Menu berpantang untuk mama, semuanya sedap-sedap belaka. Buat bakal-bakal mama atau yang sedang menjalani tempoh berpantang selepas bersalin, anda tentu sedang tercari-cari menu yang sesuai untuk dimakan dalam tempoh ini. Makanan yang berkhasiat ketika menjalani tempoh berpantang selama 44 hari amat penting bagi memulihkan diri.

Mama-mama yang pertama kali bersalin, mereka pasti akan melalui emosi sebegini, ‘asyik lauk yang sama je. Mana nak dapat zat.. mana nak keluar susu ibu.’ Haa.. jangan nak nafikan, pasti akan ada kata-kata sebegini kan waktu mak-mak berpantang kali pertama.

Anda mungkin rasa lemas dengan lauk berpantang yang sangat plain, ‘zuhud’ dan sama sahaja hampir setiap hari. Sebenarnya ada saja menu berpantang bersalin yang sihat dan berkhasiat. Cuma mama perlulah kreatif mengolahnya agar tak mencampurkan makanan sejuk atau gatal yang boleh menyebabkan bentan.

Puan Nor Sofiah Hussin berkongsi menu berpantang sepanjang lebih dua minggu lepas melahirkan. Mama-mama yang sedang berpantang dan bakal berpantang pun boleh mencubanya.

Siapa kata lauk dalam pantang tak best. Sedap tu. Siap menambah lagi. Saja nak share menu dan resepi masa saya berpantang lepas 2 minggu lebih bersalin. Siapa nak share silakan. Nanti bila berpantang, boleh tengok balik.

Menu Berpantang Wajib Cuba

 

SIAKAP STIM

Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

Bahan:

Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bagi yang tak tahan boleh tukar dengan air asam jawa)
Daun ketumbar (dalam gambar guna daun bawang je sebab tak ada stok)
Garam
Gula

Cara masak:

1. Letak semua bahan atas ikan.

2. Kukus ikan sehingga masak.

IKAN BAKAR BEREMPAH

Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

Bahan:

Ikan
bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam

Cara masak:

1. Lumurkan semua bahan pada ikan

2. Bakar ikan sehingga masak.

SUP IKAN 

Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

Bahan:

Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) – lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pun boleh..(pilihan masing-masing)

Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup

Cara masak:

1. Masukkan bahan kisar, air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk

2. Masukkan sayur lobak & bunga kobis

3. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan

4. Last sekali masukkan garam dan lada hitam. Bila kuah dah mendidih boleh tutup api. Siap

5. Taburkan daun sup sebelum hidang

IKLAN

IKAN BILIS BERKUNYIT 

Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

Bahan:

Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa

Cara masak:

1. Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa

2. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk, masukkan air asam. Masak hingga mendidih.

 

KARI IKAN (TANPA SANTAN)

Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

Bahan:

Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air

Cara masak:

1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, halba campur dengan sedikit minyak.

2. Masukkan tomato dan daun kari, masak sehingga layu.

3. Masukkan kari ikan. Masak sehingga pecah minyak.

4. Masukkan air, ikan dan air asam jawa.

5. Bila ikan dah masak, masukkan garam tunggu sehingga mendidih. Siap.

SERUNDING HALIA 

Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

IKLAN

Bahan:

Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng

Cara masak:

1. Sagat halia dan perah/tapis airnya

2. Goreng halia yang disagat tadi dengan api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng, toskan minyak.

3. Campurkan halia goreng, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, garam dan lada hitam.

4. Gaul sebati dan simpan dalam bekas.

 

AYAM BAKAR BEREMPAH

Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

Bahan: 

Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu

Cara masak:

1. Gaul semua bahan bersama ayam. Perap sekejap.

2. Bakar sehingga ayam masak.

DAGING GORENG KUNYIT

Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

Bahan: 

Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air

Cara masak:

IKLAN

1. Perap daging dengan kunyit, garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit, ketepikan.

2. Masukkan daging tadi ke dalam kuali, masukkan sedikit air. Masak sehingga air daging kering dan daging empuk.

3. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Gaul sebati. Siap.

AYAM UNGKEP LADA HITAM 

Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

Bahan:

Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa

Cara masak:

1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau.

2. Masukkan serai yang diketuk, tumis hingga garing.

3. Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah banyak mana)

4. Tutup kuali dan biarkan ayam masak.

5. Bila ayam dah masak, masukkan garam, asam jawa dan lada hitam. Gaul sebati. Siap.

** Kalau tak nak tumis. Masukkan semua bahan dalam kuali. Tutup kuali, masak sehingga ayam empuk.

AYAM MASAK HALIA

Menu Berpantang Untuk Mama, Semuanya Sedap-sedap Belaka

 

Bahan:

Ayam
Halia – hiris
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Sedikit sos tiram
Air
Tepung jagung – untuk pekatkan kuah (optional)
Lada hitam
Garam
Lobak merah (optional)
Daun bawang (optional)

Cara masak:

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah & halia dengan sedikit minyak.

2. Bila dah naik bau, masukkan ayam.

3. Masukkan sos tiram, garam dan air. Masak sehingga mendidih.

4. Masukkan lada hitam, lobak dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.

5. Bila kuah dah jadi sedikit pekat. Tutup api dan masukkan daun bawang. Siap.

**Kalau tak nak tumis, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung. Renehkan sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak, masukkan tepung jagung yang dibancuh, gaul sehingga kuah sedikit pekat. Siap.

Sumber/Foto : Nor Sofiah Hussin via Mingguan Wanita 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI