Alasan rimas dan sakit pada bahagian perut antara alasan yang sering diterima oleh wanita hamil jika diminta memakai tali pinggang keledar. Hakikatnya ia amatlah berbahaya. Bahaya itu ibu dan bayi sendiri jika berlaku kemalangan.
Bagi mengelakkan rasa sakit, ini cara pemakaian tali pinggang keledar yang betul seperti yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan.
Pemakaian tali keledar keselamatan untuk ibu hamil.
1. Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.
Ini untuk pastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung dan tak kena secara terus pada perut.
Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
Ads
2. Jadi sentiasalah pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yang duduk di belakang.
Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.
3. Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
Ads
4. Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.
5. Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.
6. Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).
Ads
Tak payah beli pelbagai produk atau span untuk cover perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlaku accident.
Kajian menunjukkan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
Jangan bila mengandung je sibuk pakai tali pinggang. Tak mengandung pun kena gak. Jangan terkial-kial nak pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Alhamdulillah siapa sangka di usia 40 tahun Allah masih bagi rezeki anak”. Semua ini tak disangka sama sekali selepas pernah mengalami keguguran tahun lalu setelah mendirikan rumah tangga 18 Januari 2020. Itu yang dikongsikan oleh pengacara dan pelakon, Elly Mazlein.
Sebelum ini, khabar gembira ini seolah-olah menjadi teka-teki apabila DJ radio, ‘terlepas cakap’ selepas Elly Mazlein memberitahu berita kehamilan kepadanya.
Elly Mazlein yang mesra disapa Kak Lina ini difahamkan enggan mengulas lanjut mengenai berita kehamilannya walaupun dah nampak baby bump. Namun, dia hanya meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik saja dan akan berkongsi kepada semua apabila semuanya dah ok.
Terbaru, Elly Mazlein memaklumkan berita gembira mengenai kehamilannya di laman Instagram. Tahniah Kak Lina Pom Pom dan suami!
Syukur Alhamdulillah…
Pengacara itu memaklumkan berita kehamilan menerusi laman Instagram dengan meluahkan rasa syukur kerana bakal terima orang baru dalam keluarganya.
Bismillahirrahmannirrahim.. Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami. Atok akan dapat cucu lagi. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan Kakak Manja akan dapat adik (tapi kakak Manja minta “Sister” mana-mana pun tak apa, hanya mendoakan baby sihat dan dipermudahkan).
Dan Mama tak sabar nak menjaga sesemua nyawa suri hati ini. Alhamdulillah…
Terima kasih semua
Sementara itu, peminat dan rakan artis turut mengucapkan tahniah buat Elly Mazlein dan suami untuk berita gembira ini. Dia turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan semua. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa. Doa saya, agar Allah permudahkan urusan anda semua.
Dan akhir sekali jawapan bagi semua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant..
Kredit: IG Elly Mazlein
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Degupan jantung yang tidak menentu (irregular heartbeat), disebut dalam bahasa perubatan sebagai “arrhythmia”, adalah keadaan yang sering berlaku ketika hamil.
Dianggarkan 50 peratus wanita yang hamil mengalami masalah degupan jantung yang tidak menentu. Masalah ini boleh jadi hanya degupan jantung laju yang biasa atau boleh jadi ia menandakan masalah jantung yang lebih serius.
Menurut Dr Zubaidi lagi, kebanyakan masalah ini adalah tidak berbahaya, dan tidak memerlukan sebarang ubat. Walaubagaimana pun ada juga degupan jantung yang laju boleh menyebabkan kemudaratan pada ibu yang hamil dan anak dalam kandungan. Jadi jika ini berlaku, buatlah pemeriksaan doktor.
Punca sebenar masalah degupan jantung yang tidak menentu ini tidak diketahui dengan jelas. Ada beberapa kemungkinan bagaimana ia boleh berlaku:
Kehamilan menyebabkan perubahan hormon, terutama peningkatan hormon estrogen dan hormon β-human chorionic gonadotropin. Kedua-dua hormon ini memberikan kesan kepada jantung. Di dalam sel-sel jantung terdapat terdapat mekanisme “ion channels”, yang membenarkan kemasukan dan pengeluaran mineral sodium, kalsium dan potassium dari sel-sel otot jantung, dan akhirnya mempengaruhi degupan jantung. Kedua-dua hormon ini mempengaruhi “ion channels” di dalam selsel jantung.
Kehamilan juga akan menyebabkan jumlah darah dalam tubuh wanita yang hamil akan meningkat bagi membekalkan oksigen dan nutrien pada wanita yang hamil dan bayi dalam rahim. Peningkatan jumlah darah akan menyebabkan jantung akan berdegup lebih laju.
Terdapat beberapa jenis degupan yang tidak menentu.
Degupan jantung yang laju tetapi masih dianggap normal dinamakan “palpitation”. Ia berlaku apabila jantung berdegup sebanyak 100 beat dalam satu minit.
“Supraventricular tachycardia” (SVT) adalah degupan jantung yang lebih berbahaya dari degupan jantung yang lebih berbahaya, dan memerlukan rawatan.
“Atrial fibrillation” adalah degupan jantung yang laju dan tidak menentu. ia jarang berlaku pada wanita yang hamil. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini mempunyai masalah lain seperti penyakit hyperthyroidism sebelum mereka hamil lagi.
Untuk membezakan ketiga-tiga masalah ini, pemeriksaan doktor sangat membantu.
Selalunya masalah degupan jantung yang laju ini berlaku tidak memerlukan sebarang rawatan. Apa yang selalu doktor lakukan ialah mencari punca masalah sebenar
degupan jantung yang laju. Ini kerana degupan jantung yang laju hanya tanda (symptom) dan bukan masalah yang sebenar.
Doktor mungkin mengajarkan prosedur yang dinamakan “vagal maneuvers” yang akan mengurangkan kelajuan degupan jantung. “Vagal Maneuvers” boleh dilakukan dengan menuamkan ketulan ais pada muka , menusap saluran darah karotid pada leheatau melakukan hembusan nafas dengan menutup kedua-dua rogga hidung dan menutup mulut.
Saya mencadangkan melakukan teknik ini dengan cara yang betul dengan belajar dari mereka yang arif.
Degupan jantung yang sangat laju sehingga menyebabkan sakit dada, sukar bernafas atau terlalu penat, atau menyebabkan tekanan darah menjadi rendah, doktor akan memberikan ubat untuk mengurangkan kadar degupan jantung yang laju ini.
Ubat ini dinamakan “anti-arrhythmic medication” mempunyai pelbagai jenis. Secara amnya ubat-ubat ini tidak selamat diambil ketika hamil terutama diawal kehamilan (ketika trimester pertama). Ia hanya diberikan jika manfaatnya lebih besar dari kemudaratan yang mungkin berlaku.
Semasa wanita merancang untuk hamil ataupun menyusu, penting untuk mereka memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua dua ibu dan anak dalam kandungan.
Ramai dari wanita yang saya jumpa tidak suka minum susu. Tetapi terpaksalah minum untuk kesihatan anak dalam kandungan, apabila mereka hamil.
Sudahlah tak suka minum susu, banyak pula jenama di pasaran. Tidak tahu mana yang terbaik.
Badan kita memerlukan pelbagai nutrien penting seperti asid folik / folat, dha, asid lemak omega 3, prebiotik, kalsium dan Besi, untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi kita.
Sebagai ibu, penting untuk kita membekalkan nutrien penting ini kepada diri sendiri dan bayi pada peringkat ini.
Namun saya mencadangkan agar minum susu yang segar kerana ia tidak mengandungi gula yang ditambah sepanjang 3 trimester kehamilan.
Susu segar juga kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Ini akan mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir.
Selain itu susu segar mengandungi kalsium tinggi, zat besi dan vitamin C dan E yang mempunyai manfaat penting untuk pertumbuhan mental anak yang akan dilahirkan.
Susu segar adalah terbaik untuk ibu hamil yang mengalami anemia kerana membekalkan zat besi, vitamin B complex & vitamin C yang cukup untuk penghadaman & pembentukan sel darah merah yang sihat.
Sesekali elok mengambil yogurt segar atau minuman yogurt kerana ini mengandungi nutrien Prebiotik yang boleh membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan & mengurangkan sembelit yang jika dibiarkan menyebabkan buasir.
Jadi bagi wanita yang bersedia dan berusaha untuk hamil, terus amalkan minum susu segar dan sesekali ambillah yogurt segar atau minuman yogurt. Seorang wanita tidak mengetahui bila dia telah hamil, kecuali selepas melakukan ujian UPT dan ultrasound setelah 6-8 minggu kehamilan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.