Kehamilan

“Menjadi Seorang Ibu Impian Saya,” Dah Nampak Baby Bump! Zahirah Macwilson Turut Doakan Wanita Belum Dikurniakan Zuriat

Share

Pelakon cantik jelita Zahirah Macwilson yang baru-baru ini berkongsi tentang kehamilannya yang kini sudah berusia 6 bulan lebih memuat naik gambar terbaru di Instagram miliknya.

Dalam posting tersebut, Zahirah memuat naik gambarnya bersama suami tercinta yang juga merupakan pelakon kacak, Aiman Hakim Ridza.

Melalui gambar yang dikongsikan itu, sudah jelas kelihatan baby bump Zahirah yang kini hamil enam bulan lebih.

Melalui satu lagi posting lain, Zahirah berkongsi sebuah video pendek yang cukup menyentuh hati. Dalam video tersebut, Aiman dilihat sebak sebaik sahaja Zahirah memaklumkan bahawa dirinya hamil.

Menerusi kapsyen posting tersebut, Zahirah mengucapkan rasa syukur atas Kurniaan Allah kepadanya dan berdoa agar wanita lain yang belum berpeluang bergelar ibu agar dikurniakan cahaya mata sepertinya.

Dia juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada setiap ucapan dan doa yang diberikan kepadanya.

“Kehidupan penuh dengan kejutan & inilah yang terbaik @aimanhakimridza

“Ramai yang mengirimkan ucapan & doa kepada saya dan saya sangat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan. Kalian mengingatkan saya mengapa saya suka berkongsi perkara dengan anda semua.

“Namun, ada juga yang mengirimkan saya kisah-kisah tentang bagaimana mereka berusaha untuk mengandung tetapi tidak bernasib baik atau mengalami kehilangan sepanjang perjalanan tersebut.

“Untuk semua ini, saya meluangkan masa bagi menghargai apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dan untuk ini juga, saya berdoa kepada semua wanita yang merindui peluang untuk membawa kehidupan kecil yang berharga ke dunia ini.

“My Heart goes out you strong women. Menjadi seorang ibu selalu menjadi impian saya dan saya benar-benar berdoa agar anda semua akan menjadi ibu suatu hari nanti.

“Percayalah waktuNYA, tetap positif dan jangan pernah putus asa dengan doa-doa itu. InsyaAllah, tangan anda akan memegang jari kaki kecil itu satu hari nanti,” tulisnya

 

Aiman juga dilihat memuat naik gambar yang sama seperti isteri tercinta dengan kapsyen yang ringkas tapi penuh makna. “Just the three of us.”

Untuk rekod, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.

Sumber: Instagram Zahirah Macwilson

Baca: Usia Kandungan Sudah 6 Bulan, Zahirah & Aiman Tak Sabar Nak Timang Cahaya Mata Pertama, Tahniah!

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

 

 

 

 

 

IKLAN