Bayi dan kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun dengan komorbiditi atau imun yang lemah akan ditawarkan pemberian vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memulakan proses perolehan vaksin Covid-19 dengan formulasi khusus untuk kumpulan terbabit.

Beliau berkata, perkara itu antara disyorkan oleh Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) pada 3 Ogos lalu, yang membincangkan syor terkini berkaitan pemberian vaksin Covid-19 membabitkan pemberian dos primer, dos penggalak dan dos penggalak kedua.

Artikel Menarik: [Sembang Dengan Nanna, Siap Ketawa! Ramai Puji Gelagat Comel Bunga Elhaq]

Menteri Kesihatan Umum Bayi & Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun Akan Diberi Vaksin Covid-19
Sumber foto: Harian Metro

“Turut disyorkan adalah pemberian dos penggalak pertama kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dengan komorbiditi atau imun lemah bagi meningkatkan keberkesanan vaksin terhadap penyakit teruk yang disebabkan oleh varian Omicron.

“Kumpulan kanak-kanak itu berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk. Pemberian dos penggalak boleh diberikan dalam tempoh enam sehingga sembilan bulan selepas penerimaan dos vaksin terakhir,” katanya.

IKLAN

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan IGBA-MOPI 2022 di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Khairy berkata, wanita yang mengandung dikategorikan sebagai golongan rentan kerana berisiko tinggi mendapat penyakit teruk akibat jangkitan Covid-19 ditawarkan pemberian dos penggalak kedua.

IKLAN

Katanya, jangkitan Covid-19 boleh meningkatkan risiko mendapat komplikasi yang boleh menjejaskan kehamilan dan perkembangan bayi.

Menteri Kesihatan Umum Bayi & Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun Akan Diberi Vaksin Covid-19
Sumber foto: www.freepik.com

“Data sedia ada menunjukkan bahawa vaksin mRNA berkesan mengurangkan risiko untuk mendapat jangkitan teruk semasa kehamilan. Antibodi yang dihasilkan wanita mengandung mengambil vaksin turut dikesan pada bayi dan boleh membantu melindungi bayi daripada jangkitan.

Artikel Menarik: [Kalau Anak Banyak Tanya, Dia Sebenarnya Budak Pandai. Layankan Je!]

“Data keselamatan vaksin sedia ada juga tidak menunjukkan sebarang peningkatan risiko keguguran, komplikasi kehamilan dan kecacatan kelahiran atau sebarang kebimbangan ke atas aspek keselamatan bagi wanita mengandung yang menerima vaksin mRNA,” katanya.

IKLAN

Mengulas lanjut, katanya, wanita mengandung dan menyusu juga boleh menerima vaksin dos penggalak dan bagi mereka berisiko mendapat penyakit teruk akibat Covid-19 juga boleh menerima dos penggalak kedua pada bila-bila masa sepanjang tempoh kehamilan.

Artikel Menarik: [“Ada Yang Anggap Lisa Berubah Kerana Suami, Saya Cuma Restu.” – Datuk Yusry]

Beliau berkata, buat masa ini hanya vaksin Pfizer yang diluluskan untuk pemberian dos penggalak kedua kepada individu berusia 50 tahun, individu berusia 12 tahun ke atas dengan imun lemah, individu berisiko berusia 18 tahun ke atas, wanita mengandung dan petugas kesihatan.

Bagaimanapun, katanya, vaksin heterologous dengan vaksin mRNA atau vaksin vektor virus untuk dos penggalak kedua boleh diberikan kepada individu yang berisiko tinggi mendapat penyakit teruk akibat Covid-19.

Sumber: Harian Metro 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI