Ibu bapa mana yang tidak panik bila mana bayi yang baru dilahirkan sentiasa menangis tanpa henti. Puas dipujuk, diberikan susu dan ditukar lampinnya malah tiada perubahan. Tidak kurang kurang dibacakan dengan kalimah suci Allah, Al Quran. Benar, ada bayi yang diganggu makhluk halus namun tangisannya tidak reda bila mana dibacakan dengan ayat-ayat suci ini.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, bayi yang menangis pasti ada sebabnya. Selain berdepan masalah sawan tangis, bayi menangis juga disebabkan oleh beberapa perkara lain. Ikuti perkongsian oleh doktor hebat ini.

Menangis Tak Henti, Bukan Disebabkan Makhluk Halus, Doktor Kongsikan Sebabnya!

BAYI KUAT MENANGIS DISEBABKAN MAKHLUK HALUS?

Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.

Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu?

IKLAN

Menangis Tak Henti, Bukan Disebabkan Makhluk Halus, Doktor Kongsikan Sebabnya!

Bayi pula selalunya menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makhluk halus. Mungkin benar ada gangguan seperti itu. Mak mertua dan ipar selalu menyangka kita tidak memberikan susu yang cukup pada bayi kita. Memaksa kita memberikan lebih banyak susu padahal bayi kita tidak lapar. Kita tahu anak kita sendiri.

Pada hal ia hanya disebabkan oleh masalah dinamakan “infantile colic”. Para doktor mengatakan ia disebabkan masalah ketidakhadaman, angin atau usus yang terlalu sensitif kepada protein tertentu yang terkandung di dalam susu formula atau susu ibu.

IKLAN

Menangis Tak Henti, Bukan Disebabkan Makhluk Halus, Doktor Kongsikan Sebabnya!

Selalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu. Kadangkala keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan. Anak tidak lagi mengalami masalah ini apabila bayi usia tiga atau empat bulan.

Ketika bayi menangis, tangan bayi tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat. Ia juga boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi tidak selesa.

IKLAN

Menangis Tak Henti, Bukan Disebabkan Makhluk Halus, Doktor Kongsikan Sebabnya!

Namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bayi yang mengalami masalah colic sepatutnya kelihatan sihat dan mempunyai peningkatan berat badan yang baik. Jika tangisan kuat ini berserta dengan demam, sukar bernafas, sawan, muka kelihatan pucat atau biru, tidak menyusu dengan baik dan muntah yang berterusan atau berak berdarah, ia bukanlah masalah yang biasa.

Jika ada masalah seperti ini, saya mencadangkan agar urut lembut anak pada abdomen, belakang dan anggota tangan dan kakinya menggunakan minyak kelapa dara. Bawa untuk pemeriksaan doktor jika keadaan ini berulang bagi membezakan keadaan ini dengan keadaan yang lebih berbahaya.

Semoga bermanfaat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI