Besar sebenarnya pengorbanan seorang ibu. Sebab tu orang kata syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Bagi suami anda sepatutnya faham dan jangan menganggap isteri kita manja.

Bagi seorang wanita yang mengandung, alahan sepanjang mengandung berbeza untuk setiap orang. Jangan anggap seseorang itu mengada-ngada kerana kita tak tahu keadaan sebenar mereka.

Suami kena faham ada isteri yang langsung tiada alahan, ada yang sikit-sikit dan ada yang memang akan lembik sejak awal kehamilan sehinggalah nak bersalin. Lagi satu ada sesetengah wanita akan mengalami perubahan fizikal yang mendadak dan lain dari dirinya yang sebenar. Tapi semua ini dilalui dengan penuh sabar demi anak yang dikandung. Jadi suami kena sentiasa memberi sokongan.

Tengok Muka Sendiri Pun Takut. Masuk 3 Bulan Hamil Kulit Berkedut, Hitam & Bengkak

Takut lihat cermin tengok wajah sendiri

Perkongsian dari Puan Nor Sahira Dalim ini benar-benar cukup mengambarkan betapa hebatnya seorang ibu untuk melahirkan anak dan sabar melalui keadaan ini dengan penuh tenang di samping suami yang cukup memahami.

Perubahan keadaan ini berlaku ketika mengandungkan anak yang ketiga. Sebelum ini semasa mengandung anak pertama dan kedua memang tiada alahan yang teruk.

“Kebetulan Allah dah takdirkan kandungan ke-3 ini saya perlu hadapi keadaan yang langsung tak dijangka pun.

“Masa dapat tahu mengandung dan diawal kandungan semuanya macam biasa. Bila kandungan mencecah usia tiga bulan wajah saya mula naik bengkak di bahagian dahi. Dan bulan seterusnya mula bengkak di pipi, bahagian bawah mata dan berkedut seluruh wajah.

IKLAN

“Waktu tu sedih sangat-sangat dan tak boleh nak menerima hakikat kerana sebelum tu saya tiada masalah macam tu. Dari sehari ke sehari kulit mula bertukar warna dan menjadi kasar.

“Memang tiap kali tengok wajah di cermin rasa stres dan Allah yang tahu perasaan tu. Sampaikan nak pakai bedak pun saya tak mahu tengok cermin. Pakai bedak pun hanya pakai bedak yang anak saja,” katanya.

Tengok Muka Sendiri Pun Takut. Masuk 3 Bulan Hamil Kulit Berkedut, Hitam & Bengkak

Langsung tak sakit masa bersalin

Kata Nor Sahira lagi masa mengandung anak sulung kulit elok. Anak kedua hanya mengalami sembab sikit di pipi. Kiranya masa yang pertama dan kedua memang tak ada alahan sangat.

IKLAN

“Tapi yang ketiga ini Allah nak uji kesabaran saya sikit. Allah Itu Maha Adil. Walaupun hanya muka saya yang teruk tapi dibahagian lain semua ok dan kaki pun tak bengkak.

“Masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan yang lain-lain semua tak ada. Sehinggalah saat nak melahirkan anak yang ketiga ni tak sakit.

Tengok Muka Sendiri Pun Takut. Masuk 3 Bulan Hamil Kulit Berkedut, Hitam & Bengkak
Walaupun ujian di awal kehamilan tak terjangka dek akal, masa bersalin tiada kesakitan.

“Macam saya warded 27 Januari dan bersalinkan baby tiga hari selepas tu. Masa tunggu masa nak melahirkan pun saya masih ok walaupun bukaan dah 6cm dan boleh duduk elok lagi atas katil dengan tenang tanpa rasa kontraksi yang kuat.

“Sehinggalah masuk labour room dan pecah air ketuban pun langsung tak sakit sehinggalah doktor terpaksa tolak perut untuk paksa bayi keluar. Masa ni rasa sebak sangat dan betullah Allah itu sangat adil,” kongsinya.

Isteri bukan mengada-ngada. Suami hargailah isteri!

IKLAN

Tambahnya lagi lepas bersalin semuanya beransur hilang. Bengkak mula surut, hidung kembang mula elok, kulit makin cerah. Jangan tanya pakai produk apa. Saya tak pakai apa-apa.

Tengok Muka Sendiri Pun Takut. Masuk 3 Bulan Hamil Kulit Berkedut, Hitam & Bengkak

“Ye ramai kata, terlalu berbeza. Macam orang tua, macam nenek, saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itu yang jadi dekat saya.

“Alhamdulilah. Syukur ke hadrat ilahi. Segalanya dah kembali normal. Terima kasih pada suami yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu dia nak sedapkan hati saya dan langsung tak hiraukan kata-kata orang.

Tengok Muka Sendiri Pun Takut. Masuk 3 Bulan Hamil Kulit Berkedut, Hitam & Bengkak

“Buat para suami hargailah isteri. Kesakitan bersalin itu bukan semudah ABC. Mula bawa perut hingga 9 bulan tu satu tempoh yang panjang dengan alahan dan pembawakan budak. Saya bernasib baik suami sentiasa ada bersama. Kalau suami tiada di sisi saya tak dapat bayangkan macam mana,” ujarnya.

Sumber: Nor Sahira

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI