Kita biasa lihat bayi dipakaikan sarung tangan atau mittens. Tetapi menurut pakar penjagaan bayi, mittens baby sebenarnya tidak diperlukan si manja. Ikuti penjelasan ini.
Keperluan pemakaian sarung tangan bayi
Bagi kebanyakan ibu bapa yang menjaga bayi baru lahir , mereka akan menyedari tangan si manja nampak sedikit kebiruan atau berasa sejuk.
Manakala bagi sesetengah situasi lain, bayi mungkin dilihat mempunyai kuku yang panjang dan tajam. Apa yang membimbangkan adalah bagaimana jika si manja akan ‘mencakar’ wajahnya dengan kuku tersebut.
Maka untuk kedua-dua situasi di atas dalam penjagaan bayi, penggunaan dan pemakaian sarung tangan untuk si manja dianggap penyelesaian terbaik.
Mesti ada di antara anda yang ingin mengetahui mengapa bayi mencakar diri mereka, kan?
Secara umumnya, bayi secara tidak sengaja mencakar wajah mereka kerana pergerakan tangan yang tidak terkoordinasi. Ini terutamanya jika mereka:
Mempunyai kuku jari panjang yang perlu dipotong
Membawa tangan ke mulut apabila lapar atau menggunakan tangan untuk mencari payudara untuk menyusu
Mempunyai kulit kering atau sensitif yang menyebabkan timbul rasa gatal
Jadi ini bermakna penggunaan mittens baby boleh dianggap sebagai 1 keperluan bagi menghindari perkara yang tidak diingini berlaku kepada si manja.
Tetapi kenapa pula pakar pediatrik tidak menggalakkannya dalam aspek penjagaan bayi?
5 sebab sarung tangan tidak diperlukan dalam penjagaan bayi
Mittens digunakan pada bayi baru lahir untuk mengelakkan kuku daripada mencakar kulit mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa alasan mengapa penggunaannya tidak digalakkan pakar pediatrik.
Mudah tertanggal
Walaupun ada mittens baby yang dihasilkan dengan pergelangan tangan elastik, namun selalunya ia mudah tanggal daripada tangan si manja.
Ads
Menenangkan diri
Bayi umumnya akan menggunakan tangan bagi menenangkan dirinya dengan menghisap jari.
Namun, apabila tangan dipakaikan sarung, ia akan menyukarkan si manja untuk menggunakan tangan dan boleh menyebabkan mereka berasa kecewa, akhirnya si manja akan menangis.
Mittens baby sekat rasa sentuhan
Kebanyakan bayi suka meneroka deria sentuhan mereka sebaik sahaja dilahirkan, seperti meraih tangan ibu dan ayah.
Jika tidak dipakaikan sarung, anda akan mendapati tangan mereka akan menyentuh semua benda dan memeriksa teksturnya.
Dengan deria sentuhan melalui jari, bayi akan dapat merasakan persekitarannya dengan lebih baik serta belajar mengetahui fungsinya dengan lebih awal.
Risiko jangkitan
Bayi banyak meletakkan tangan di mulut. Jika sarung tangan yang digunakan kotor, ia sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pelbagai penyakit.
Ruam dan berdaki
Apabila dipakaikan mittens baby, kerap kali tangan si manja akan berada dalam keadaan menggenggam.
Jika berterusan untuk tempoh lama, ia boleh menyebabkan kulit mengelupas, ruam dan berdaki kesan daripada berpeluh.
Ads
Mengelakkan bayi daripada mencakar
Sekiranya sarung tangan bayi tidak digunakan, maka ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kecenderungan si manja untuk mencakar diri mereka sendiri.
Bagaimana?
Ada 2 cara penjagaan bayi yang boleh diamalkan, seperti:
Memotong kuku secara berkala
Anda disarankan untuk sentiasa memeriksa kuku si manja bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik, iaitu tidak panjang atau tajam.
Gunakan pengepit kuku khas untuk si kecil.
Jika anda bimbang akan menyebabkan kecederaan seperti luka kepada si kecil, dapatkanlah bantuan pasangan untuk membantu anda melakukannya.
Ads
Tindak balas segera
Umumnya, bayi yang lapar akan memberi isyarat seperti membuka mulut bagi mencari payudara untuk menyusu, melambaikan tangan, menghisap penumbuk, ibu jari atau jari.
Situasi paling kritikal adalah apabila si manja mula menangis. Ia adalah isyarat mereka dalam keadaan yang sangat lapar.
Pada waktu ini, koordinasi tangan akan berada dalam keadaan tidak terkawal dan kecenderungan menggaru atau mencakar diri adalah sangat tinggi.
Jadi, untuk menghindarinya, anda perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang isyarat daripada si manja.
Lupakan sarung tangan
Sentuhan adalah cara untuk si manja meneroka dunia, mengenali objek mahupun individu. Penggunaan sarung tangan bayi hanya akan menyekat si manja daripada melalui pengalaman ini.
Jika anda melakukan penjagaan dan pemotong kuku bayi secara berkala, ia pasti membantu untuk memastikan kuku si manja sentiasa dalam keadaan pendek bagi mengelakkan cakaran atau calar.
Bagi ibu bapa yang mahu memakaikan si manja sarung tangan bayi, ia tidak salah.
Cuma sebaiknya dipakaikan sehingga si manja berusia 6 minggu. Selepas tempoh itu, biarkan si manja meneroka deria sentuhnya.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Kenapa bahagian belakang kepala bayi saya ni meleper?” Ramai ibu yang bertanya soalan ni semasa di klinik. Ini antara kerisauan ibu-ibu bila melihat kepala anak menjadi leper.
Ada bayi yang bentuk kepala mereka semasa lahir cantik bujur, tapi selepas beberapa bulan mula menjadi leper terutama di bahagian belakang kepala. Inilah yang dipanggil sebagai Flat Head Syndrome.
Salah satu puncanya disebabkan oleh bayi banyak diletakkan dalam posisi menelentang semasa tidur di atas tilam dan juga semasa mereka berjaga.
Bayangkan, mereka sentiasa ada dalam posisi menelentang dari pagi sampai ke malam. Jadi tekanan pada tulang kepala bayi yang lembut tu menyebabkan bentuk kepala berubah.
Ada 3 jenis aktiviti ni untuk kurangkan Flat Head Syndrome ni. Kalau diamalkan, bila bayi tu berumur 1-2 tahun, bentuk kepala insyaAllah jadi cantik semula yang dikongsi oleh Dr. Redza Zainol.
Tummy to tummy
Lepas bayi lahir dah boleh letak bahagian perut bayi bersentuh pada perut/dada ibu yang sedang baring.
Sambil tu boleh pandang mata anak lama-lama. Bonding time antara ibu dan anak. Ayah pun boleh buat juga.
Lap time
Baringkan bayi pada peha kita dengan bahagian perut bayi menyentuh peha ibu.
Kita support sikit kepala bayi dengan tangan atau kaki kita. Boleh teruskan sampai bayi tertidur.
Side lying
Kita letakkan bayi dalam posisi mengiring. Letak gulungan kain di belakang bayi supaya bayi kekal dalam posisi mengiring.
Boleh juga letak alas kepala supaya bayi selesa. Tangan dan kaki bayi berada di depan badan bayi.
Setiap aktiviti boleh dibuat selama 10-15 minit untuk setiap sesi. Lepas tu, bayi selalunya dah mula menangis sebab penat. Setiap kali buat aktiviti ni, ibu bapa perlu pantau dengan rapi ya.
Handphone letak jauh, fokus hanya pada anak. Pegang dan belai dia. Tengok mata dia. Peluk dia, sayang dia. Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai ibu ayah yang tahu. Kita mesti nak anak kita sihat dan comel kan.
Bukan berlagak tetapi tindakan pelakon Amar Baharin larang bayinya disentuh atau dicium oleh orang yang tak dikenali ada sebabnya.
Bahkan tindakannya itu mendapat persetujuan dan sokongan daripada ramai netizen di instagram yang turut berkongsi pengalaman bayi masing-masing mengalami kesan buruk pada kesihatan selepas disentuh dan dicium oleh orang yang tidak sihat.
Sebagai bapa, Amar nyata terkesan apabila membaca artikel dalam website Pa&Ma mengenai nasib diterima oleh seorang bayi akibat sikap tidak sensitif sesetengah pihak.
Sebagai selebriti, Amar mengakui dia dan isterinya Amyra Rosli turut tidak terlepas daripada situasi Aqeef Anaqi, 6 bulan menjadi tumpuan orang ramai yang hendak menyentuh dan mencium si comel.
Namun selepas membaca kisah bayi malang tersebut, Amar tidak teragak-agak untuk meluahkan perasaan tidak berpuas hati dengan sikap kurang prihatin sesetengah pihak dalam instagram peribadinya.
Ternyata pelakon ini benar-benar kesal dengan apa yang terjadi sehingga meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan si kecil.
“Kau ikut perasaan nafsu geram kau, cium baby tu or sentuh baby tu, sampai secara tak langsung kau sebarkan virus kat baby tu sampai sakit mcm ni, siapa yang menanggung?” tulis Amar di Instagramnya.
Amar turut mengakui tak akan sesuka hati menyentuh mana-mana bayi yang ditemui walaupun geram dengan kecomelan mereka.
“Aku sendiri tak pernah nak sentuh mana-mana baby yang aku jumpe walaupon comel dan geram aku tengok sebab aku sedar diri, sedar ruang, tak nak apa-apa jadi kat baby tu” ujarnya lagi.
Dia juga tidak akan teragak-agak untuk menegur sekiranya terlihat situasi tersebut berlaku pada mana-mana bayi.
Justeru Amar turut berpesan kepada semua ibu bapa supaya jaga keselamatan anak dengan baik. Tak perlu risau orang mengata bila kita tak bagi mereka cium anak kerana yang penting anak tak dapat kesan buruk daripada perbuatan tersebut.
“Dan aku berharap supaya ibu bapa di luar sana, tolong tolong… tolong jaga anak-anak korang dengan baik. Jangan terlalu menjaga hati orang sampai anak korang terseksa macam ni. Please,” tegasnya lagi.
Bagi Amar, dia tidak kisah pandangan orang lain yang beranggapan dia dan isterinya agak sombong bila melibatkan bab menyentuh atau mencium anaknya.
Sebagai bapa apa yang lebih dipentingkan adalah mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku ke atas kesihatan dan keselamatan anaknya.
Pastinya mama yang menyusu badan ada pengalaman digigit puting oleh bayi. Lagi-lagi bayi yang baru tumbuh gigi. Ini antara yang paling dirisaukan ibu. Insiden ini akan berlaku secara mengejut dan tak dijangka.
Memang kebanyakan masanya kita tak dapat menjangka. Ada yang hampir terlena, tapi tiba-tiba saja menggigit. Rasanya bukan main pedih. Ada yang sampai menitis air mata menahan sakit. Tapi, takkan nak marah si kecil yang tak tahu apa-apa?
Apa yang perlu dilakukan apabila bayi mengigit puting ibu?
1) Elakkan daripada terus menarik payudara dari mulut bayi. Ia menyebabkan puting akan terluka. Ibu dapat mendekatkan bayi kepada badan ibu sehingga mukanya tenggelam di dalam payudara ibu.
Dengan cara itu, hidungnya akan terhalang dan pernafasan akan sedikit sukar, bayi akan terus melepaskan payudara ibu dari mulutnya.
Ibu juga dapat meletakkan jari kelengkeng di celah mulut bayi ataupun menutup hidungnya supaya bayi melepaskan payudara ibu.
2) Elakkan daripada menjerit dengan kuat semasa bayi mengigit kerana ia dapat menakutkan bayi. Bayi mungkin merajuk ataupun menolak daripada disusukan.
3) Hentikan penyusuan sebaik sahaja bayi mula mengigit. Bayi akan mendapat isyarat yang dia tidak boleh mengigit sekiranya mahu menyusu.
Sekiranya bayi mengigit kerana gusinya “gatal’ dan mahu tumbuh gigi, berikan sesuatu untuk dia gigit seperti tuala basah yang sejuk ataupun mainan khas untuk bayi.
Ada juga gel yang dijual difarmasi untuk letak digusi bayi bagi mengurangkan kesakitannya. Boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
4) Sekiranya bayi masih terus mengigit walaupun langkah-langkah di atas sudah di buat, katakan kepadanya dengan nada tegas, tetapi jangan sampai pula sampai menjerit.”janganla gigit. Adik mahu menyusu atau tidak? ibu sakitlah.”
Kemudian, hentikan penyusuan beberapa saat. Cuba susukan kembali sejurus selepas itu. Sekiranya dia masih mengigit, hentikan terus penyusuan. Mungkin bayi sebenarnya tidak mahu menyusu.
Kredit dari Dr Faridah Idris, Terbitan PTS Millenia Sdn Bhd..
**Dapatkan barangan bayi pada harga promosi yang sangat berbaloi. Klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.