Bila kali terakhir ibu ayah kenal pasti nada mendidik anak? Biasalah budak-budak mengamuk. Hendak senang kita settlekan dengan cara menjerit.
Ya memang anak kecil akan melalui fasa mengamuk. Tapi mengamuk yang macam mana sehinggakan perlu dijerit?
Perkataan serta herdikan ibu ayah itu akan terpahat selamanya di dalam Otak Limbik anak.
Dan dalam fasa perkembangan anak khususnya 0 hingga 6 tahun masa ini 90% perkembangan otak sedang berlaku.
Bayangkanlah apa sedang terjadi dalam otak mereka ketika itu?
Itu yang anak bakal simpan. Sel-sel neuron akan capture moment ditengking itu.
Ads
Memori pahit dijerit dan ditengking. Dan anak akan kerap kali bertanya pada diri sendiri
Am I loved?
Sedih bukan bila anak tidak terucap di bibir hendak tanya pada ibu ayah tapi otak dia capture moment itu sebagai ibu ayah tidak sayang saya sudah.
Dan ada kajian mengatakan 90% ibu bapa memang guna ‘Harsh Verbal Dicipline’ untuk didik anak-anak mereka.
Sebab bila tengking sahaja anak yang kecil itu akan senyap. Alahai kesian anak.
Ads
Ibu ayah perlu faham anak mengamuk atau marah kerana pada masa itu anak sedang menggunakan Otak Reptilianya.
Masa itu anak lebih cenderung akses hanya ke bahagian otak yang suruh dia bertindak dengan apa cara sekalipun untuk dia selamat.
Am I Safe in this place?
Ads
Anak tiada atau kurang akses ke bahagian Executive atau Neurocortex yang bantu dia cari jalan penyelesaian.
Siapa yang perlu bantu cari jalan penyelesaian? Ibu bapa atau orang dewasa yang tenang.
Kita perlu sedar yang Harsh Verbal Dicipline ini banyak kesan buruk dari kesan baik
❌ Anak akan lebih tantrum
❌ Anak faham yang menjerit ini bagus. Jadi pada masa datang anak juga bakal menjerit pada kita bila tidak puas hati.
❌ Ibu ayah akan kecewa. End Up ulang cycle yang sama berulang kali.
❌ Anak mungkin tidak lagi sensitif dengan arahan ibu ayah. Bagi mereka ibu ayah akan menjerit sahaja. Saya masih dapat apa yang saya mahu.
Saya juga pernah menggunakan nada yang tinggi. Tapi nada firm dengan tengking adalah berbeza. Jom kita audit kembali nada suara kita.
Siapa kata anak kecil tak mengalami stres? Mungkin kita yang tidak perasan kerana kita terlalu sibuk menguruskan keluarga setiap hari.
Menurut Dr Putri Afzan Maria Zulkifli, hampir 1juta orang kanak-kanak di Malaysia mengalami stres. Beliau menjelaskan bahawa hal ini amat membimbangkan memandangkan 90% bahagian otak terbentuk dari 0 hingga 6 tahun. Manakala 10% lagi, yang melibatkan kognitif akan mula terbentuk pada umur 7 tahun, sehinggalah anak anda berumur 23 tahun.
Oleh itu, penting untuk kita mengesan tanda stres pada anak, terutamanya anak-anak di bawah usia 6 tahun.
Berikut adalah 7 tanda stres pada kanak-kanak yang tak patut dipandang ringan oleh ibu bapa yang dikongsikan oleh zuriat.my
Semenjak kebelakangan ini, adakah anak anda kerap menjerit ketakutan atau mengigau dalam tidur? Mimpi ngeri sekali-sekala adalah biasa. Tetapi jika terlalu kerap, ia mungkin tanda stres disebabkan suatu kejadian sehingga menyebabkan trauma seperti dibuli atau terlihat kemalangan.
Pujuk anak untuk berkongsi pengalaman tersebut dan bantu mereka untuk melupakan kejadian tersebut.
Salah satu tanda stres pada anak adalah dia akan melakukan tabiat baru yang tidak pernah dia buat sebelum ini. Antaranya ialah perbuatan berulang-ulang seperti mengigit kuku atau memintal-mintal rambut. Apabila anak mulakan tabiat buruk ini, jangan terus melenting.
Cuba cari waktu yang sesuai untuk mendalami hati anak. Perlahan-lahan tanyakan anak jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran mereka. Ceritakan juga masalah anda pada zaman kanak-kanak contohnya pada mereka supaya mereka faham yang orang lain juga punya masalah. Dengan cara ini, akan akan lebih terbuka untuk bercerita.
Anak yang mengalami tekanan cenderung untuk mengasingkan diri dari ahli keluarga lain. Mereka tidak seceria dulu dan lebih suka bersendirian di dalam bilik. Mereka juga lebih sukar untuk menceritakan masalah yang dihadapi. Mereka mungkin mengalami konflik dengan ahli keluarga lain atau di sekolah.
Jangan biarkan anak bersendirian. Libatkan anak dalam setiap perbualan dan perbincangan keluarga. Ajak dia turut serta dalam aktiviti keluarga.
Sesetengah anak sulung mungkin akan mula bertindak kasar apabila mereka mendapat adik baru. Stres boleh menjadi punca kepada perangai agresif tersebut. Selain menggigit, menendang atau memukul, mereka juga lebih kerap bercakap dengan nada yang lebih nyaring, kurang sopan dan tidak mendengar cakap.
Kita sebagai ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik pada mulanya. Tenangkan anak dan jadi pendengar yang baik untuknya. Berikan ruang untuk anak meluahkan perasaan.
Rimas betul jika anak kita suka berkepit dengan kita tidak kira masa. Sebelum ini jika kita tinggalkan sekejap ok je. Tetapi sejak kebelakangan ini, ditinggalkan sekejap, terus merengek tak tentu pasal. Macam bayi kecil pula!
Namun, jangan terlalu cepat marahkan anak. Cuba cari puncanya kerana anak yang berkelakuan begini mungkin sedang mengalami penyesuaian diri pada persekitaran yang berubah.
Perubahan lain yang terjadi pada anak adalah mereka lebih cepat emosional. Walaupun dalam perkara kecil seperti tidak boleh mengikat tali kasut sudah boleh membuatkan anak naik angin. Anak juga lebih mudah putus asa.
Perkara ini berlaku apabila anak terlalu ingin mencapai kesempurnaan (perfectionist) dan gagal menyenangkan hati kita. Hal ini mungkin terjadi kerana mereka juga ingin menyerlah seperti adik-beradik yang lain atau kita sebagai ibu bapa terlalu mendesak anak. Bina keyakinan diri pada anak dan jangan terlalu mendesak melebihi kemampuan mereka.
Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran si anak sehingga menyebabkan pencapaiannya di sekolah merosot. Dia juga sukar untuk menumpukan perhatian ketika membuat kerja rumah. Barangkali ada masalah dengan rakan sekelas atau mungkin masalah itu datang daripada kita sendiri.
Jika masalah ini berlarutan, berbincanglah dengan anak. Capai satu penyelesaian.
ANAK-ANAK PERLUKAN PERHATIAN DAN KASIH SAYANG
Walaupun dunia anak-anak semakin canggih pada hari ini, tiada satu apa pun yang dapat menggantikan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh itu, hargailah masa berkualiti bersama anak dan jangan hanya menumpukan kepada akademik atau prestasi pendidikan mereka sahaja.
Sebaliknya, didik mereka menjadi insan yang seimbang, terapkan nilai-nilai positif, dan beri masa untuk mereka menjadi kanak-kanak sebenar!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bermain adalah pekerjaan setiap anak dan fitrah mereka. Mereka belajar melalui bermain.
Jadi anak yang bijak bermain akan dapat menguasai banyak kemahiran seperti kemahiran sosial dan komunikasi, kemahiran motor halus dan motor kasar, kemahiran mengurus diri serta merangsang perkembangan emosi yang sihat.
Rangsang Deria Vestibular Untuk Perkembangan Emosi, Sosial dan Komunikasi
Deria VESTIBULAR?? Apa tu?
Deria vestibular adalah deria keseimbangan dan pergerakan. Penting untuk mak ayah rangsang deria ni lagi-lagi untuk anak bawah 5 tahun
Deria vestibular ni bantu kita untuk memanjat, berlari, naik basikal, melompat, meniti jambatan dan semua aktiviti yang melibatkan pergerakan dan keseimbangan badan tanpa jatuh.
Anak-anak yang tidak mendapat rangsangan yang secukupnya akan berkemungkinan mengalami Sensori Processing Disorder (SPD)
SPD berlaku disebabkan otak tak dapat proses input yang diterima deria. Input yang sampai ke otak mungkin diproses secara berlebihan (hypersensitive) atau tidak sampai (hyposensitive)
Ramai anak-anak seperti autism, ADHD, ADD, syndrome down dan lain-lain mempunyai isu sensori ni. Tapi, kanak-kanak tipikal pun tidak berkecuali ya. Lagi-lagi pada zaman dimana anak-anak terlebih “screening time”.
Contoh masalah SPD yang melibatkan deria vestibular:
Kategori pertama
– Tak boleh duduk diam. Contoh, bila dipaksa duduk. Anak akan goncang kaki.
– Suka buat sesuatu aktiviti yanmg laju dan bahaya. Contoh naik buai dengan laju. Sampai kita tengok pun kecut perut.
– Suka goyang badan sepanjang masa (body rocking)
– Suka melompat pada perabot macam katil dan sofa, trampoline, suka berputar pada kerusi berpusing dan macam-macam lagi perlakuan yang aktif
Kategori kedua
– Tak suka main buai, gelongsor dan lain-lain mainan
– Gayat bila kena turun tangga atau kena jalan atas permukaan yang tak rata
– Senang mabuk dalam kenderaan yang bergerak
– Sangat pasif dan kurang aktif
– Gayat atau takut bila kaki tak cecah lantai atau tanah contoh masa main buai
Jom tengok ada tak anak-anak kita yang tunjukkan ciri-ciri kat atas?
Antara aktiviti untuk rangsang deria vestibular yang boleh mak ayah buat:
– Sediakan peralatan macam trampoline atau gym ball untuk anak channel keperluan sensori dia di rumah. Dia boleh lompat atas trampoline dan bouncing atas gymball.
– Kerapkan bawak anak ke playground supaya dia dapat memanjat, naik buai, naik gelongsor
– Kalau boleh, sediakan satu ruang vestibular kat rumah. Boleh letak gymball dan trampoline kat situ. Dan boleh juga letak monkey bar
– Naik basikal
– Duduk atas kerusi goyang (rocking chair)
– Berpusing atas swivel chair
– Berenang. Aktiviti ni sangat bagus sebab dia rangsang deria lain jugak seperti proprioseptif, tactile (sentuhan), rangsang perkembangan gross motor anak jugak.
Aktiviti-aktiviti ni sangat bagus sebagai warm-up sebelum mengajar anak membaca, menulis dan mengira.
Semalam telah viral video tentang kes pukul kanak-kanak di taska menarik perhatian ramai selebriti termasuk Fasha Sandha.
Sebagai ibu kepada dua anak, Putra Rayfal, 4 tahun dan Putri Raysha Jemaima, 3 tahun Fasha Sandha amat tersentuh dengan isu ini hingga menyebabkan beliau sebak dan menitiskan air mata.
Ya Allah, kau lindungilah kedua anak2 ku, juga 3 anak buahku di Perlis daripada kekejaman cikgu sebegini. Sebak dan keluar air mata ibu tengok video ni.
Kenapakah sebegini rupa?
Pusat Jagaan xxxx? (Fasha menyatakan nama taska terbabit)
Mohon ada kesedaran bahawa tidak sepatutnya anak kecil dibuat begini, anak sendiri pun saya tampar kaki je, tak pernah lagi tampar muka. U sesuka hati tampar n cepok muka anak orang?
Posting ini menerima tontonan lebih daripada 250k. Para follower memberikan pelbagai komen menyelar tindakan pekerja taska di dalam video terbabit.
Selain Fasha, terdapat juga selebriti lain yang memuat naik video yang sama di akaun Instagram masing-masing. Antaranya ialah Erin Malek & Linda Rafar.
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.