Ya sangat tepat! Baik anak perempuan atau anak lelaki, ajarlah kemahiran memasak pada anak sejak kecil lagi. Elakkan sekali-kali tak bagi anak masuk dapur.

Malah menerusi perkongsian superdaddy, Khairul Abdullah dengan tiga anak lelakinya, ilmu dan kemahiran memasak buat hidup anak-anak kecil kita sampai dewasa kelak tidak kebulur. Malah biasanya mereka pandai berdikari.

Jadi ajarkanlah kemahiran ini awal-awal lagi pada anak. Kekok sikit itu biasa.

Memasak Survival Skill Paling Penting, Ajarlah Anak, Campak Mana Pun Mak Ayah Tak Perlu Risau!


Memasak ni adalah survival skill yang penting. Kalau pandai masak, hidup tak kebulur walau duit takde. Dengan bahan yang minimum dah boleh masak macam-macam.

So skill ni kena pupuk sejak kecil. Pastu skill basuh pinggan pun kena pupuk juga dari kecil tak kiralah boy atau girls.

Bab house chores ni kena layan sama rata, semoga dah besar dan kahwin nanti bahagia rumahtangga depa.

IKLAN

Memasak Survival Skill Paling Penting, Ajarlah Anak, Campak Mana Pun Mak Ayah Tak Perlu Risau!

Benda paling mudah untuk anak-anak masak kat dapur adalah masak nasik, goreng telur dan nak fun sikit buat pancake macam ni.

1 cawan + 3 sudu besar tepung Bluekey
1 cawan susu
1 sudu butter cair
1 biji telur
2 sudu gula atau madu
1 sudu kecil garam

1 sudu kecil esen vanilla kalau ada
Dah ada semua bahan tu minta anak-anak satukan semuanya dalam bekas dan kacau sebati. Guna bekas besar tau, kalau tak habis tumpah dikacau oleh depa.

IKLAN

Memasak Survival Skill Paling Penting, Ajarlah Anak, Campak Mana Pun Mak Ayah Tak Perlu Risau!

Pastu panaskan kuali non-stick dengan api perlahan dan sekata. Minta anak sendukkan bancuhan ke dalam kuali dan biar dia naik menggelembung dan ajar dia cara nak balikkan. Biar dalam seminit, siap.

 

Hidanglah dengan butter dan maple syrup atau sos coklat atau sos strawberry atau apa sahaja yang diorang suka.

IKLAN

Kita jangan sekat anak-anak ke dapur. Galakkan, ajar dan pantau. Anak-anak bila suka masak dia akan faham kepentingan dan juga bahaya yang ada di dapur.

Memasak Survival Skill Paling Penting, Ajarlah Anak, Campak Mana Pun Mak Ayah Tak Perlu Risau!

Bila dia dah rajin dan pandai masak, lengkaplah satu value atau survival skills yang paling penting untuk dia.

InshaAllah, senang dia nak hidup berdikari nanti. Campaklah kat mana pun, kita tak perlu risau.

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI