuki saluran darah sehingga menyebabkan otaknya membengkak.
Doktor terpaksa melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebanyak tiga kali, namun usaha tersebut gagal memulihkan keadaannya sepenuhnya.
“Kini hanya mata Imani yang sesekali berkelip, tangan bergerak perlahan-lahan dan suaranya langsung tidak kedengaran,” katanya.
Lebih meruntun perasaan, Noor Imani masih belum berpeluang memegang, memeluk atau membelai bayi sulungnya sendiri, apatah lagi menyusukan Dyia Inara dengan susu badan.
“Anak kami langsung belum merasa kasih sayang ibu,” luah Muhammad Danial dengan nada sebak.
Menurut makluman doktor, Noor Imani mengalami kerosakan otak sebanyak 80 peratus dan peluang untuk pulih adalah sangat tipis.
Muhammad Danial mengakui tidak sanggup melihat keadaan isterinya yang sebelum ini ceria, aktif dan penuh keterujaan menantikan kelahiran anak sulung, kini hanya terbaring lemah di katil.
“Masih terbayang keletah Imani yang tidak sabar menunggu kelahiran anak kami. Setiap hari dia bercakap dengan bayi dalam kandungan,” katanya.
Tambahnya lagi, isterinya sering menghantar gambar dan video perutnya yang bergerak ketika beliau keluar bekerja.
“Setiap hari dia hantar video perutnya. Tapi bila anak sudah lahir, Imani pula menjadi begini,” katanya sayu.
Buat masa ini, bayi mereka dijaga oleh ibu Muhammad Danial memandangkan beliau perlu menjaga isterinya sepenuh masa.
“Saya terpaksa menghentikan perniagaan burger yang saya jalankan sejak 11 tahun lalu untuk menguruskan isteri,” katanya.
Perbelanjaan bulanan untuk menguruskan Noor Imani mencecah RM3,000, melibatkan pembelian susu khas, lampin pakai buang dan ubat-ubatan.
Walaupun tidak mengharapkan keajaiban besar, Muhammad Danial hanya berharap isterinya mampu kembali bersuara dan dapat memegang serta membelai anak mereka walau sekali.
Terdahulu, pasangan ini menerima kunjungan daripada Pertubuhan Peraja Kelantan yang diwakili Penasihatnya, Datuk Paduka Dr Tuan Erni Azrulma Tuan Daud, serta wakil NGO Volunteer i-Care, Saripah Ismail.
Kunjungan tersebut turut disertai penyerahan sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut Pakar Perbinanan yang terkenal, Dr. Hamid Arshat, masalah kerosakkan rahim adalah berpunca dari tabiat pemakanan yang salah sejak dari kecil lagi. Tambahnya lagi, semakin ramai golongan wanita mengalami kerosakkan rahim pada umur yang muda. Jadi sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab menjaga dan mengawal pemakanan anak-anak sejak mereka kecil lagi.
Bukan hanya wanita sahaja mengalami masalah kesuburan akibat tabiat pemakanan dan gaya hidup yang salah, golongan lelaki juga tidak terlepas. Punca lain adalah disebabkan gagal mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengambil makanan segera dan lain-lain. Makanan segera tidak mengandungi nutrisi untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan. Kajian menyatakan kekurangan sesetengah nutrisi penting boleh menyebabkan sperma bermasalah. Oleh itu, golongan lelaki perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai vitamin seperti zink, vitamin E dan sillanium antara nutrisi yang boleh membantu meningkatkan kualiti sperma.
Dr. Hamid Arshat turut berkongsi beberapa maklumat mengenai penyakit ini dan berkongsi tip yang boleh dilakukan untuk ibu bapa lain.
DOAKAN PESAKIT SAYA INI SEMBUH SEGERA
SEMAKIN RAMAI WANITA MENGALAMI KEROSAKKAN RAHIM PADA UMUR MUDA.
1. Penyakit ketumbuhan dalam rahim, Fibroids dan adenomyosis, pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanita umur 40 tahun.
Zaman sekarang dalam umur 20 tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar ketumbuhan tersebut.
2. Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut, sering ia didahului dengan penyakit endometriosis. Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh diluar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim. Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan. Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
3.Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan. Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
4. Kedua-dua jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anak perempuan ada risiko. Berwaspada!
5. Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakkan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
6. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi. Penting sangat makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur-sayur dan buahan. Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food. Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai-bagai penyakit.
MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK-ANAK KECIL.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.