
Momen azankan anak selepas dilahirkan pasti akan menyentuh hati bapa. Pilu dan sebak menatap anak buat kali pertama, air mata menitis.
Tasha Manshahar selamat bersalin anak sulungnya semalam. Dalam kemaskini Instagram, dia turut berkongsi rakaman video suaminya, Raqib Majid mengalunkan azan pada ubun-ubun bayi mereka. Suasana menjadi sebak hingga suara Raqib tersekat-sekat, membayangkan perasaan yang bercampur baur. Sebak dan syukur atas kehadiran bayi lelaki sulung.
Tasha turut bersyukur doanya untuk melahirkan anak sulung pada hari Jumaat dimakbulkan Allah kala usia kandungan 39 minggu 2 hari. Tasha juga mengucapkan terima kasih keapda semua yang mendoakan kesejahteraan dan kelancaran proses bersalinnya.
Today is the day ; the very day me and your daddy were always waiting for. Your arrival. I few times told Allah that I wanted to see you on Friday. And really, Allah granted my wish today, on Saiyidul Aiyam. 39w 2d carrying you in my womb, from the smallest dot to an adorable baby was something I couldnt ever imagine. Indeed, Allah is the Greatest.
_
Love,
I will from time to time be sharing more about my feelings, my struggles, my hopes, my dreams, my insecurity. Surely even more about you, about daddy, and about us three.
Video menyebakkan itu ditonton 210,000 dalam masa 10 jam. Ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Masing-masing tidak dinafikan rasa sebak melihat suami Tasha mengalunkan azan kepada si kecil.
Sumber: tashamanshahar & raqibmajid
Artikel berkaitan: [“Sekuat Mana Pun Lelaki….” Tasha Manshahar Nak Bersalin Suami Makin Cuak & Berdebar]
[“Orang Ingat Kembar…”Kandungan Makin Membesar, Suami Kasihan Tasha Manshahar Bawa Perut]
[Tasha Manshahar Akui Trimester Ke-3 Sukar, Latih Ibu Tak ‘Terkejut’ Bila Bayi Lahir Nanti]