Isteri memang suka buat kejutan untuk suami. Sanggup habiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk fikirkan rancangan. Kadang-kadang sampai tak tidur malam lah! Biasanya bila isteri buat suprise ni, memang menjadi dan akan buat suami terkedu. Nak react macam mana pun tak tahu, begitulah hebatnya rancangan isteri untuk buat kejutan kan?
Sama juga dengan Bella yang merupakan isteri kepada Youtber Alieff Irfan. Dia telah merancang kejutan untuk sambutan hari jadi suaminya dengan terperinci. Dalam videonya itu, Bella berkongsi apa yang dia buat sempena majlis sambutan hari lahir suaminya itu.
Biarpun tidaklah sebesar mana, namun usaha Bella untuk membuat kejutan tersebut yang membuatkan suaminya terharu. Dapat dilihat dalam video tersebut, kehadiran insan teristimewa buat Alieff iaitu ibunya membuatkan mereka semua menitiskan air mata.
Tak habis lagi rasa terkejut suaminya, tiba-tiba Bella buat ucapan khas buat Alieff. Ketika mahu membuat ucapan tersebut, Bella meminta ibu dan ibu mertuanya untuk ikut serta bersama-sama mereka.
Suasana bertukar sedih apabila Bella mula memberikan ucapannya kerana dia meminta supaya ibu dan ibu mertuanya bersabar kerana dirinya yang masih belum hamil. Memang sebagai wanita kita boleh faham perasaan Bella, ketika dia nak ungkapkan kata-kata tersebut pun dia nampak sedih dan hampir menangis sehingga Alieff bertanyakan keadaannya.
“Bella harap Umi, Ibu sabar untuk Along dapat zuriat. Bella nak happykan Umi dan Ibu dengan kehadiran zuriat. Bella harap Umi, Ibu dan Baby (panggilan buat Alieff) untuk sabar dan terima.”
Lantas ibu dan ibu mertuanya terus mengatakan tidak mengapa dan bersabar. mereka juga mengatakan tidak pernah terfikir tentang itu. Alieff pula memujuk Bella. Nampak yang dia memang faham situasi Bella dan memujuk isterinya itu.
Ads
“Kita sama-sama berdoa je, itu bukan kerja kita.”
Reaksi Alieff itu ternyata memberi rasa bahagia pada isterinya. Apa yang dikatakan Alieff semestinya menjadi penguat buat Bella. Kita sama-sama doakan pasangan ini untuk dikurniakan zuriat suatu hari nanti.
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula 17 April ini, murid sekolah rendah di seluruh negara tidak lagi perlu hadir ke sekolah secara penggiliran. Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi rakaman video di Facebooknya.
Radzi berkata, Kementerian Pendidikan menetapkan murid sekolah rendah dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April bagi negeri-negeri Kumpulan A dan 18 April bagi sekolah di negeri-negeri Kumpulan B.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat kelancaran sesi persekolahan secara bersemuka bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lalu.
“Apa yang penting, saya nasihatkan murid-murid dan guru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.
“Walaupun kita sedang bergerak dari Fasa Peralihan ke Endemik namun, kita masih perlu mengekalkan SOP yang telah ditetapkan khususnya apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran kelak,” katanya.
Katanya, beliau memohon jasa baik ibu bapa supaya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya kepatuhan kepada SOP itu satu keutamaan.
Kementerian Pendidikan sebelum ini menetapkan murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 akan hadir ke sekolah secara penggiliran terutama bagi jumlah murid di sekolah melebihi 600 orang.
Bagi sekolah rendah yang jumlah muridnya di bawah 600 orang pula, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan dan pelawak sensasi, Shuib Sepahtu mendedahkan sudah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di Insta Storynya, bapa kepada empat cahaya mata ini juga turut memohon doa agar perjalanan ibadahnya bersama keluarga dipermudahkan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad turut dia memohon maaf kepada semua sekiranya dia melakukan kekhilafan sepanjang mengenalinya selama ini.
Jelas Shuib, dia hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa dan meminta kepada orang ramai mendoakan agar urusannya dalam mengerjakan umrah dipermudahkan.
“Assalamualaikum, kami sekeluarga telah berangkat ke Kota Suci Makkah bagi menunaikan Ibadah Umrah.
“Maaf andai ada salah silap dari kami, terkasar bahasa, terguris rasa sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
“Mohon doakan agar segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci,” tulisnya.
Melalui satu entri di Instagramnya, Shuib dan isteri serta anak-anaknya turut bergambar kenangan dengan busana sedondon serba kelabu.
Semoga perjalanan suci Shuib dan anak-anak dipermudahkan.
Tangisan anak pertama pelakon Shukri Yahaya yang bimbangkan bapanya yang terlibat dalam kemalangan kereta baru-baru ini mengundang rasa sebak orang ramai.
Walau hanya melihat melalui skrin televisyen, namun anak kecil itu, Aaira Ameena menangis saat ayahnya dilanggar oleh satu kereta lain ketika perlumbaan kereta di litar ketika Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung pada Ahad.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok, @shrnzsy itu menarik perhatian wargamaya.
“Ayah always Ameena champions,” tulisnya di kapsyen.
Walaupun kalah ketika perlumbaan itu, namun dia lah pemenang sebenar di hati seorang anak.
Ameena yang turut hadir ke litar perlumbaan itu bersama ibu dan adiknya turut sama memberi sokongan pada Shukri sebelum perlumbaan bermula.
Namun hati anak kecil itu teramat sedih bila mana menyaksikan sendiri perlanggaran kereta ketika di litar.
Pun begitu, Shukri Yahaya dalam keadaan baik-baik sahaja malah menyambut Ameena dengan baik sebaik selesai perlumbaan bersama selebriti lain yang turut sama.
Apa yang turut menarik perhatian pastinya kasih sayang dan layanan istimewa Shukri buat anak perempuannya. Ameena yang masih dalam tangisannya dirangkulnya erat dalam pelukan.
Rata-rata wargamaya turut memuji hero kesayangan ramai itu ketika melayani anak dan isterinya.
Terdahulu, Shukri Yahaya mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Tya Adnan pada 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
Impian Kecil, Semangat BesarDi zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital, mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah. Namun, kisah sekumpulan...