Tak sempat makan ketam yang diidamkan masa mengandung, selepas bersalin akhirnya ia tertunai juga. Memey bawa Mikayla sekali makan ketam yang diidamkan!
Mengidam masa mengandung itu perkara biasa seorang wanita. Seperti yang diceritakan oleh aktres Memey Suhaiza ini, mengidamkan sajian ketam tapi tak kesampaian semasa hamil. Namun ia tertunai juga selepas melahirkan anak ketiganya, Mikayla Delisha Hakim.
Memey juga menceritakan yang proses bersalinkan Mikayla. Dari 5cm, sejam kemudian terus bersalin, mudahnya Memey bersalin. Ia diceritakan di dalam posting Instagramnya. Berikut perkongsiannya;
Ads
Ada cerita sebalik gambar ni
Berapa hari sebelum bersalin @mikayladelishahakim teringin sgt nak makan fatty crab ni..
Suami bawa tp sampai kedai..tutup plk..
Sehari 2 plan nak pergi lagi dah tak sempat sbb trbersalin awal dr due date..
Masa otw hospital siap mintak suami bawa kesini sbb tak rasa sakit ,jadi fikir lmbt lagi baby keluar..
Tapi rupanya sampai hospital dah 5 cm doc kata anytime jer.. mmg betul sejam lepas tu mikayla keluar..
So hari ni mummy datang mummy bawa mikayla sekaliyeaa..
Mummy makan puas2..
Nasib baik air liur anak mummy takde kluar2 sbb mummy tak sempat mkn hari tu
Sebarang makanan atau minuman yang anda ambil semasa penyusuan adalah amat penting, terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal, iaitu sewaktu tubuh anda mula menghasilkan susu ibu.
Bagi menghasilkan susu badan, tubuh anda memerlukan banyak tenaga. Kajian menunjukkan tenaga harian yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi adalah kira-kira 2,000 kJ (478 kalori) lebih daripada yang diperlukan oleh seorang wanita normal.
Angka ini diukur dalam enam bulan pertama penyusuan penuh atau eksklusif, di mana bayi hanya diberikan susu ibu sahaja. Selepas tempoh ini, anak anda akan memerlukan kurang susu badan, dan, lantaran itu, anda juga akan memerlukan kurang tenaga.
Vitamin dan mineral penting untuk ibu yang menyusukan bayi;
Protein
Bayi yang sedang membesar memerlukan banyak protein, jadi anda perlu untuk membekalkan banyak protein dalam diet anda. Ini bagi memenuhi keperluan si manja anda. Protein adalah penting untuk perkembangan, dan pembaikan sel. Jumlah purata protein yang ibu penyusuan perlukan setiap hari ialah 54g, tetapi sesetengah ibu mungkin perlukan 67g sehari, atau mungkin juga lebih.
Sumber protein termasuklah:
Daging
Telur
Tenusu
Sayur kacang, kekacang dan produk soya
Folat
Folat ialah jenis vitamin B yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan sihat bayi anda. Secara purata, ibu yang menyusukan bayi memerlukan 450μg folat sehari, tetapi anda mungkin perlu 500μg setiap hari, atau lebih. Sumber folat termasuklah:
Sayuran berdaun hijau
Bijirin penuh
Kacang pis dan kekacang
Avokado
Ekstrak yis
Iodin
Iodin ialah mineral penting untuk penghasilan hormon tiroid untuk memastikan perkembangan otak dan sistem saraf. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan 190μg iodin setiap hari, tetapi sesetengahnya perlu mengambil 270μg setiap hari.
Sumber baik iodin termasuklah:
Makanan laut
Susu
Sayuran
Zink
Zink adalah penting untuk perkembangan sistem imun bayi. Ibu yang menyusukan bayi perlu 10mg zink setiap hari, tetapi sesetengah ibu memerlukan 12mg zink sehari, atau mungkin lebih. Sumber zink termasuklah:
Bijirin gandum penuh
Susu
Makanan laut
Sayur kacang, kekacang, dan produk soya
Vitamin A
Vitamin A adalah penting untuk perkembangan normal anak dan membantu untuk melawan jangkitan. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan purata 800μg vitamin A setiap hari, tetapi sesetengah ibu mungkin memerlukan sehingga 1,100μg setiap hari, atau lebih.
Sumber baik vitamin A termasuklah:
Susu
Keju
Telur
Spesies ikan berlemak
Sayuran berwarna oren-kekuningan
Buah-buahan seperti labu, mangga, aprikot
Sayuran seperti lobak merah, bayam, dan brokoli
Vitamin B6
Vitamin B6 membantu proses metabolisma dan pembentukan sel darah merah. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan purata 1.7mg sehari vitamin B6, tetapi anda juga mungkin perlu 2mg setiap hari atau lebih.
Sumber baik vitamin B6 termasuklah:
Daging organ dan otot
Ayam itik
Ikan
Bijirin penuh
Kubis Brussels
Kacang pis hijau
Sayur kacang
Kekal hidrat
Penyusuan boleh membuatkan ibu berasa amat dahaga. Jadi, anda perlu minum sekurang-kurangnya 700ml air setiap hari untuk menggantikan cecair yang hilang dari penyusuan. Kekal mendapatkan cecair yang sihat seperti air kosong, susu, jus, dan mengelakkan alkohol. Minuman berkafein (teh, kopi, dan kola) boleh diambil, tetapi perlu dihadkan pengambilannya.
Tip untuk bantu anda makan dengan betul
Penyusuan semasa beberapa hari terawal boleh jadi amat memenatkan untuk ibu. Jika anda berasa sulit, minta bantuan bagi kekal mendapatkan diet yang sihat.
Dengan hasrat untuk mendapat diet yang sihat, seimbang dan berserta air, anda perlu makan lima atau enam hidangan kecil setiap hari, berbanding tiga hidangan besar sehari. Bagi memberikan kualiti susu terbaik untuk anak anda, ingatlah untuk mengambil sedikit daripada makanan yang dinyatakan di atas dalam diet anda, dan elakkan makanan yang pedas dan panas, begitu juga dengan yang berkafein dan minuman beralkohol.
Masalah keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara normal. Walau bagaimanapun, agak membimbangkan apabila ia boleh berlanjutan selama beberapa bulan.
Masalah ini jika tidak diatasi dengan baik bakal menjurus kepada kewujudan bahagian atau tompok botak di kepala pula.
Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tidak stabil. Selepas melahirkan anak, jumlah estrogen dalam tubuh berkurangan secara mendadak.
Perlu anda tahu bahawa rambut yang gugur dalam tempoh selepas bersalin ini sebenarnya merupakan rambut yang sepatutnya sudah lama gugur.
Selain daripada itu, masalah tekanan dan kekurangan vitamin adalah antara penyumbang lain faktor keguguran rambut selepas melahirkan anak.
Hal yang sama telah dilalui oleh pengacara dan pelakon Jihan Muse. Demi menjaga kecantikan rambutnya untuk jangka masa yang panjang, dia telah mengambil langkah bijak dengan memotong pendek rambutnya.
Sememangnya adalah mustahil untuk anda menghentikan keguguran rambut selepas bersalin. Namun begitu, berikut adalah antara beberapa perkara lain yang boleh anda lakukan bagi mengawal masalah keguguran rambut daripada menjadi lebih buruk.
Langkah terbaik yang boleh anda lakukan ialah meningkatkan usaha penjagaan rambut yang lebih insentif dengan mengambil vitamin tambahan untuk menguatkan dalam tubuh. Hal ini secara tidak langsung boleh menguatkan akar rambut.
Elakkan menyikat rambut ketika ia masih basah. Ketika basah, rambut sangat rapuh. Lebih memburukkan keadaan apabila anda menyikatnya secara kasar. Ia lebih mudah terputus dan gugur.
Dalam pada itu, jangan gunakan alat pengering rambut dan alat pengeriting rambut buat sementara waktu kerana ia boleh menambahkan masalah kerosakan rambut.
Hindari diri daripada mewarnakan atau mengeritingkan rambut yang tentunya banyak menggunakan bahan kimia.
Gunakan mask rawatan rambut khas untuk masalah rambut gugur. Produk rambut yang kaya dengan kandungan vitamin A dan minyak vitamin E juga boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi banyak protein, kalsium, zink, buah-buahan, dan sayur-sayurankerana makanan adalah sumber utama vitamin dan nutrien.
Bagi yang mengalami masalah rambut gugur berlanjutan atau sangat serius, anda perlu berjumpa dengan pakar dengan segera untuk mengetahui puncanya agar dapat menangani masalah ini dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sulung kepada Atlet Silat Negara, Jufferi Jamari iaitu Zimraan Al-Qays dikhabarkan agak kritikal di wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur akibat barah kanser yang dihidapinya.
Khabar duka tersebut disampaikan oleh Saudara Yusuf Azmi dari Semboyan Malaysia menerusi laman Instagram rasminya.
Menurut Yusuf Azmi, dia memohon doa ramai agar dapat mendoakan kesihatan buat adik Zimraan Al-Qays yang katanya agak kritikal di wad hospital.
“Assalamualaikum kepada semua rakyat malaysia.. Saya mohon kepada anda semua doakan anak tercinta buat adinda saya @jufferijamari yang sedang menghadapi kanser dan sedang berada di Wad agak kritikal..”
“Doa anda semua semoga menjadi asbab , Allah mengangkat segala kesakitan..Saya memohon kepada semua Para Ulama yang mengenali saya , mohon doa bersama”
“Saya mohon sangat sangat…Doa anda semua diperlukan..Sesungguhnya Doa itu senjata buat hamba Allah yang mukmin..”
Menerusi perkongdian Jufferi Jamari di laman Instagramnya pula, dia amat berharap agar ank sulungnya ini terus kuat melawan kanser.
“Awak anak yang hebat. Hanya ayah dan mummy je yang nampak kekuatan kamu nak..teruskan berjuang”
Rata-rata warga maya mendoakan kesihatan, kesembuhan buat adik Haq.
Pa&Ma turut mendoakan agar adik Haq segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan buat keluarga Jufferi Jamari.