SIAPA sangka, bayi lelaki comel yang baru sahaja melihat dunia pada Julai lalu sebenarnya telah ‘wujud’ sejak lebih tiga dekad lalu?
Inilah kisah luar biasa yang mencuri perhatian dunia, kelahiran seorang bayi dari Amerika Syarikat yang berasal daripada embrio yang telah dibekukan sejak tahun 1994. Untuk memberi perspektif, tahun 1994 merupakan ketika dunia sedang menikmati filem Forrest Gump di pawagam dan menyambut pelancaran konsol permainan video pertama PlayStation. Kini, selepas 31 tahun ‘tidur’ dalam pembekuan, embrio itu akhirnya dilahirkan sebagai seorang bayi sihat.
Selamat Datang ke Dunia, Thaddeus
Pada 26 Julai, bertempat di sebuah hospital di Knoxville, Tennessee, lahirlah seorang bayi lelaki seberat kira-kira tiga kilogram yang diberi nama Thaddeus Daniel Pierce.
Apa yang menjadikan kelahirannya begitu istimewa bukan sekadar angka tahunnya, tetapi kisah di sebalik bagaimana dia hadir dalam kehidupan pasangan suami isteri, Lindsey Pierce (35) dan Tim Pierce (34). Pasangan ini memperoleh embrio Thaddeus menerusi program pengangkatan embrio yang dikenali sebagai Snowflakes, sebuah inisiatif berteraskan kepercayaan Kristian di Amerika Syarikat.
Ads
Embrio itu asalnya disumbangkan oleh Linda Archerd (62), seorang wanita yang menjalani rawatan kesuburan IVF pada tahun 1990-an. Beliau menyumbangkan tiga embrio kepada program tersebut, dengan harapan ia dapat memberi peluang kepada pasangan lain yang mendambakan zuriat.
Satu daripada Tiga Harapan Kecil
Daripada tiga embrio yang disumbangkan Linda, hanya dua yang berjaya bertahan selepas proses nyahbekuan. Salah satunya kemudian ditanam ke dalam rahim Lindsey dan akhirnya berkembang menjadi bayi yang kini dikenali sebagai Thaddeus.
Ads
Walaupun kisah ini mencipta sejarah dari sudut perubatan moden, bagi pasangan Pierce, apa yang paling penting hanyalah kehadiran seorang bayi yang begitu dinanti-nantikan.
“Kami tidak bercita‑cita mencipta rekod; kami cuma mahu bayi,” ujar Tim Pierce ringkas tetapi penuh makna.
Embrio & Isu Undang-Undang
Menariknya, kelahiran Thaddeus berlaku ketika isu status undang-undang embrio beku sedang hangat diperdebatkan di Amerika Syarikat. Malah, mahkamah di negeri Alabama pernah menyamakan embrio beku dengan ‘kanak-kanak’ dari sudut undang-undang, mencetuskan pelbagai reaksi dan persoalan etika.
Ads
Namun, bagi Linda Archerd, kisah ini jauh lebih mendalam. Bagi beliau, tiga embrio yang disimpannya dahulu bukan sekadar sel atau rawatan sains semata-mata.
“Saya pernah melihat embrio ini sebagai ‘tiga harapan kecil’. Kini, seorang daripadanya hidup di dunia nyata,” luah Linda penuh emosi.
Harapan Baharu Dalam Dunia IVF
Kisah Thaddeus membuka lembaran baharu dalam dunia teknologi kesuburan, khususnya pembekuan embrio jangka panjang. Ia membuktikan bahawa dengan kaedah yang betul, embrio boleh kekal bertahan dalam jangka masa yang sangat panjang dan tetap membesar sebagai bayi yang sihat dan normal.
Buat pasangan yang sedang berjuang mendapatkan zuriat, kisah ini memberi satu sinar – bahawa harapan sentiasa ada, walau mengambil masa berdekad lamanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend joget sebelum dapat duit raya kelihatan seakan seronok namun ia secara tersirat mengundang ketiadaan adab santun dalam menyambut hari raya.
Cakna mengenai hal itu, Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, mengingatkan wanita Islam agar tidak terpengaruh dengan budaya ‘trend’ berjoget ketika menerima duit raya.
Melalui perkongsian di Facebook, Asma’ mengkritik tindakan segelintir wanita Islam yang seharusnya menunjukkan akhlak yang lebih baik selepas bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Gambar sekadar hiasan
“Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena JOGET, pastu rakam dan post, ramai wanita Islam tua muda buat sama.”
”Syawal ibarat mereka yang balik Haji, lepas sebulan Ramadhan sepatutnya kita lebih berakhlak. Jangan biasakan.”
Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata menyokong teguran tersebut dan menganggap ‘trend’ yang popular di media sosial itu tidak bermoral serta merendahkan martabat wanita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang lebih menyentuh hati seorang wanita bergelar ibu bila terpaksa melihat anak-anak yang menjadi penyeri hidup menderita penyakit kronik. Itulah yang berlaku kepada Puan Khalilah Ahmad.
Mempunyai dua orang anak yang mana keduanya menghidap penyakit kronik pada usia muda membuatkan wanita ini tidak betah untuk melihat sahaja anak-anak yang masih kecil menderita.
Berat dugaan yang perlu dilalui oleh ibu ini, apatah lagi anak keduanya Abdul Raziq Eshan Abdul Razlan Shah yang menghidap penyakit Acute Lymphobiastio Leukemia (ALL) memerlukan kos ubat dan rawatan yang tinggi sehingga mencecah RM134,000.
Menurut Puan Khalilah, anaknya Eshan menghidap leukemia sejak umurnya dua tahun. Anak pertamanya pula yang berusia 11 tahun menghidap penyakit diabetic sejak usianya 8 tahun.
Justeru dia dan keluarga memohon bantuan dan sumbangan orang ramai bagi menampung kos perubatan anaknya Eshan menerusi satu coretan yang dikirimkan ke kotak pesanan sebuah portal.
“Assalamualaikum tuan/puan & semua yang membaca coretan ini. Saya Khalilah dengan rendah diri ingin memohon bantuan sumbangan tuan/puan untuk menampung kos perubatan anak saya, Abdul Raziq Eshan bin Abdul Razlan Shah (8 1/2 tahun) yang mengidapi penyakit Acute Lymphobiastio Leukemia (ALL) dan kini sedang menjalani rawatan kimo kali ke 3 di HKL.
“Saya hanya ada 2 orang anak. Yang sulung, kakak, berusia 11 tahun mengidap penyakit Diabetic sejak umur 8 tahun dan bergantung kepada suntikan insulin setiap hari dan anak kedua (Abdul Raziq Eshan), menghadapi luekemia semenjak umur 2 tahun.
“Anak saya, Eshan, perlu menjalani sesi chemotherapy setelah relapse kali ke-3 pada Mei lepas. Pada 20hb Jun 2020, pihak HKL menyatakan kos ubat Blinatumomab sebanyak RM134, 400 diperlukan bagi rawatan anak saya.
“Oleh itu, kami sekeluarga bersungguh-sungguh mengumpulkan sumbangan bagi menampung kos ubatan tersebut memandangkan keadaan Adik Eshan yang memerlukan rawatan segera utk proses transplant dalam masa terdekat.
“Insuran hanya menampung rawatan dan bantuan lain telah “exhausted” kerana kakak dan Adik Eshan telah menderita sakit sekian lama dan kerap berulang alik ke hospital. Segala sumbangan saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan tuan/puan.
Sumbangan boleh dibuat kepada akaun seperti berikut:-
NAMA: KHALILAH BINTI AHMAD
BANK: MAYBANK NO AKAUN: 101011319499
NO. TEL: 019-7722291
ABDUL RAZLAN SHAH BIN ABDUL RAHMAN
MAYBANK: 501011987289
Bagi yang ingin membuat sumbangan, bolehlah menyalurkan kepada no akaun di atas. Semoga dengan bantuan semua dapat meringankan beban keluarga ini. Didoakan juga agar segala urusan dan rawatan kedua anak Puan Khalilah dipermudahkan, Amin.
Sumber: Siakap Keli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bergelar ibu, pelakon Datin Intan Najuwa mengakui dirinya semakin paranoid dalam segala hal yang melibatkan keselamatan anaknya.
Ibu cantik manis ini turut meluahkan rasa bimbang untuk membawa anaknya melancong terutama ke luar negara. Malah kata Intan lagi dia sehingga ‘anxiety’ kerana terlalu memikirkan banyak perkara melibatkan anaknya, Imane Lunara.
Menerusi perkongsiannya di Threads, Intan bimbang dari segi penjagaan anak sama ada untuk berjalan menaiki kereta atau pun pengangkutan udara.
“My anxiety level nak travel dengan anak. Baik naik kereta, naik flight, semua I paranoid ye.
Sementara itu, Intan berkata suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman sentiasa memintanya untuk lebih tenang dalam apa jua keadaan.
“Sampai suami aku suruh tenang sikit. Beginilah jadi mak mak eh.
“Mungkin saya patut bertenang sedikit dan nikmati perjalanan dan tidak terlalu memikirkan banyak perkara,” katanya.
Intan sebelum ini turut mendedahkan dia tidak pulang ke kampung untuk berhari raya tahun ini kerana tidak mahu anaknya, Imane Lunara tertekan kerana kesesakan lalu lintas yang teruk.
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama usahawan berjaya, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Imane Lunara yang kini berusia hampir tujuh bulan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.