Bila dah berkahwin, setiap pasangan kena anggap keluarga mertua seperti keluarga sendiri. Tak kisahlah apa latar belakang keluarga mertua pun bila kita dah pilih untuk masuk dalam keluarga baru maknanya kita harus pandai bawa diri.
Memang orang cakap mudah tapi bila berhadapan situasi sebenar ia sebaliknya. Ada yang bernasib baik keluarga mertua beri layanan yang sangat baik seperti keluarga sendiri tapi ada juga yang biasa-biasa dan sesetengahnya tak boleh ‘masuk’.
Perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini sangat bermanfaat untuk pasangan suami isteri menjadi anak dan menantu yang baik demi hubungan harmoni.
Menantu takkan rasa dia “ORANG LUAR” kalau…
Keluarga mertua dapat menerima dia seadanya diri dia…keluarga mertua dapat menegur dan menasihati dia dengan berhemah sekiranya dia ada buat salah. Keluarga mertua dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk dia menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut.
Bila berkahwin, kita kena anggap keluarga pasangan kita tu sebagai keluarga kita sendiri.
Ads
Tapi bagaimana sekiranya keluarga tersebut tidak mahu menganggap menantu itu sebagai sebahagian daripada keluarga mereka…? Sebenarnya, tuntutan ini perlu datang dari dua pihak, pihak menantu dan pihak keluarga mertua.
Tak boleh hanya satu pihak sahaja yang berusaha memenangi atau memuaskan hati pihak yang satu lagi.
Siapapun menantu, apa asal usulnya, latar belakang keluarganya, status pelajaran serta pekerjaannya, tidak perlu dijadikan pertikaian atau perbandingan.
Ada menantu yang bekerjaya, ada menantu yang surirumah sepenuh masa, ada menantu yang mampu menghulurkan wang ringgit, ada menantu yang mampu bagi tenaga.
Tiada keperluan untuk mendouble-standardkan layanan terhadap menantu atau mengata menantu yang tidak sama seperti expectation mertua.
Menantu tidak minta dilayan seperti anak kandung, tapi jangan pula melayannya seperti anak tiri.
Kalau salah anak sendiri, mertua sukar untuk mengakui, tapi dipertahankan dan dipalingkan semula salah itu kepada menantu. Adakah kita seorang ibu bapa yang baik sekiranya kita mempertahankan kesalahan anak kita?
Perbuatan-perbuatan inilah yang menjadikan menantu merasakan dirinya seperti orang luar. Di adu pada mertua supaya mertua boleh menegur dan menasihati anaknya, balik-balik menantu dipersalahkan. Bila cuba mengadu pada pasangan tentang sikap adik beradik pasangan yang suka cakap belakang, respon pasangan,
Ads
“Aku kenal adik beradik aku, kau jangan masuk campur urusan keluarga aku…”
Pulak…?
Jadi, kita hanya berkahwin dengan pasangan la kan, dan bukan keluarga pasangan sekiranya kita tidak boleh berkata apa-apa langsung…tak boleh bagi pendapat dan pandangan walaupun ianya untuk kebaikan.
Bukan senang jadi menantu. Pandai-pandai la bawa diri bila dah masuk dalam keluarga orang dan jadikan sabar sebagai peneman. Dapat mertua yang baik itu rezeki dan rezeki kita tak sama.
Pelakon Datuk Fizz Fairuz enggan mengambil peduli kata-kata netizen mengenai bentuk badan isterinya, Datin Almy Nadia.
Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 39, berkata kalau Almy nak mengamalkan sebarang diet, biarlah dengan cara yang betul.
“Badan Almy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.
“Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul.
“Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat,” katanya.
Tak Desak Almy Turunkan Berat Badan
Tambah Fizz lagi, dia tidak akan mendesak Almy untuk menguruskan badannya kerana memahami wanita itu sibuk menguruskan anak-anak dan sedang hamil anak ketiga.
“Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak.
“Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri. Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak.
“Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fizz memberitahu isterinya mengalami alahan kehamilan awal yang berbeza daripada sebelum ini.
Kata pelakon filem Ratu Kala Jengking ini, Almy menjadi seorang yang pemalas untuk berhias dan bersiap.
“Kehamilan kali ini memang berbeza daripada sebelum. Dia jadi malas nak bersiap dan berhias.
Pasangan ini bernikah pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.
Sumber: mstar online, Ig Almynadia & Fizz Fairuz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang ada anak bersekolah terutamanya di sekolah rendah pasti akan menghadapi situasi uniform kotor. Ini kerana anak-anak selalunya aktif bermain. Jika ibu ayah pesan sekali pun, balik rumah tetap ada kesan kekotorannya.
Untuk mencuci baju putih dan menjaga kebersihannya agak sukar jika tak dibasuh dengan bersih. Ramai ibu bapa berusaha untuk memutihkan semula baju anak mereka yang lasak supaya bersih dan tidak kelihatan kusam. Namun hasilnya tak seperti yang diharapkan walaupun dah guna sabun.
Kali ini, tip yang dikongsikan oleh Rina Abdul Rahman untuk membasuh baju sekolah anak sangat berkesan. Hasilnya juga sangat wow dan cukup mengagumkan!
Nak tahu apa rahsianya boleh guna sabun mandi Lux warna pink dan serbuk pencuci pakaian. Telah lama dipraktikkan oleh ramai ibu atau surirumah untuk cuci baju sekolah anak dengan cepat dan mudah. Malahan kotoran kuning dan sebagainya terbukti hilang selepas dibasuh menggunakan cara ini.
Kesan menakjubkan!
Hi suri-suri yang sangat baik hati dan prihatin. Ingat tak Rina kongsi gambar baju sekolah anak yang teruk tu, minta tunjuk ajar cuci baju sekolah?? Alhamdulillah, saya guna tip yang dicadang oleh majoriti suri-suri semua iaitu sabun mandi.
Saya guna sabun mandi Lux + serbuk sabun jenama Kuat Harimau. Saya rendam sahaja tak sental pun, terus masuk mesin basuh. MENAKJUBKANNNN!!!! MENJADI!!! PUTIH BERSERI BAJU ANAK!!
Lepas basuh saya masukkn Nila, saya lebihkan nila..Ini hasilnya ya…Terima kasih kepada semua suri-suri. Ada yang PM saya juga terima kasih kepada semua suri-suri. Ada yang PM saya juga beri idea, terharu saya. Terima kasih sangat-sangat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apakah benar, bila kita baru dapat baby dan ada abang atau kakak baby itu nampak cemburu? Bagaimana nak atasinya? Ikuti perkongsian daripada Ibu Rose ini.
Amaran: Perkongsian ini panjang. Namun, Ibu harap anda membaca dengan penuh tenang dan ceria
Apabila anda hendak mendapat anak baru, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa.
Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil dan cara menanganinya berbeza dengan anak yang 4 atau 5 tahun.
Oleh itu Ibu akan kongsikan dua tahap umur ini untuk anda yang Ibu kasihi.
Sediakan anak dari 4 sudut:
1. Fizikal Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun, ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya. Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu. Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan.
Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.
Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu. Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.
2. Minda Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3. Emosi Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan abang atau kakak berasa lebih disayangi setelah ada adik. Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; ‘nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu…padan muka’ , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, ‘ nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.
4. Jiwa Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi dan anda bangga dengannya.
Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh si kakak dan abang. Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.
Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.
Pada masa cucu Ibu Azzara mendapat adiknya, Muhamad, usia dia sudah 4 tahun. Mamanya sudah sediakan dia di empat sudut ini. Namun, pada hari ke empat Ibu lihat dia nampak senang marah. Ibu pun bertanya kepadanya, “Az-Zahraa rasa tak selesa dekat hati ya. Rasa sedih tapi Az-zahraa suka dapat adik, tapi rasa sedih sikit ya,” dia menggangguk. Ibu pun menyatakan kepadanya, tak mengapa, itu bukan tanda dia tak sayang adiknya. Itu cuma kerana bila adiknya lahir, banyak perubahan dalam hidupnya.
Tidur pun adakalanya terganggu sebab adik menangis. Ibu tenangkan hatinya dan Ibu kata ” Mari kita buang tenaga marah itu dan tumbuk bantal ni. Tumbuklah bantal tu sampai Az-Zahraa puas hati. Az-Zahraa pun melakukan untuk 2-3 minit. Lepas tu dia mengatakan kepada Ibu dia sudah rasa selesa kembali. Ibu pun memberitahunya, jika dia rasa tidak selesa lagi di hatinya, dapatkan saja bantal special itu dan tumbuk. Dalam masa kurang seminggu, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan baik.
Mamanya pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Dan dia khaskan masa bersama Az-Zahraa setiap hari. Tidak pernah Az-Zahraa cemburu dengan adiknya. Bila ditanya, dia akan mengata; “I am mama little helper. I love Pocoyo (gelaran yang dia beri kepada adiknya).
Ibu harap perkongsian ini membantu anda. Kepada Allah kita bersyukur. Hanya dialah yang mendatangkan ilham baik kepada kita ibu bapa yang penyayang dan berazam mahu menjadi penyayang.
Semoga kita senantiasa menjaga perhubungan penuh kasih-sayang di dalam keluarga. Bila perhubungan ahli keluarga baik dan sihat, maka keluarga penuh kasih.
Love you so much!
Nota Ringkas Atasi Anak Jeles Bila Dapat Adik Baru:
1. Fizikal – Dukung jika diminta, cium, belai, peluk selalu
2. Minda – Minda perlu ilmu – Bacalah buku dan tunjuk gambar baby, bagaimana perkembangannya di dalam perut – ajak dia pegang baby dalam perut itu. – Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3. Emosi – Keperluan hati ialah kasih sayang. – Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper. – Selalu kata, ‘ nanti dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia. – Adakan special time. 20 minit sehari pun cukup.
4. Jiwa – Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. – Ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. – Selalu raikan perbuatan baiknya. – Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya. – Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!