Penularan pandemik Covid 19 yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa ada simptom sedikit sebanyak menimbulkan rasa risau ibu-ibu yang bakal bersalin dalam tempoh PKP dilaksanakan.
Justeru mungkin ada yang memilih untuk bersalin di rumah sendiri kerana bimbang diri dan bayi akan dijangkiti virus tersebut sekiranya keluar dan bersalin di hospital. Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Prince Court ketika sesi live bersama Majalah Pa& Ma menegaskan, ibu-ibu hamil jangan sesekali mengambil risiko dengan berbuat demikian.
Menurutnya ramai ibu-ibu hamil yang bertanyakan keadaan tersebut kepadanya. Namun nasihatnya tidak perlu risau kerana pihak klinik dan hospital sudah mengambil langkah-langkah pencegahan ketika merawat para pesakit yang hadir.
“Mungkin ada ibu-ibu yang takut nak ke klinik memandangkan bimbang dijangkiti, tapi usah risau kerana pihak klinik sudah mengambil langkah-langkah melakukan keselamatan. Pakai mask jika selesema atau batuk. Jika tiba-tiba batuk ketika sampai di klinik, ikut etika atau cara batuk yang betul. Jangan harapkan kepada doktor dan petugas kesihatan semata-mata. Kita sendiri kena alert dan menjaga diri.
“Jangan sesekali ambil risiko untuk bersalin di rumah kerana di rumah tiada petugas kesihatan yang boleh memantau proses bersalin. Jika tidak sempat ke hospital yang telah dipilih untuk bersalin, pergi sahaja ke mana-mana hospital berdekatan.
Ads
Jujur dan maklumkan jika ada kontak rapat atau gejala
“Jangan pula tertinggal buku kehamilan yang ada rekod kesihatan anda. Paling penting tolong jujur dan maklumkan kepada doktor jika ada masalah kesihatan seperti demam, batuk dan sebagainya. Jangan lupa juga untuk maklumkan jika ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 juga amatlah perlu dimaklumkan.”
Tambahnya lagi ibu yang bakal bersalin tidak perlu risau kerana prosedur untuk ibu bersalin yang akan dibuat ketika musim pandemik ini juga sama seperti waktu lain, Cuma jika ibu tersebut positif Covid, cara pengendalian yang akan dibuat mungkin berbeza.
“Jangan risau kerana setiap rawatan dan prosedur untuk melahirkan anak yang diberi semuanya sama, Cuma cara nak handle kes jika ibu positif Covid akan berbeza. Petugas kesihatan perlu memakai PPE sebagai langkah pencegahan supaya tidak dijangkiti kepada bayi dan juga orang sekeliling. Namun jika ibu tiada Covid, prosedurnya adalah seperti biasa.”
Ads
Ibu tidak boleh jangkiti bayi dalam kandungan
Turut ditanya apakah ibu hamil boleh mengjangkiti anak dalam kandungan, jelas Dr Maiza berdasarkan pemerhatian saintifik, tiada pemindahan virus secara langsung dari ibu kepada bayi. Yang ada Cuma melalui kontak langsung.
“Berdasarkan pemerhatian saintifik, tiada pemindahan virus direct dari ibu kepada baby. Yang ada Cuma melalui contact direct, misalnya selepas bersalin ibu positif dan terbersin, maka keadaan itu yang memungkinkan si kecil dijangkiti virus tersebut.”
Ads
Diharap dengan apa yang dijelaskan oleh Dr Maiza sedikit sebanyak memberikan kelegaan buat ibu-ibu yang bakal melahirkan. Jaga diri, amalkan langkah pencegahan dan jangan lupa untuk buat pemeriksaan berkala seperti biasa. Teruskan berdoa semoga penularan wabak ini dapat dibendung dan kita semua dapat menjalani kehidupan normal seperti dahulu.
Semoga ibu-ibu yang bakal melahirkan dipermudahkan segala urusan dan segalanya berjalan dengan lancar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai yang terkejut membaca kisah seorang ibu yang mengelar anak lelakinya berusia setahun tujuh bulan hingga mati.
Menurut petikan dalam Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Felda Jengka 13, Maran, malam tadi, dipercayai dilakukan tanpa sedar.
Menurut suaminya, Muhammad Rizal Jusoh, 42, perbuatan secara tiba-tiba isterinya itu berlaku ketika beliau berada di rumah dan langsung tidak menduga isterinya akan bertindak sedemikian.
Menurutnya, ibu kepada tiga anaknya itu seorang yang penyayang dan tidak pernah berkelakuan mengikut emosi.
“Saya kalau marah anak, dia akan marah saya balik, itu sebab saya tak percaya dia buat begitu. Dia tak sedar apa dia buat. Dia tak mungkin buat begini sebab saya tahu bagaimana dia jaga anak-anak.
“(Ketika itu) Saya tonton televisyen. Anak tidur depan saya,” ujarnya.
Muhammad Rizal berkata, isterinya yang baru selesai mengaji al-Quran kemudian bawa anaknya masuk bilik.
“Tak lama kemudian, saya dengar suara anak merengek lemah dan berasa pelik sedangkan dia tidur. Saya masuk bilik, tengok dia sedang kelar leher anak dengan pisau,” katanya.
Muhammad Rizal yang terkejut kemudian menolak isterinya yang dalam keadaan tidak melawan atau memberi sebarang tindak balas, seolah-olah tidak sedar.
Menurutnya, anak mereka yang berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Bandar Pusat Jengka namun disyaki sudah tidak bernyawa sebelum tiba di sana.
“Pegawai perubatan selepas itu juga mengesahkan dia sudah meninggal dunia.
“Selepas kejadian, isteri ada juga bertanya apa yang berlaku dan siapa yang buat semua itu,” katanya lagi.
Muhammad Rizal mendakwa isterinya sering termenung dan kemurungan sejak awal Mei lalu.
Seorang Jururawat terlatih, Bel Nawhen telah menulis satu perkongsian yang sangat berguna kepada semua yang bergelar ibu ayah.
Gejala kemurungan selepas bersalin adalah perkara yang tak boleh dibuat main atau dianggap remeh.
Dapatkan rawatan sebelum ia melarat dan menjadi lebih parah.
Pagi tadi ada mendengar berita tentang ibu mengelar anaknya yang berusia 2 tahun.
Dari apa yang dikatakan si suami, isterinya ada mempunyai simptom depression atau halusinasi dan tidak pernah mendapat rawatan di mana-mana pusat kesihatan mental.
Halusinasi yang dialami si ibu merupakan salah satu tanda bahawa si ibu mempunyai kecelaruan mental yang mana sering tidak dipandang berat dan diremehkan atas alasan si ibu mengada-ngada ataupun sengaja mencari perhatian.
Diusia muda lingkungan 31 tahun dan sudah punya 3 orang anak terkadang memberikan satu tekanan fizikal dan mental dalam membesarkan anak-anak yang sedang dalam proses pembesaran.
Dalam hal ini, banyak sudut perlu diperhatikan dari segi mula melahirkan hingga ke anak yang semakin membesar kerana gejala depression boleh berterusan jika tidak dirawat.
Tanda Gejala Kemurungan
Sebenarnya, ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu berkemungkinan mengalami gejala kemurungan selepas bersalin tetapi anda tidak perasan atau menyangkakan ia merupakan tanda biasa kerana cuba menyesuaikan diri dengan tempoh berpantang.
• Berfikiran Negatif
Sering memikirkan sesuatu yang negatif jika terjadi sesuatu semasa proses berpantang. Sebagai contoh, merasa akan mencederakan anak jika anak sering meragam atau menangis tanpa sebab. Ada tu, merasakan perlu melarikan diri dari semua orang ekoran tidak mampu mengawal keadaan antara diri dan anak yang baru lahir.
Dalam keadaan ini, anda akan mengharapkan bantuan dan sokongan dari keluarga terutama suami ataupun bantuan professional dari doktor.
Kesukaran menyesuaikan diri dalam keadaan ini merupakan antara gejala kemurungan selepas melahirkan.
• Cepat Marah atau Mudah Baran
Ada waktu, anda akan merasa mudah marah dan cepat melenting atau naik angin. Anda akan melepaskan amarah itu tidak kira kepada bayi anda, pasangan, ahli keluarga ataupun rakan sekerja walaupun atas perkara kecil. Anda juga akan mudah merasa sakit hati atas apa yang orang lain lakukan yang menyinggung perasaan anda.
Cepat marah, lambat sejuk merupakan salah satu gejala kemurungan kerana anda terlalu memendam rasa dan apabila tidak boleh dikawal, maka anda akan melepaskan perasaan itu.
• Mudah Lupa
Anda tiba-tiba menjadi pelupa. Terkadang benda kecil seperti sudah beri anak menyusu atau mandi pun anda terpaksa mengambil masa untuk mengingat semula.
Ini bukan tanda ada wayar sudah putus, ada urat sudah putus sewaktu proses melahirkan. Kemurungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap daya ingatan seseorang.
• Sukar Tidur (Insomnia)
Ini rasanya ramai yang alami lebih-lebih lagi walaupun letih selepas melahirkan, anda masih tidak mampu untuk tidur. Ataupun. Walau telah tidur, anda masih merasa letih dan lesu.
Ini menunjukkan mental anda yang sedang penat, bukannya tubuh anda.
• Rasa Kosong
Anda tidak ada apa-apa perasaan tidak kira emosi ataupun rasa kasihan kepada apa pun.
Apa yang anda lakukan umpama robot tanpa anda sedar perlakukan yang anda sedang buat.
Anda tidak teruja lagi dengan kelahiran anak anda, menikmati breastfeeding journey atau merasakan perlu untuk memujuk dan menjaga anak apabila anak menangis.
Dari segi perubatan dan sains gangguan perasaan wanita selepas bersalin dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan, iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues), kemurungan (depression) dan gila meroyan (postpartum psychosis)
Seorang ibu yang mengalami postpartum blues akan berasa sedih, penat dan mengalami mood yang tidak menentu. Semua orang mungkin akan mengalami keadaan ini, termasuklah orang yang tidak pernah mengalami masalah mental ataupun tekanan emosi sebelum atau semasa mengandung terutama ibu-ibu yang melahirkan buat kali pertama.
Beberapa penyesuaian diperlukan oleh wanita dalam menghadapi aktiviti dan peranan barunya sebagai ibu pada minggu-minggu atau bulan-bulan pertama setelah melahirkan, baik dari segi fizikal mahupun psychology. Sebahagian wanita berjaya menyesuaikan diri dengan baik,tetapi sebahagian lainnya tidak berhasil menyesuaikan diri dan akan mengalami gangguan psikologi..
Namun gejala ini sangat ringan dan biasanya akan baik sendiri tanpa rawatan. Perubahan emosi ini kerap berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas bersalin, dan berkurang selepas hari ke-10, kemudian emosi mereka biasanya kembali stabil. Mungkinlah apabila orang komen mengenai bayi, penyusuan ibu dan sebagainya, ibu rasa sentap dan terus memendam perasaan dan menyebabkan kesedihan itu berpanjangan.
2. Kemurungan (Postpartum Depression)
Kemurungan adalah masalah yang lebih serius dan perlu mendapat rawatan. Keadaan ini menimpa 1 daripada 8 ibu dan lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga setahun selepas melahirkan anak. Bermakna, postpartum depression mengambil masa yang lebih lama untuk terjadi. Ibu juga mungkin sudah mengalami masalah mental atau tekanan beberapa bulan sebelum gejala kemurungan semasa berpantang muncul.
Gejalanya sama sahaja dengan postpartum blues tetapi biasanya lebih teruk .Ibu-ibu ini mempunyai faktor risiko tertentu dan lebih cenderung untuk mendapat kemurungan selepas bersalin (kemungkinan berlaku rentetan daripada gejala postpartum blues yang berpanjangan)
Faktor yang boleh meningkatkan risiko kemurungan selepas bersalin ialah:
Stress Sejarah kemurungan selepas bersalin untuk kelahiran sebelumnya. Mempunyai masalah tekanan emosi yang tidak berkaitan dengan kandungan. Kehidupan alam rumah tangga yang bermasalah Tiada tempat meluahkan perasaan Tekanan hidup sebelum, semasa atau selepas bersalin. Tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada suami serta keluarga dalam pengurusan bayi dan diri sendiri (terutama bagi kes ibu yang melahirkan bayi sulung). Trauma yang terbawa-bawa jika pernah mengalami kehilangan bayi sebelum kelahiran sekarang Kesukaran dalam menangani masalah bayi menangis di tengah-tengah malam ditambah dengan badam yang letih akibat ‘labour stage’ yang lama serta kesakitan akibat luka melahirkan atau pembedahan. Masalah dengan orang tua atau mertua (terutama dalam amalan berpantang yang kadangkala terlalu ketat) Bayi mengalami jaundice/perlu ulang alik ke hospital atau klinik. Masalah dalam menyesuaikan diri dengan bayi yang baru lahir selain dengan anak yang sedia ada yang juga memerlukan perhatian. Menahan rasa rindu dan merasa jauh dari suami (bagi ibu yang pertama kali melahirkan) Perilaku anak semakin nakal sehingga ibu menjadi stress Gangguan corak tidur ibu pada malam hari kerana bayinya menangis. Setiap kegiatan ibu menjadi terbatas kerana hadirnya seorang bayi. Takut melakukan hubungan suami isteri kerana takut mengganggu bayi selain trauma di bahagian sulit semasa melahirkan.
3. Psikosis
Psikosis selepas bersalin atau gila meroyan merupakan peringkat paling teruk dan jarang berlaku selepas bersalin. Gila meroyan boleh berlaku secara tiba-tiba, biasanya dalam 2 minggu pertama selepas bersalin dan ada yang berlaku dalam masa 48 jam.
Ibu-ibu ini biasanya tidak lagi berpijak di bumi nyata dan mengalami simptom-simptom psikosis termasuk nampak sesuatu yang tiada atau mendengar suara yang tidak didengari orang lain. Ini boleh meningkatkan kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling, terutama bayinya disamping idea untuk bunuh diri sendiri muncul dalam kepala.
Ibu yang berisiko untuk mendapat psikosis selepas bersalin:
Mempunyai sejarah masalah mental atau pernah mengalami gila meroyan dalam kandungan sebelum ini. Sejarah keluarga yang mempunyai masalah gila meroyan, terutama ibu atau kakak. Gelaja kemurungan yang berpanjangan selain punca masalah kemurungan gagal dikenalpasti dari awal.
Antara tanda-tanda yang kelihatan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kemurungan seperti diatas adalah; Cemas tanpa sebab Menangis tanpa sebab Tidak sabar Tidak percaya diri Sensitive Mudah tersinggung Merasa kurang menyayangi bayinya Merasa seperti tidak disayangi suami/ibu/mertua/adik beradik kerana perhatian berlebihan terhadap bayi Cemburu terhadap perhatian yang diberi terhadap bayi Merasa tangisan bayi adalah terlalu menyakitkan telinga
Masalah kemurungan yang dikenalpasti awal, boleh dielakkan serta diatasi dengan kerjasama dari suami serta lain-lain ahli keluarga terutama dalam pengurusan bayi dan anak sedia ada..selain itu beberapa cadangan diberikan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan antaranya
Banyakkan berehat.
Buat suami, tidak salah rasanya membantu isteri dalam menguruskan bayi anda tidak kira dari memandikan bayi, menukar lampin, membancuh susu dan menjaga bayi sebentar bagi memberi peluang kepada isteri untuk berehat setelah mengeluarkan seluruh tenaga semasa proses melahirkan.
Pernah dengar 1 ustaz memberi ceramah,lelaki adalah satu-satu manusia yang paling penyabar kerana walaupun anak menangis di tengah malam..Tetap sabarrrrr dan malahan mampu terus tidur. Makan makanan yang sihat dan berkhasiat.
Makanan yang sihat dan berkhasiat mampu memberi dan membantu dalam penyembuhan luka selepas bersalin selain memulihkan tenaga yang hilang. Pemakanan juga membantu dalam penghasilan susu badan yang lancar.
Libatkan diri dengan kumpulan sokongan.
Dengan pelbagai media sosial seperti FB, Instagram, blog dan Twitter ibu-ibu boleh mengaktifkan diri dalam kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu. Di sini, ibu-ibu boleh berkongsi pengalaman, bertanya tentang perihal masalah yang dihadapi semasa berpantang dan tentang penjagaan bayi. Tapi pastikan cari kumpulan sokongan yang membina dengan adanya ahli mereka seperti pakar laktasi, pakar nutrisi dan mungkin doktor.
Berfikiran positif
Walau pelbagai dugaan yang menimpa, sentiasa ingat bahawa Allah selalu ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif. Nikmatilah waktu berpantang dengan penuh gembira.
Kerjasama dari ahli keluarga terutamanya suami dalam memantau proses penyesuaian diri si ibu sewaktu lepas melahirkan, semasa membesarkan anak-anak dan menerhati simptom-simptom yang mungkin ada boleh mencegah keadaan si ibu dari menjadi lebih parah.
Notakaki:
Berhenti dari menyalahkan si ibu 100% dalam kes ini. Tunggu siasatan pihak berkuasa. Jangan buat kerja tuhan dan kerja pihak berwajib
Bintang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Nas Adila telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram pada awal pagi tadi di Hospital Selayang.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi lagu Rindu itu menerusi akaun Instagramnya seperti dikongsikan oleh Gempak
“Allah permudahkan sangat-sangat kelahiran putera kedua saya dan suami. Terima kasih banyak atas doa kalian,” tulis Nas Adila.
Sementara itu, suami Nas Adila, Aliff Razali berkongsi pengalaman menyaksikan kelahiran anak keduanya di hospital kerajaan.
Kata bekas peserta AF6 itu, urusan bersalin isterinya itu dipermudahkan walaupun pada mulanya cuak apabila isterinya mahu menaiki tangga bangunan 13 tingkat ketika kontraksi tanpa menggunakan lif.
Tahniah diucapkan buat Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka petang semalam.
Perkhabaran gembira itu disampaikan oleh Nabil sambil meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana proses kelahiran cahaya mata sulungnya itu yang dipermudahkan.
Kata Nabil lagi, Ayda selamat melahirkan anak perempuan mereka di sebuah pusat perubatan tepat jam 7.07 malam semalam.
Dalam pada itu, menerusi Instagramnya semalam Ayda turut memaklumkan bakal melahirkan bayi sulung mereka seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang selepas mengalami kontraksi.
” Assalamualaikum semua. Insyallah baby wuvv akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap.
“Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” kongsi Ayda di Instagramnya.
Beberapa keping gambar pasangan ini ketika berada di hospital dan sebelum memasuki bilik bersalin turut sama dikongsikan dikongsikan melalui Insta Story mereka.
Tahniah buat Ayda dan Nabil. Semoga Ayda dan baby wuvv cepat-cepat sihat untuk pulang berpantang di rumah.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pertama mereka. Tahniah!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu guru sekolah rendah didakwa janji kahwin murid Tahun 6 ketika umur 18 tahun buat ramai ibu ayah takut dan marah. Dakwaan tular ini cetus kebimbangan tentang keselamatan anak di sekolah.