Mengantuk cari mama, main cari walid. Ainul Mardhiah makin menunjukkan perkembangan positif. Selepas pembedahan bayi ini semakin bijak dan panjang akal!
Ainul Mardhiah, 10 bulan mengalami Germ Cell Tumor kini sedang dirawat selepas menjalani pembedahan berisiko tinggi membuang ketumbuhan selama 5 jam di sebuah hospital kanak-kanak di London.
SUDAH PANDAI BERMANJA DENGAN MAMA & WALID
Bapa Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi tentang perkembangan terbaru Ainul. Katanya Ainul kini sudah tahu bermanja dengan mama dan walid. Ketika mengantuk mencari mama dan bila ingin bermain, mencari walidnya. Paling comel, Ainul sudah tahu tentang kamera dan gambarnya dirakamkan.
“Kalau nak tidur, ainul cari mama dia. Kalau nak main, ainul cari walid dia.
“Walid dia pernah try tepuk-tepuk ainul suruh tidur, walaupun dia dah mengantuk, tapi mata dia terbuka luas.
“Sampai dekat mama dia, mama dia tepuk tak sampai seminit dah tertidur.
“Yang paling kelakar, Ainul suka tengok camera! Dia tahu-tahu je orang nak ambil gambar dia ?
“Dah puas main, dia tidur ?
“Seronok Ainul hari ni sebab dapat tidur tangan dekat luar.”
Selain itu, dalam kemaskini terbaru, Ahmad Safiuddin turut berkongsi Ainul kini semakin bijak. Ainul suka bermain dengan tangannya dan tidak suka sekiranya tangannya dibalut.
“Ainul sekarang dah panjang akal. Dia dah tak reti nak tidur, kerja dia main tangan. Cukup marah kalau tangan kena balut.”
Ads
Ahmad Safiuddin tidak putus mengucapkan kesyukuran atas perkembangan baik anaknya dan turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan.
“Alhamdulillah. Perkembangan ainul setiap hari bertambah baik.
“Tuan/puan semua orang orang baik yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ainul.
“Semoga doa-doa yang baik tu Allah kembalikan semula kepada tuan/puan dan keluarga.”
Ads
Ramai yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Ainul Mardhiah. Mereka bersyukur dan gembira melihat perkembangan positif bayi ini.
Tular sebuah video di media sosial dimana kanak-kanak berusia 3 tahun bersalam dengan ibunya sebelum menaiki sebuah ambulan. Dia kelihatan sangat gembira, menurut ibunya dia mungkin ingat dia keluar berjalan-jalan tapi sebenarnya dia dibawa ke hospital kerana mempunyai simptom Covid-19.
Luluh hati seorang ibu melihat anak terpaksa ke hospital, mungkin belum disahkan mempunyai Covid-19 tetapi tentu si ibu merasa sangat ralat kerana tidak dapat berada disamping anak yang hanya berusia 3 tahun ketika ini. Inilah yang dikongsi oleh Puan Intan
‘My Heart Broke’
Sending my little boy to hospital today. My heart broke😭. Aisy belum cormfirm lagi positive covid, result kami semua belum keluar lagi tapi sebabkan dia ad show simtom, dr suggest untuk refer ke hospital dan kemungkinan dia akan isolate di ward sana untuk tunjuan pantauan. PUI pic.twitter.com/BSbyvIqC45
But everything seem ok, terkejut jugak pagi tadi lepas swab covid test , suhu dia tinggi sikit. Terus dr suruh refer hospital. Pastu mcm tak cayalah smpai ambulans kene ambik diorg kat rumah. He seem healthy and cheerful sbb ingat nk pergi jalan- jalan.
Menurutnya lagi, video ini dibuat untuk memberikan kesedaran untuk semua agar patuhi perintah kawalan pergerakan agar kita semua dapat memutuskan rantai wabak ini
I create this video for an awareness. Imagine one of your family members will be sending to hospital to isolate and quarantine due to covid-19 . My kids maybe not infected by now, but who knows in the future if this crisis still not over. So please stay at home.
Ni video asal masa aisy kene ambik dgn ambulance kat rumah tadi. Selalu tgok org lain je kat medsos, sekali harini tgok anak dgn suami real punya kene angkut dgn ambulance kat rumah.But dont worry semua, adik aisy bukan positive covid, dia cuma kene refer ke hospital sbb ad tnda. pic.twitter.com/p3EVVH20Dg
Kawasan tempat tinggalnya dikatakan berada dalam zon merah dan diperintahkan untuk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.
Menurut Intan “Kanak – kanak dan warga emas yang ad show syntom biasanya pihak kkm beri keutamaan untuk dipantau sebab imune badan mereka tak kuat lagi. Dan mungkin sbb tmpt I redzone and tempat kes paling tinggi sebabtu dia kene refer hospital smlam. But Alhamdulillah, everything went well”
Intan juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakanya “Alhamdulillah, update terkini. He’s feeling well and happy. I’m feeling so grateful and touched sbb ramai yang doakan yang baik – baik untuk Aisy. I harap semua extra careful lepasni, just stay at home and we can stop this covid chain. TQVM all of youRed heart”
Alhamdulillah, update terkini. He’s feeling well and happy. I’m feeling so grateful and touched sbb ramai yang doakan yang baik – baik untuk Aisy. I harap semua extra careful lepasni, just stay at home and we can stop this covid chain. TQVM all of you❤️ pic.twitter.com/oTDIYTZNNi
Bila berkumpul ramai-ramai waktu beraya memang akan ada yang suka tanya soalan cepu cemas.
Soalan-soalan klise seperti “tak de anak lagi?”, “dua je anak”, “kenapa tak ada anak lelaki” dan lain-lain lagi yang berkaitan memang boleh membuatkan orang yang ditanya rasa bengang dan jengkel.
Perkongsian daripada seorang ibu, Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria yang melalui sendiri pengalaman ditanya soalan cepu cemas ketika berhari raya sehingga meninggalkan kesan tekanan pada dirinya patut dihadam oleh ‘geng makcik bawang’ yang suka tanya soalan menjengkelkan.
Soalan Berbasa-Basi Paling Sentap
Raya pertama hari tu, acik dapat soalan cepu cemas. Sepupu Encik Hensem. Entah siapa, acik tak kenal. Pernah jumpa sekali dua agaknya. Waktu Encik Hensem sibuk bagi duit raya, acik duduk sorang-sorang, dia datang menyerang.
“Isteri Farid kan?”
Sambil hulur tangan, bersalam.
“Haah” acik senyum. Dalam otak dok memikir, cuba ingat nama dia. Komfom tak kenal.
“Dua je anak? Dua-dua perempuan? Kena TRY lagi ni. Kena dapat lelaki pulak. Sorang pun jadilah”. Tengok Balqis & Aina yang tengah melompat, seronok main. Siap cakap, dia ke tepi. Tinggal acik sendirian.
Nak berbasa-basi sekali pun, ayat tu biarlah manis sikit. TRY? Bila acik tengok anak dia berderet lelaki, paling kecik perempuan, acik faham. Dia ni dulu waktu anaknya semua lelaki, mesti dia rasa tak bahagia. Hati dia tak tenteram selagi tak dapat anak perempuan. Sebab tu dia ingat orang lain sama macam dia. Wajib ada anak lelaki, anak perempuan baru lengkap sebuah keluarga.
Sentap Sampai Stress Dan Menangis
Masuk kereta, acik mengamuk kat Encik Hensem. Sebab, ni rumah kedua kitaorang pergi. 2 rumah, 2 kali dapat soalan cepu cemas. Memanglah bukan salah dia. Tapi dah yang bertanya tu sedara mara kaum kerabat dia, lagi pun dia je tempat acik boleh lepaskan geram. Maka dia jadi mangsa. Mau tak mengamuk? Acik tak kenal pun perempuan tu siapa, datang terus cakap bab sensitif.
Sampai rumah, masuk bilik, acik minta maaf kat Encik Hensem. Terus menangis. Situ jugak. Macam orang gila acik menangis. Macam disampuk setan. Dia peluk acik kuat-kuat sambil bisik ke telinga:
” Kita bahagia dengan hidup kita sekarang. Berapa ramai yang cemburu dengan kita? Jangan biarkan soalan tak sampai 3 minit tu spoil kebahagiaan kita. Dia tanya soalan macam tu, sakitkan hati awak, dia yang dapat dosa. Kita tak rugi apa “
Teringin Nak Mengandung Lagi Tapi Apakan Daya…
Tahukah awak? Ada orang, menangis saban malam sebab ditakdirkan dah tak boleh mengandung lagi. Sedangkan hati meronta-ronta nak anak.
Ya. Aciklah orangnya. Hati ni punyalah teringin nak mengandung lagi. Nak rasa anak bergerak dalam perut. Nak mengandungkan zuriat, benih dari kekasih hati. Nak pangku anak yang lahir dari rahim sendiri.
Rindukan pandangan pertama, saat mata bertentang mata buat kali pertama. Rindukan jemari kecil yang bertaut dengan jari acik setiap kali menyusukan. Setengah mati acik teringin nak mengandung & melahirkan seorang lagi anak. Acik suka anak perempuan. Acik nak seorang lagi girl. Acik suka tengok baju anak perempuan.
Hampir Hilang Nyawa
Apakan daya. Rahim acik dah tak mampu nak mengandung lagi. Waktu bersalinkan Aina ada komplikasi. Acik & Aina hampir terkorban. Nasib baik masih dipanjangkan umur. Doktor nasihatkan acik tunggu 6 tahun sebelum mengandung semula. Tapi Encik Hensem dah putuskan, cukuplah 2 orang zuriat kami.
Suami mana tak fobia? Hampir kehilangan isteri & anak darah daging sendiri?
Anak acik cuma 2 orang bukan sebab kitaorang TRY tapi tak berjaya nak mengandung. Bukannya Encik Hensem mati pucuk atau tak cukup power nak mengandungkan acik.
Bukan juga sebab acik tak subur. Bukan ye. Bukan. Kami takde anak lagi sebab kami pilih untuk tak mengandung lagi.
Kalaulah acik ni boleh mengandung macam perempuan lain yang normal, kot dah berderet anak acik. Kejap lagi awak kata tak pandai nak family planning pulak. Ada je yang tak kena.
Siapa boleh faham perasaan acik tiap kali buka facebook tengok orang ni mengandung, orang tu selamat bersalin? Tumpang gembira. Tapi dalam hati menangis.
Tolonglah fikir panjang sebelum bersembang soal sensitif. Soal anak, jodoh, bentuk tubuh badan. Awak mungkin takde niat jahat. Sekadar nak berbasa-basi. Tapi bagi tuan badan, awak taktau struggle yang dia hadapi setiap hari.
Anak sikit, tak ramai macam awak, ada sebabnya. Mungkin sebab kesihatan. Mungkin sebab kewangan.
Ada orang badannya besar. Bukan sebab pelahap makan tak ingat dunia. Ada orang badan besar sebab ubat-ubatan. Komplikasi kesihatan. Pil kesuburan. Pil hormon.
Yang dah berusia tapi belum berkawin, jangan semudah abc judge kata dia tak kawin sebab terlalu memilih, cerewet nak cari pasangan. Mungkin dia tak kawin sebab ada komitmen nak jaga mak ayah. Mungkin ada pengalaman pahit. Mungkin Allah saja nak bagi dia peluang berjasa kepada orang tua sampai akhir hayat.
Jaga lisan. Jaga adab. Jangan main sembur. Lebih-lebih lagi bila bersembang dengan orang yang awak tak kenal.
Kepada kakak yang bertanya tu, jangan sampai satu hari nanti Allah uji dengan benda yang awak banggakan. Dia ambik semua anak lelaki awak, tinggal anak perempuan je sorang. Waktu tu baru awak tau apa rasanya. Awak nak mengandung lagi semata-mata nak dapatkan anak lelaki?
Luluh hati ibu apabila pulang ke rumah dan melihat bayinya berusia tiga bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dijaga oleh suami.
Kejadian yang berlaku di Gelang Patah, Johor itu disahkan meninggal dunia ketika di bawah jagaan bapanya yang positif dadah, petang semalam.
Ibu dan nenek baru pulang berniaga
Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, ibu dan nenek mangsa yang baharu pulang dari berniaga gerai makan di Gelang Patah, mendapati bayi berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata nenek dan ibu bayi malang berkenaan mengejarkannya ke Klinik Kesihatan Gelang Patah bagi mendapatkan rawatan.
“Sampai sahaja di rumah, ibu bayi itu menjerit meminta tolong sambil mendukung bayinya yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Nenek bayi berkenaan bersama ibu mangsa kemudian membawa bayi berkenaan yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Klinik Kesihatan Gelang Patah untuk menerima rawatan.
“Kira-kira jam 5.40 petang, nenek dan ibu bayi berkenaan sampai di bahagian kecemasan Klinik Kesihatan Gelang Patah dan disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa seorang doktor di situ,” katanya dalam satu kenyataan.
Bapa positif dadah
Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa tinggal di rumah dan dijaga oleh lelaki berusia 31 tahun, yang juga bapa kanak-kanak berkenaan ketika nenek dan ibunya keluar berniaga warung makanan di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, pada setiap awal pagi.
Selain mangsa, dua kanak-kanak lelaki berusia enam dan empat tahun yang juga anak lelaki terbabit turut tinggal di rumah itu.
“Siasatan pada badan mangsa tidak menunjukkan sebarang kecederaan. Menurut ibu mangsa, bayinya mula pandai mengiring dan mahu meniarap itu lahir tidak cukup minggu (36 minggu) dan sering muntah susu selepas minum susu.
“Bayi itu lahir dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ibu mangsa tidak dapat membuat sijil lahir kerana perlu mendapatkan surat sumpah dari mahkamah terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata, bapa bayi malang itu sudah ditahan dengan ujian air kencingnya mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Bayi malang itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan akan menjalani proses bedah siasat jam 9 pagi ini bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya.
Kesihatan adalah aset paling berharga dalam hidup. Ramai yang hanya mula mengambil berat tentang kesihatan selepas mengalami masalah seperti kolesterol tinggi, diabetes, gout, dan...