Siapa kata makanan berpantang membosankan dan tidak sedap seperti makanan yang kita ambil setiap hari? Menu berpantang sememangnya dihasilkan daripada menu-menu terpilih malah merupakan menu yang sihat dan segar buat ibu yang baru melahirkan anak.
Soal bosan, tidak pedas dan tidak berempah bukan alasan. Jika kita bijak mevariasikan gabungan dalam menu, makanan berpantang selama 44 hari ini menjadi menu yang bakal dirindui selepas habis tempoh berpantang. Tak gitu?
Selain perlukan makanan untuk membekalkan susu buat bayi, makanan juga menjadi penyumbang untuk ibu kembali menjadi sihat dan cergas selepas kehabisan tenaga yang banyak ketika bersalin. Jadi ibu perlu makan lebih dengan berselera. Namun awas jangan terlebih, berat badan anda bakal naik!
Bagi memastikan berat turun lebih pantas, elakkan sama sekali minyak dalam tumisan anda. Lebihkan menu rebus dan panggang serta menu ringkas. Resipi hebat buat anda seperti di bawah:
IKAN SELAR SINGGANG
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kelar
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 batang serai -diketuk
½ inci lengkuas -diketuk
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:
1. Didihkan air dalam periuk bersama serbuk kunyit, bahan hirisan, serai dan lengkuas.
2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Biarkan masak dan angkat.
LOBAK PUTIH TUMIS KERING
Bahan-bahan:
1 biji lobak putih -dihiris nipis
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Ads
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan lobak merah dan biarkan masak sekejap.
4. Perasakan dengan garam dan angkat.
ROTI PITA TUNA
Bahan-bahan:
4 keping roti pita
1 tin kecil ikan tuna
1 biji bawang merah -dicincang halus
2 helai daun salad
4 keping hirisan tomato
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit perahan limau nipis
Mayonise secukup rasa
Cara Memasak:
1. Roti pita dibakar di atas gril sehingga menjadi cukup panas. Kemudian angkat dan potong dua.
2. Isikan setiap poket dengan sehelai daun salad dan kepingan tomato.
3. Gaulkan isi tuna bersama bawang merah, serbuk lada hitam mayones dan perahan limau nipis sehingga sebati.
4. Isikan inti tuna ini secukupnya ke dalam roti pita. Sedia dihidang.
SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan -saiz kecil
2 biji bawang kecil -dihiris
2 ulas bawang merah -dihiris
½ inci halia -dihiris
1 batang serai
2 keping asam keping
1 biji cili merah
1 biji tomato
Garam dan air secukupnya
Cara Memasak:
1. Didihkan bahan hiris bersama serai yang diketuk.
2. Masukkan ikan dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan asam keping, tomato dan cili merah serta perasakan dengan garam.
4. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Ads
SAWI TUMIS AIR
Bahan-bahan:
Sawi secukupnya
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 biji cili merah -dihiris
Minyak dan garam secukup rasa
Sedikit air
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili merah dan biarkan masak sekejap.
3. Masukkan sayur bersama air dan perasakan dengan garam secukupnya.
4. Biarkan masak sekejap dan angkat.
BUBUR NASI HALIA
Bahan-bahan:
½ cawan beras
Sedikit garam
½ inci halia -dihiris nipis dan digoreng
Air secukupnya
Cara Memasak:
1. Basuh beras bersih.
2. Biarkan dimasak lama hingga menjadi bubur.
3. Tambah air sedikit demi sedikit dan biarkan dimasak lagi hingga pekat.
4. Hidangkan bersama halia yang siap digoreng.
Ads
BOTOK ULAM IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri
8 helai daun betik
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 sudu makan air asam jawa
Sedikit santan
Garam secukup rasa
Bahan B:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 ½ sudu teh rempah kari
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga garing.
2. Kemudian masukkan sedikit santan, air asam jawa dan garam secukupnya. Biarkan masak hingga sedikit pekat.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Ambil daun pisang, susun daun-daun dan letakkan rempah yang siap dimasak dan letakkan ikan tenggiri.
5. Letakkan lagi daun dan kukus hingga masak.
IKAN SELAR BAKAR DAN AIR ASAM
Bahan-bahan:
1 ekor ikan selar
Serbuk kunyit dan garam
Bahan Air Asam:
2 biji cili padi
½ biji cili merah
1 biji bawang merah
Air asam secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit belacan
Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan selar bersama garam dan serbuk kunyit kemudian bakar hingga masak.
2. Untuk penyediaan air asam pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Hidangkan bersama ikan bakar dan nasi panas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebihan nasi semalam yang jangan pula terus dibuang, sebaliknya cuba kreatifkan dengan mencari resipi yang boleh diolah untuk sajian anak-anak. Salah satunya adalah resipi Nugget Nasi dan Jejari Ayam ini buat anak. Anak pun makin suka.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Zuriani ni nampak unik. Bukan satu resipi bahkan dua resipi boleh dihasilkan daripada lebihan nasi semalam. Ayuh cuba!
Seronok sangat kan bila kita dapat buat sesuatu yang menjadi kesukaan anak-anak, lebih-lebih lagi ia daripada bahan yang berkhasiat.
Bukan itu saja, mak-mak pun rasa lega sangat bila jumlah nasi terbuang dapat dikurangkan atau mungkin dah tiada langsung nasi terbuang! Harini saya nak kongsikan lagi resepi yang berasaskan nasi.
Nugget ni saya buat dua jenis yang berbeza rasa dan bentuk untuk memberi citarasa yang pelbagai. Disalut pula dengan rolled oat yang telah dikisar. Kalau kawan-kawan nak guna breadcrumbs pun boleh.
Bahan Asas:
600g ayam kisar
Separuh batang lobak merah dikisar
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 cawan nasi
1 cawan tepung jagung
Garam secukup rasa
1. Kisarkan dulu ayam dan lobak merah satu persatu.
2. Kemudian kisarkan nasi, bawang merah dan bawang putih bersama-sama.
3. Campurkan bahan-bahan kisar dengan tepung jagung dan garam pink sehingga mereka bergaul mesra.
Ini hasil selepas mereka diadun bersama. Banyak juga hasilnya. Untuk memberi kepelbagaian rasa dan bentuk, saya bahagikan ia kepada dua.
1 bahagian saya campurkan bersama serbuk lada hitam, daun bawang, daun sup dan chia seed. Bentukkan menjadi nugget. Nak buat bentuk love, bulat, panjang, kitty, micky pun bulihh.
Adunan ni agak melekit, basahkan tangan dengan air untuk mengelakkan adunan melekat di tangan. Kemudian, celupkan nugget yang telah berbentuk tadi ke dalam telur yang telah dipukul dan salut pula dengan rolled oat yang telah dikisar halus.
Dah jadi nugget itu, bersedialah untuk dimakan.
Ini kejadian satu bahagian lagi. Rupa itu tak penting, yang penting rasanya menggiurkan. Adunan satu bahagian ini saya campurkan dengan serbuk lada putih dan serbuk kayu manis ceylon. Tips Jejari Ayam Jadi Cantik
Untuk jadikan bentuk chicken finger yang cantik, puan-puan boleh masukkan ke dalam plastik aiskrim, bekukan seketika.
Dah beku, keluarkan dari plastik aiskrim kemudian celupkan telur dan salut pula dengan rolled oat.
Agak-agak dah lembut, bolehlah gorengkan ia. Baru lah kejadiannya seperti chicken finger.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak berbeza-beza malah cara pemakanan dan kegemaran mereka juga adakalanya berbeza. Ada anak-anak kita yang suka makan nasi tetapi sebaliknya. Memujuk anak makan apa jua makanan kesukaan tetapi berkhasiat memerlukan teknik dan cara yang tepat. Penyediaan sajian pada anak setiap hari tidak perlulah terlalu tertib dengan susunan kemas di dalam pinggan. ‘
Pelbagaikan cara kreatif dalam beraneka bentuk juga boleh menarik perhatian anak. Tidak kisah bagaimana asalkan anak makan lengkap nutrisi. Nasi Mentega Dengan Salmon Grill ini antara makanan lengkap dengan nutrisi buat anak.
Tambah menarik lagi ia disediakan di dalam cawan muffin yang mampu menarik perhatian anak. Ilham resipi daripada Puan Shahidatul Nabila ini mama boleh cuba. Sedap!
Butter Rice with Salmon Garlic Muffin
Butter Rice
1. Nasi stim
2. Lobak merah dan brokoli -distimkan
3. Unsalted butter
Campurkan semua bahan ni dalam mangkuk. Kacau sebati.
Salmon Garlic
1. Salmon
2. Garlic
3. Olive oil
4. Black pepper
Panaskan minyak Olive dan masak sebelah bahagian salmon dulu.
Terbalikkan sebelah lagi dan masukkan bawang putih. Biarkan masak sekejap sampai bertukar warna dan perasakan dengan black paper.
Satukan butter rice dengan salmon garlic ke dalam bekas aluminium foil dan tuangkan telur di atasnya. Bakar pada suhu 170 degrees selama 10 minit.
Siap!
p/s: Saya buatkan aluminium foil jadi bentuk muffin cup. Lagi senang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja choco jar pasti diantara kita yang sudah terbayangkan kerangupan bubble rice dalam coklat cair yang sedap. Terus rasa hendak cuba untuk anak-anak dan keluarga.
Tak perlu berlebih bahan, tiga bahan superb ini sudah cukup buat choco jar anda sedap. Jom cuba resipi perkongsian Mr Ali yang memang power.
Resepi Choco Jar super sedap Mr.Ali. Mudah sahaja. Tiga bahan saja.
Bahan-bahan:
500 gram bubble rice / mini cocoa crunch
500 gram chocolate ( boleh pakai dark atau milk chocolate, kalau nak senang pakai cadbury je)
70 gram minyak jagung ( digunakan untuk chocolate compound seperti brand Beryls & Van Houtten sahaja)
Sangai bubble rice atau cocoa crunch atas kuali. Sangai dalam 2-3 minit je. Nak bagicrunchy tahan lama even dah dimasukan dalam coklat nanti. Boleh pakai mana mana cereal yabg anda nak. Tapi better beli di kedai bakery je. Murah sangat. 1kg baru 10 ringgit (rujuk gambar). Dah sangai. Bagi dia sejuk dulu.
Cairkan coklat pakai kaedah double boil. Saya tahu ramai ada masalah sebab coklat akam berketul kalau pakai choc compound.
Jangan risau. Letak air panas mendidih dalam bekas besi. Terus letakan bekas kedua yang besar dari bekas dibawah yang berisi air panas. Biarkan seketika sampai coklat mencair sepenuhnya. Ini kalau nak buat kaedah manual la. Kalau nak cepat double boil atau microwave sahaja.
Kalau pakai callebaut suhu low panaskan ikot kesesuaian microwave. Biasanya 10 saat. Gaul dan masukan lagi dalam 10 saat. Tapi bergantung pada microwave masing masing. Asalkan coklat tak hangus pada permukaan. Cair dengan elok. Dah cair semuanya.
Kalau pakai CHOCOLATE COMPOUND SEPERTI BERYLS / VAN HOUTEN tambahkan minyak 70 gram minyak jagung atau canola oil atau pun minyak masak.
Dah sebatikan letak tepi bagi dia sejuk dalam 15 minit. Then letaklah bubbe rice or apa-apa cereal yang anda guna half bekas. Then lagi hald penuhkan dengan coklat. Gaulkan dan boleh terus makan!
Tapi bagi saya sedap pakai milk chocolate. Budak-budak mesti suka. Tapi jangan bagi makan selalu tau. Jarang-jarang takpe, sebab manis.
Jangan letak dalam chiller or peti. Letak suhu bilik je. Jangan letak direct cahaya matahari.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit resipi: Mr Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Kami Tak Pernah Berhenti Mencari Abang dan Keluarganya”
Kehilangan insan tersayang adalah ujian yang amat berat, apatah lagi apabila melibatkan satu keluarga yang hilang tanpa...