Mengaji & Solat Waktu Mengandung, Bayi Dalam Kandungan Dapat ‘Rasa’ Sekali. Niat Ikhlas Kerana Allah SWT

Share

Sebagai ibu hamil, kita sering dinasihatkan untuk menjaga perlakuan dan kata-kata. Sebaiknya, banyakkan beribadah untuk memudahkan proses kehamilan. Lakukan kerana Allah SWT dengan ikhlas, pasti ada kebaikannya untuk si ibu dan bayi dalam kandungan.

Pun begitu, ada beberapa perlakuan ibu mengandung yang ‘kurang sesuai’ dibuat bagi menjaga batas sebagai wanita hamil. Kegembiraan untuk menyambut orang baharu dalam keluarga disalahgunakan, ia boleh bertukar sebagai perbuatan riak.

Ikuti perkongsian penuh manfaat dari Intan Dzulkefli ini.

Harini berbual dengan sahabat solehah. Alhamdulillah dia berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata ketiga tahun depan, insyaAllah.

Sempat dia berkongsi nasihat ustazah yang diserap semasa kuliah Dhuha. Perbezaan bakal ibu solehah dan tidak semasa hamil.

Wanita pada zaman salafussoleh, bila mengandung ‘mengidam’ nak anak jadi imam besar, jadi ulama’, atau sekurangnya tahfiz al-quran. Belum lahir anak itu, sudah berniat nak mewakafkan anak untuk agama. Namun, bukan setakat berniat dan memasang angan, bahkan sudah mempersiapkan modul didikan terbaik supaya anak yang dilahirkan itu nanti bermanfaat untuk ummah.

Artikel Lain: [Ibu Hamil, Nak Mandi Pun Kena Berjaga-Jaga, Ada Perkara Penting Perlu Ambil Tahu!]

Semasa mengandung, si ibu akan sangat sibuk menjaga ibadah, menjaga kata-kata, menjaga aurat dengan memakai pakaian taqwa. Al-Quran jadi temanan sejak dari sebelum kahwin hinggalah anak lahir, anak-anak dibesarkan dalam suasana melazimi tadarus dan cinta al-Quran.

MasyaAllah.

Zaman hari ini, kita ibu-ibu mengidam biasanya cuma fokus bab makan, makan puas-puas sebelum berpuasa sebulan lebih ketika berpantang. Kalau mengidam lain, setakat mengidam agar anak rupa persis arabic, korean look, rupa anak selebriti popular dan sebagainya.

Yang si ibu, lebih banyak pegang fon dari pegang al-Quran, lebih banyak baca fb dan whatsapp dari baca Al-Quran.

Ramai bakal ibu yang baca al-Quran semasa mengandung hanya sebab nak anak cantik, nak mudah bersalin.

Ya, memang bagus fadhilat amalan membaca surah tertentu, namun niat biarlah betul. Jangan pula sebelum mengandung dan selepas bersalin al-Quran dibiar berhabuk.

Artikel Lain: [14 Kemuliaan Wanita Hamil Dalam Islam, Gedung Pahala Buat Seorang Perempuan]

Sibuk selfie sengaja tunjukkan perut, dah elok berbaju longgar, bila bergambar sengaja pula pegang bawah perut biar nampak baby bump. Astaghfirullah. Padahal baby bump itu aurat.

Belum lahir anak itu, siang malam siapkan list tentang kelengkapan keperluan baby dan keperluan lepas bersalin semata-mata, tapi tak pernah terfikir tentang persiapan didikan anak setelah itu.

Allahuakbar.

Zuriat bukanlah sekadar rezeki, atau lambang kesuburan, atau sekadar pelengkap perkahwinan, tetapi ia adalah amanah paling berat buat pasangan suami isteri.

Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapanyalah yang mencorakkannya dengan agama Islam atau sebaliknya. Apakah kita telah menunaikan hak anak-anak untuk kenal Allah, Rasulullah SAW dan al-Quran dari ibubapanya sendiri?

Muhasabah buat saya yang menulis kembali nasihat berharga dari teman solehah. Syukran jazilan kak. Robbuna yusahhil.

#intandzulkefli
#selfreminder

 

IKLAN