Mula dikenali ketika menyertai sebuah rancangan realiti tidak lama dahulu. Orangnya cantik, berdarah kacukan Melayu dan Arab. Lufya Omar, berkongsi cerita tentang pengalaman menyusukan anaknya, Laana Haura Che Muhammad Hafiz yang kini berusia setahun lapan bulan.
Boleh Lufya kongsikan pengalaman melahirkan dan menyusukan Haura?
“Ketika hamilkan Haura, berat saya mencecah 80kg. Memang berat naik mendadak sebab saya banyak makan waktu mengandung tu. Saya bersalin di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya. Alhamdulillah, saya berpeluang melahirkan Haura secara normal dengan beratnya ketika itu 3.39kg. Saya menunggu waktu bersalin tu lama sangat. Dalam sehari, bukaan hanya 1-3sm sahaja. Air ketuban dah keluar, jadi doktor terus bawa saya masuk ke bilik bersalin.
Memandangkan suami saya seorang doktor, dia memang berniat untuk menyambut kelahiran anak kami sendiri. Dia teruja dan banyak beri sokongan sepanjang proses kelahiran. Yang buat saya lebih terharu adalah momen ketika dia sendiri yang memotong tali pusat Haura ketika itu. Sesungguhnya pengalaman Haura ni sesuatu yang teristimewa buat saya dan suami.
Pada awalnya memang saya tidak pandai menyusukan Haura. Maklumlah kali pertama menjadi seorang ibu. Kesukarannya ketika itu adalah dia menolak untuk menghisap susu badan. Haura hanya melekap sekejap sahaja, kemudian dia berhenti. Susu lambat keluar, jadi dia marah. Untuk mengalakkan penghasilan susu badan, saya amalkan minum susu yang dicampurkan dengan kurma dan badam. Sempat jugalah Haura merasa susu badan saya secara ekslusif selama beberapa bulan.
Buat para ibu yang menyusukan anak, teruskan usaha anda. Saya bersetuju susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak kerana ia membekalkan nutrien yang cukup, menguatkan sistem imun dan buat anak-anak cepat sembuh dari penyakit kuning. Menakjubkan, susu ibu ni memang tinggi khasiatnya kerana ia juga baik untuk anak-anak yang ada alahan atau ekzema.”
Boleh Lufya kongsikan apa makanan kegemaran Haura?
“Apa yang boleh saya katakan, Haura ni tak cerewet. Dia seorang pemakan. Saya masak sendiri untuknya di rumah. Kegemaran Haura cukup ringkas, nasi putih bersala telur dan kicap. Ataupun nasi putih dengan ikan goreng. Selain itu, Haura sukakan nasi ayam.
Bagi memastikan Haura mendapat nutrisi yang secukupnya, saya berikan dia susu kambing. Dia sangat sukakan rasa susu kambing. Selain nasi, Haura juga suka makan telur putih yang direbus, madu, kurma dan keju.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang kala, yang baru pertama kali bergelar ibu, tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka. Dalam hal ini, episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau. Kebanyakan kes, jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti.
Dalam kebanyakan kes, jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin. Tidak dinafikan ia adalah pengalaman yang menakutkan. Bakal ibu juga akan merasa ‘seriau’ jika membayangkan hal ini. Ikuti penerangan daripada Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital berkaitan topik ini.
RISIKO JAHITAN TERBUKA
Risiko tinggi untuk jahitan terbuka atau lambat sembuh boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor ibu itu sendiri yang mengalami masalah diabetes, obes, merokok, tidak cukup zat (malnourish) dan kurang daya tahan penyakit. Manakala faktor luaran lain ialah jenis atau tahap luka. (Luka bersalin umumnya ada empat tahap). Luka tahap tiga dan empat lebih kerap jahitan terbuka.
Dalam hal ini, penggunaan antibiotik diperlukan. Kebanyakan doktor akan prescribe antibiotic kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka. Dalam pada itu, faktor umur dan bilangan kehamilan , tidak meningkatkan risiko jahitan terbuka.
Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut.
Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka.
Tanda-Tanda Jahitan Terbuka:
-Rasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. (Biasa rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan kuman.
-Bengkak, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan nampak terbuka.
Jika tidak dirujuk kepada doktor, kemungkinan akan ada beberapa komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka:
-Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.
-Boleh menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan
-Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin,
-Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut.
APA PERLU BUAT?
Apabila menyedari jahitan terbuka, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan mencadangkan ibu membersihkan sendiri, kadang-kala digalakkan rendam dengan air garam dan ubat sapuan akan diberikan supaya luka sembuh dengan sendiri (secondary wound healing) . Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula setelah luka tersebut bersih.
Anda mungkin trauma jika mengalami situasi ini. Namun selepas dijahit risiko untuk terbuka semula adalah minimum kecuali berlaku lagi jangkitan pada luka yang baru dijahit itu. Jahitan yang terbuka mungkin akan berulang lagi jika jangkitan pada luka itu tidak dibersihkan sepenuhnya atau masih ada jangkitan. Oleh kerana itu, ada sesetengah kes, luka yang terbuka semula boleh terus dijahit, mesti dibersihkan setiap hari atau pengambilan makan antibiotik untuk beberapa hari sehingga jangkitan tiada barulah jahitan dilakukan semula.
TEMPOH UNTUK SEMBUH
Masa yang diambil untuk menjahit semula luka bergantung kepada keadaan dan saiz luka tersebut. Jahitan biasanya menggunakan benang yang lebih kuat dan diserap/reput semulajadi. Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius, luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka bagi episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari.
Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu enam minggu.
BANYAKKAN PENGAMBILAN VITAMIN C
Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, amat penting anda lakukan pengambilan makanan seimbang. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit.
Sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana risiko jangkitan. Seharusnya semasa anda hamil, anda perlu mengambil makanan yang berzat dan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak
JAGA KAWASAN LUKA
Amat penting anda memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, luka tersebut dilapkan sehingga kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kain kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Malam tadi bila lihat perjuangan, pergelutan, pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat terasa keinsafan dalam diri, rasa nak bagi dunia pada dia, tak nak lukakan hati dia, tak nak dia kecewa dengan sikap kita.
“Tetapi itulah kita ini iman senipis kulit bawang. Sekejap sahaja keinsafan, lama sikit lupalah.
“Apa pun Faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga.
“Jauhkan la daku dari godaan-godaan yang ada di luar, yang paling penting, Faz akan sentiasa ingat dan hargai segala pengorbanan mu isteri. Balik nanti saya ada kejutan untuk awak,” coretnya sambil berseloroh di akaun Instagram miliknya.
Pada 2021, Fazreen, 38, memaklumkan isterinya mengalami keguguran ketika usia kandungan 10 minggu.
Sebelum itu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2011 itu pernah diuji dengan dua kali keguguran sebelum membuat keputusan mengambil anak angkat, Mohd Rizqin Qayyum, 11 tahun.
Selain itu, mereka turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Mohd Rizqin Quwais, 9; Rizqeen Humaira, 8; dan Mohd Rizqin Haqq, 5.
Musim sekarang ni, bila bawa anak makan di luar, kebanyakan ibu bapa akan memilih baby chair. Ini untuk keselesaan anak duduk dan makan terutama bagi yang berusia antara 8 bulan hingga 2 tahun.
Namun pernah tak ibu bapa lapkan dulu baby chair tersebut sebelum letak anak? Jika sebelum ini kita terus angkat dan dudukkan anak, lepas ni sebaiknya lap dulu permukaan meja dan kerusi tersebut sebelum letakkan anak ye.
Ini bagi mengelakkan berlaku jangkitan kuman. Maklumlah bila berada di tempat awam sekarang ini, perlu peka dengan keadaan semasa lagi-lagi bawa anak kecil. Malah kita yang dewasa pun kena amalkan langkah kebersihan juga. Sebaiknya nak duduk di meja makan, guna tisu basah dan laplah dulu sebelum menikmati makanan. Memang nampak dah bersih, cuma apa salahnya lap sekali lagi kan.
Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia, survey menunjukkan permukaan meja bayi di restoran lebih kotor dari meja biasa. Dan sebaik-baiknya wipe dahulu sebelum guna.
Bayangkan bayi sebelum ini duduk dengan air liur meleleh di meja makan… kemudian anak anda duduk pula di atas kerusi yang sama.
Oleh itu, jika anda ingin menggunakan kerusi tinggi untuk bayi anda di restoran pastikan ia di bersihkan terlebih dahulu dengan cecair pembersih.
Gambar Hiasan
Survey menunjukkan, permukaan meja bayi ini jauh lebih kotor dari meja lain di restoran. Walaupun jarang menyebabkan kesakitan yang teruk, ia mungkin mengandungi kuman bahaya seperti Coliform.
Permukaan yang bersih jangan disangka suci tanpa kuman, untuk keselamatan bayi anda, WIPE dengan pembersih!
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.