Ketika mengandung anak pertama, kebanyakan bakal ibu berasa keterujaan yang luar biasa. Itu memang perasaan normal.
Gembira, tak sabar, bertuah, bangga, bersemangat, semuanya bersatu menjadi satu kebahagiaan.
Namun, apabila disahkan mengandung anak kedua, cara penerimaan kehamilan sudah berbeza. Bukan tidak gembira dengan rezeki yang datang tetapi perlu lebih kuat, cekal dan realistik tetang kehidupan yang bakal dilalui dengan seorang bayi baharu serta si kecil yang sedang membesar.
Apatah lagi jika anda mengandung anak kedua ketika anak pertama masih lagi berusia bawah 12 bulan. Cabarannya memang berganda.
Berikut antara perbezaan antara kehamilan anak pertama dan anak kedua.
1. Kepenatan
Perkataan ‘penat’ mungkin tidak dapat menggambarkan kepenatan yang dirasai. Masa mengandung anak pertama, anda masih boleh bersantai, bermalas-malasan dan tidur sekejap apabila rasa penat terutama di hujung minggu. Tetapi bila mengandung anak kedua, anda perlu abaikan semua itu sebab si kecil yang sulung perlukan perhatian dan bermacam keinginannya yang perlu dipenuhi.
2. Senaman
Semangat ibu mengandung sulung memang berbeza. Maklumlah banyak masa. Segala tips yang dipelajari daripada majalah, internet semua dipraktiskan termasuklah senaman khusus untuk ibu hamil. Tetapi bila mengandung anak kedua, cukuplah ‘senaman’ melayan kerenah anak sulung. Sudah cukup buat ibu berpeluh. Itu belum lagi bab anak minta didukung!
3. Komen
Masa mengandung anak sulung, ramai yang memuji penampilan berseri-seri. Katanya seri ibu mengandung sulung. Tetapi masa mengandung anak kedua, kebanyakannya memberitahu betapa letihnya diri anda, hairan bagaimana boleh uruskan kehamilan yang meletihkan dan anak kecil yang banyak ragamnya.
4. Lemah kawalan air kencing
Jangan terkejut, jika anda hamil rapat anak kedua, kemungkinan masalah sukar mengawal air kencing akan berlaku terutama ketika bersin, ketawa, batuk dan banyak pergerakan.
5. Perancangan
Bukan pilih kasih tetapi kebanyakan ibu terutama yang mengandung rapat anak pertama dan kedua mungkin tidak sempat melakukan perkara yang sama. Jika hamil anak sulung, semua dirancang dan diuruskan dengan teratur seperti membeli peralatan bayi, menyimpan gambar ‘scan’ bayi setiap kali pemeriksaan kehamilan dan bermacam lagi perkara berkaitan bayi anda. Tetapi bila masuk anak kedua anda tidak sempat hendak melakukan perkara yang sama kerana sibuk menguruskan anak sulung. Jangan rasa bersalah, itu memang normal.
Apa pun cabarannya, raikan kandungan kedua dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan namun dalam masa yang sama layan anak sulung dengan penuh kasih sayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu hamil yang pertama kali hendak buat check-up kehamilan, ibu perlu tahu beberapa info penting sebelum berjumpa doktor. Perkara utama yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah mengambil ujian kehamilan terlebih dahulu di rumah.
Ujian kehamilan perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu selepas anda terlepas tempoh haid bagi mendapatkan hasil yang paling tepat. Jika anda membuat ujian terlalu awal, Ambil terlalu awal boleh cenderung kepada jawapan palsu apabila ujian adalah negatif tetapi sebenarnya, anda hamil. Dinasihatkan untuk mengambil ujian pada waktu pagi apabila air kencing pekat.
Sejauh mana ketepatan ujian?
Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu ujian air kencing di rumah dan ujian darah yang dijalankan di pusat perubatan. Ujian air kencing dirumah adalah 99% tepat manakala ujian darah adalah lebih tepat. Ketepatan ujian kehamilan bergantung kepada:
Sejauh mana wanita ikut arahan
Bila berlaku implantasi
Apabila anda mengambil ujian (berapa lama selepas kehamilan anda mengambil ujian)
Sifat atau sensitiviti ujian kehamilan
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ujian membawa hasil palsu jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Selain itu, jika pengambil ujian itu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, ia boleh menjejaskan ketepatan ujian.
Ujian kehamilan di rumah adalah sangat mudah digunakan dan memberikan hasil yang tepat dalam masa yang singkat selagi wanita ikut arahan dengan teliti.
Terdapat banyak cara untuk melakukan ujian. Ini adalah bagaimana untuk menggunakan ujian bukan digital.
Langkah 1: Wanita boleh memilih salah satu daripada kaedah ini:
Kumpul air kencing awal pagi dalam cawan. Rendamkan batang ujian ke dalam air kencing.
Pastikan batang ujian terus dalam aliran air kencing.
Kumpul air kencing dalam cawan. Menggunakan penitis untuk titiskan air kencing ke kayu ujian.
Langkah 2: Tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya.
Langkah 3: Baca hasilnya. Bergantung kepada jenis kit ujian, hasilnya ditunjukkan berbeza. Jika anda hamil, hasil ujian boleh menjadi:
Dua baris
Berwarna
Tanda “+”
Jika menggunakan ujian digital, langkah 1 dan langkah 2 adalah sama seperti dalam ujian bukan digital. Walau bagaimanapun, pada langkah terakhir, ujian akan membaca keputusan dengan jelas, sama ada “mengandung” atau “tidak mengandung”.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya?
Jika ujian memberikan hasil positif, jumpa ke doktor untuk mengesahkan.
Jika ujian memberikan hasil negatif tetapi anda masih percaya bahawa anda sebenarnya hamil, pergi ke pusat perubatan juga.
Pertama Kali Check-Up
Buku pink dan ibu mengandung berpisah tiada. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ini merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.
Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink Ibu Mengandung?
Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama saja, ibu-ibu yang sudah ada anak 2-3 orang pun boleh ‘blur’ sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak itu agak jauh, macam 3-4 tahun.
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.
Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul hamil.
Bagaimana Nak Kira Jangkaan Usia Kandungan?
Semasa para ibu nak buka buku pink tiu nanti, jururawat yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir.
Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu peka tentang bila hari pertama period setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.
Contoh Cara Kira Usia Kandungan:
Tarikh check UPT: 1 September 2023
Hari pertama period terakhir ibu: 1 Julai 2023
Jadi, dari hari pertama last period ibu itu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 8 minggu dan menghampiri 9 minggu.
Boleh tunggu seminggu dua lagi untuk buka buku pink.
Kenapa Bahaya Buka Buku Pink Lambat Sangat?
Buka buku pink lambat ini biasanya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu.
Mungkin juga sekiranya para ibu mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Jika ibu pernah mengalami anemia kronik, kalau buat tak tahu, bayi mungkin boleh mengalami keguguran. Kalau jadi kes macam ini, penelitian dengan lebih lagi perlu diberikan.
Boleh Tak Nak Buka Buku Pink Awal?
Boleh dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Kalau tak, agak leceh sikitlah sebab perlu buat ujian darah dan urin serta menunggu giliran yang agak lama.
Tapi kalau awal sangat, macam 2-3 minggu, ada yang berkongsi pengalaman, jururawat suruh balik dulu. Selepas itu datang semula bila usia kandungan sudah 10 minggu.
Mungkin kalau kita tiada masalah, lebih baik ruang waktu itu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping itu, 10 minggu ke atas itu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil dan bayi.
Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Buka Buku Pink
Kebiasaannya perlu bawa kad pengenalan. Walaupun ada sesetengah ibu yang berkongsi, perlu bawa sijil nikah serta bil eletrik atau air, tapi biasanya tidak perlu. Hanya perlu tunjukkan kad pengenalan sahaja. Sijil nikah pun tidak perlu tapi boleh bawa kad nikah.
Bil elektrik atau air itu sebab kalau klinik kerajaan, mereka hendak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Ada orang yang alamat rumah dalam kad pengenalan berlainan dengan kawasan coverage (mungkin guna alamat kampung) klinik kesihatan itu. Bil air atau elektrik akan dijadikan sebagai penunjuk alamat semasa kita.
Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal di mana pun.
Biasanya, untuk ibu yang pertama kali buka buku pink, 2 ujian yang akan dilakukan iaitu:-
Ujian darah
Ujian air kencing
Seterusnya nanti, jururawat akan bertanya tentan beberapa info. Nak tahu berkenaan sejarah kesihatan keluarga suami dan isteri seperti penyakit 3 serangkai. Sebagai contoh, kalau pernah mengandung, dulu ada tak mengalami GDM (kencing manis semasa hamil), anemia, darah tinggi dan sebagainya.
Walaupun ssoalan mungkin banyak dan macam-macam, semua info yang ditanya oleh jururawat ini biasanya penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Selepas itu, jururawat akan buat pemeriksaan di bahagian payudara. Selalunya nak tengok keadaan payudara sama ada berkeadaan baik atau tidak ketika masa hendak menyusu nanti. Puting timbul atau tidak. Pemeriksaan sekejap sahaja.
Kemudian nanti, ibu diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan yang ada tabir kain itu. Nanti jururawat akan tekan-tekan perut untuk ambil ukuran janin.
Biasanya rasa ketulan sahaja kalau baru 10-12 minggu ini sebab masih kecil.
Apa Nak Buat Dengan Buku Pink?
Ada apa dengan buku pink ini? Pentingkah?
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ini terutamanya ketika check-up. Jangan pula nak check-up nanti, boleh tertinggal buku pink ini.
Dalam buku pink ini terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan jururawat, ulasan doktor, keadaan bayi dan lain-lain.
Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silahlah bawa bersama buku pink ini. Mana tahu kalau berlaku apa-apa, mudah untuk ibu-ibu rujuk ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ini, check mengandung adalah 1 kali sebulan sahaja. Bagaimanapun kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali.
Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Nanti bila nak buka buku pink, tiadalah masalah kesihatan lain pula. Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang.
Isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda dan percaya Allah sebaik-baik perancang untuknya dan suami dalam menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
Aida berkongsi kisahnya yang sangat menyentuh hati itu menerusi video temu bualnya bersama majalah Nona baru-baru ini.
Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Melalui kaedah tersebut, Aida akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay…
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aida dapat memperolehi zuriat seperti yang diidamkan selain memberikan kata-kata semangat.Foto: Instagram @aidayusof786 & @adiputra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bang, Isteri saya yang pregnant teringin sangat masakan Khairul Aming. Saya masak tiru resipi Khairul Aming pun dia kata tak sedap. Bantuin Bang”
Kicapan yang di hantar oleh Ashrafhmas pada Khairul Aming, namun tak disangka-sangka Khairul Aming membalas kicapan tersebut dan meminta untuk Ashraf menghantar mesej personal kepadanya.
“Wah tahniaahhhh! duk kat kl kan? roger je nak makan apa. Pm tepi”
Terkejut dan tak menyangka Khairul Aming membalas kicapan tersebut, Ashraf sangat gembira sehingga tak dapat tidur malam katanya. Akhirnya hasrat isterinya yang hamil mengidam nak makan makanan yang dimasak oleh Khairulming tercapai jua.
Meriah sungguh menu untuk ibu hamil. Untungnya dapat merasa air tangan Khairul Aming kan?
Sempat lagi bergurau minta baby bakal lahir untuk mengikutinya di Instagram.
Khairul Aming antara chef selebriti di Instagram yang terkenal dengan video-video masakanya yang bersahaja tetapi nampak menarik dan sangat sedap. Penyampaian yang berstail dan intro bersahaja “hei whatsup guys” diselit pula dengan lawak jenaka dalam setiap video membuatkan Khairulming diminati ramai.
Semoga isteri Ashraf dipermudahkan urusan melahirkan baby nanti. Semoga rezeki Khairulming mencurah-curah kerana tak lokek berkongsi resipi masakan dan tak sombong dengan peminatnya.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!