Menggigil, Kegatalan, Tekanan Darah Rendah & Sakit Kepala Kesan Sampingan Epidural. Ia Bukan Penyebab Sakit Belakang!

Share

Menggigil, kegatalan pada kulit, tekanan darah rendah & sakit kepala yang teruk adalah antara kesan sampingan penggunaan epidural. Tapi ia bukan penyebab sakit belakang seperti yang dimomokkan!

Dr Muhammad Izzat, Pegawai perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi info mengenai epidural. Epidural ialah bius yang kerap digunakan kepada ibu ketika proses kelahiran. Sakit belakang yang seringkali dikaitkan sebagai kesan sampingan epidural turut dikupas.

Dr Muhammad Izzat mengutarakan pelbagai mitos dan kepercayaan yang sering diutarakan masyarakat tentang epidural.

Kebanyakannya mengaitkan epidural dengan sakit belakang, lumpuh dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka menolak bius ini.

APAKAH EPIDURAL

Menurut beliau, epidural ialah pelega kesakitan yaNg diberikan kepada ibu dalam proses kelahiran

BAGAIMANA EPIDURAL BERTINDAK

Epidural dipasang pada ruang epidural L4-L5 atau L5-S1 dan memakan masa 20 minit untuk bertindak. Ibu yang pernah melalui pembedahan tulang bekalang & ada masalah pembekuan darah perlu berjaga-jaga.

 

3 KELEBIHAN EPIDURAL

RISIKO PENGGUNAAN EPIDURAL

Dr Muhammad Izzat juga turut berkongsi 7 kesan buruk yang boleh terjadi antaranya menggigil, tekanan darah rendah, bius tak berkesan dan sebagainya.

1 DARI 25 IBU SAKIT BELAKANG SELEPAS BERSALIN TERMASUK YANG TIDAK AMBIL EPIDURAL

Kajian perbandingan antara ibu yang diberikan suntikan penahan sakit (pethidine) dan epidural menunjukkan keputusan yang sama. Lebih memeranjatkan ia melibatkan lebih ramai ibu yang tidak mengambil epidural!

FAKTOR PENYEBAB SAKIT BELAKANG IBU SELEPAS BERSALIN

Semasa hamil ligamen pada pelvis longgar dan mudah menyebabkan kecederaan pada ibu. Kandungan membesar & perubahan hormon menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang.

EPIDURAL BUKAN PUNCA UTAMA SAKIT BELAKANG

Sakit belakang disebabkan oleh postur badan yang salah, kurang senaman, otot yang lemah, cara tidak betul ketika mengangkat barang berat dan posisi duduk lama.

TIDAK SEMUA HOSPITAL SEDIAKAN EPIDURAL

Ibu perlu memilih dengan tepat dan prioriti antara kesakitan dan nyawa bayi. Beliau juga memaklumkan tidak semua hospital menyediakan servis bius ini.

Sumber: Muhammad Izzat

IKLAN