Siapa tak teruja dapat adik baru. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Halina, isteri kepada angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar yang baru melahirkan cahaya mata ketujuhnya minggu lalu.
Menerusi Instagramnya, Dr Halina turut berkongsi video gelagat anak kembarnya Eusoff yang pelbagai ragam.
Bahkan kongsi Dr Halina, sebaik baby Sheikh Muhammad dibawa pulang, pelbagai ragam anak-anak yang begitu teruja dengan adik baru mereka.
Pantang sahaja ditinggalkan seketika, ada sahaja kakak dan abang yang membuat cubaan untuk mencium dan sentuh, lebih-lebih lagi dua kembarnya, Emelia dan Eusoff.
“Eusoff terkenang zaman dia baby baby dulu hahah.
Ads
“First 24 hours at home was full of love and chaos! Tak boleh tinggalkan baby Muhammad sendirian. Mesti ada yang try nak kiss, sentuh dan picit,” katanya berkongsi.
Si kembar Emelia dan Eusoff tambah lucu bila mana gagal menyebut nama baby Sheikh Muhammad dengan betul.
Ads
“Lucu sangat bila Emelia dan Eusoff tak boleh lagi sebut nama baby Muhammad dengan betul.
“Tiga suku kata masih sukar lagi bagi mereka. So jadinya.. baby Hamad,” katanya lagi.
Perkongsian Dr Halina itu sudah semestinya mengundang tawa pada pengikutnya. Tak kurang juga yang turut meninggalkan pelbagai reaksi dan komen.
Ada sesetengah kanak-kanak memang mudah dijangkiti virus demam dan selesema. Sudah tentu perkara ini amat merisaukan ibu ayah. Pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran bimbang ada penyakit yang lebih serius datang menjangkiti.
Menurut Dr. Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Kanak-kanak, Pakar Laktasi & Pensyarah Pediatrik ada beberapa punca yang boleh menyebabkan keadaan ini. Merujuk kepada persoalan daripada seorang ibu, Dr Hairin Anisa menerangkan apa yang mungkin berlaku kepada si kecil yang sering dijangkiti demam dan selesema ini.
Setiap bulan anak saya yang berumur 2 tahun setengah seringkali dijangkiti selesema dan demam. Itu sangat merisaukan saya dan suami. Ada yang mengatakan anak saya kekurangan vitamin C, namun doktor yang merawat tiada pula menyatakan sedemikian. Apakah ia normal untuk kanak-kanak pada usia anak saya jika sering mengalami selesema dan demam atau saya perlu merujuk kepada pakar untuk dapatkan rawatan lanjut bagi mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya?
Diana, Terengganu.
Terima kasih atas soalan Puan.
Hampir semua bayi dan kanak-kanak tidak dapat mengelakkan daripada dijangkiti kuman seperti virus dan bakteria yang wujud dalam persekitaran termasuk udara. Mengikut kajian Eccles R. Understanding the symptoms of the common cold and influenza. Lancet Infectious Disease 2005 Nov;5(11):718–25, dalam setahun, kanak-kanak akan dijangkiti penyakit batuk dan selesema sebanyak 7 – 10 kali dalam setahun.
Maka, jika anak puan juga mengalami selesema dan demam ini adalah perkara biasa. Namun, jika anak kerap mengalami penyakit berbahaya lebih daripada 2 kali setahun, seperti jangkitan kuman di paru-paru, darah dan otak, ada kemungkinan anak puan mempunyai masalah lemah sistem imun yang perlukan ujikaji lanjut di bawah pengawasan doktor pakar kanak- kanak.
Untuk pengetahuan Puan, beberapa faktor kanak-kanak kerap mengalami masalah demam dan selesema ialah jika:
Berkenaan dengan vitamin C, sebenarnya kurang tepat informasi dinyatakan oleh Puan. Sebenarnya Vitamin C merupakan zat makanan yang penting sebagai anti-oksida yang menghalang kerosakan sel oleh bahan-bahan toksik oksida (reactive oxidative species) yang ada dalam tubuh manusia. Namun, ramai kanak-kanak yang tidak diberikan makanan yang mengandungi Vitamin C seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin C juga berperanan falam membantu penyerapan zat besi dan zink yang maksima. Maka, apabila kurang pengambilan vitamin C dalam diet, zat besi dan zink juga tidak mencukupi dan sistem imun manusia tidak kuat melawan jangkitan kuman dan mudah sembuh.
Amat disarankan kepada ibubapa untuk memastikan anak-anak makan makanan yang seimbang. Semua ahli keluarga amalkan memakan buah sitrus seperti limau, mangga atau apa sahaja yang mengandungi vitamin C yang tinggi 10 minit sebelum makan hidangan menu utama. Kehadiran vitamin C ini akan membantu penyerapan zat besi dan zink hidangan utama.
Sebenarnya, tiada keperluan untuk memberikan anak- anak ubat vitamin, suplemen tambahan sekiranya makanan yang diamalkan sentiasa seimbang setiap hari. Sebagai ibubapa, peranan utama kalian adalah untuk memujuk anak-anak menggunakan kaedah yang pelbagai cara daripada sawal 6 bulan usia mereka agar biasa dengan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Sekiranya anak Puan ada tanda-tanda alahan resdung, dapatkan rawatan lanjut dan pastikan di rumah tiada permaidani berbulu, berserat, binatang peliharaan yang berbulu, dan barang permainan yang berbulu. Sekiranya terdapat hama rumah dan bulu ini dalam sekitar rumah, ini akan menyebabkan keradangan dalam hidung berpanjangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tahu tentang skim FPP? Menariknya ibu hamil boleh bersalin bayar murah tapi layanan setaraf hospital swasta. Siapa tak mahu kan kalau boleh berjimat dengan cara yang bijak.
Rupanya bila anda pilih untuk bersalin di hospital kerajaan ada skim untuk pesakit dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Skim Pesakit Bayar Penuh (FPP) adalah cara pesakit boleh mendapat rawatan daripada pakar perubatan pilihan sendiri dan mendapat beberapa kemudahan lain bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan kemudahan sedia ada di hospital berkenaan.
Wah memang rugi kalau tak rebut peluang ini. Boleh jimat duit tapi dalam masa yang sama servis yang diterima sangat memuaskan hati. Siap boleh pilih doktor lagi.
Perkongsian daripada Puan Nurul Diana yang sedang hamil dan telah membuat pendaftaran skim FPP ini mungkin boleh membantu ibu-ibu lain yang nak cuba skim ini juga.
Alhamdulillah settle register skim FPP (FULL PAYMENT PATIENT) dekat HSA harini. Tq kat sahabat yang share posting pasal ni aritu.
Kos bersalin yang lebih murah dari hospital swasta tetapi kita boleh dapat kelebihan yang hampir sama dengan swasta. Memang okey sangat. Iyer lar…macam LD ni company tak sponsor bersalin. Jadi, nak spent duit tu kene buat kire-kire supaya tak membazir & dalam masa yang sama nak jugak rase selesa bersalin baby last ni kan…(iyer ker last
Okey ni LD share sikit kat kawan-kawan ape kelebihan bila sign up kaedah FPP ni.
1. Dapat perkhidmatan Doktor pakar & boleh pilih Doktor. So far LD pilih HSA sebab sini jer ada doc perempuan. HSI takat ni semua lelaki untuk khidmat FPP. Bile dah pilih doc, means doc tu jer yang boleh sentuh/check kita dari first sampai bersalin.
2. Laluan giliran khas untuk appointment dengan doc pakar. Boleh pilih tarikh/hari ikut convenience kita. Yang penting tak payah beratur, set jer masa & tarikh dengan doc.
3. Nikmati wad eksekutif @ kelas pertama (ikut pilihan sendiri). Tapi kat HSA tak ada wad eksekutif, the best wad kelas pertama jer. Pada LD, dah memadai wad first class. Yang eksekutif tu just ade ekstra ruang menunggu khas yang selesa untuk family (fikir balik sape jer yang tunggu aku kan..suami pun teman kat Labour room jer, iuolls bukan ct nurhalijah!
4. Dah nama first class, makan pon mesti sedap dari biasa, I loikkeee! 5. Baby lahir takde cas ekstra bilik ker ape. Free jer. If ade komplikasi, Baby akan dirawat di bawah servis/caj biasa. Hope info diatas dapat membantu.
Apa Itu Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP)
Perkhidmatan ini disediakan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
a. Taraf “swasta” di hospital kerajaan pada harga berpatutan
Kos keseluruhan rawatan hanya 25%-30% dari hospital swasta
b. Rawatan oleh Pegawai Perubatan/Pergigian Pakar Pilihan
Dilantik oleh Jawatankuasa PPBP Hospital
c. Nikmati kemudahan istimewa
Eksekutif, kelas satu atau yang setaraf
d. Harga yang kompetitif
Lebih murah berbanding hospital swasta
Ini senarai hospital yang menawarkan skim FPP
Semoga dengan adanya info ini ia dapat membantu bakal ibu ayah membuat pilihan bijak dan tidak mensia-siakan perkhidmatan yang disediakan.
Kulit bayi sangat sensitif. Dengan keadaan cuaca dan persekitaran sekarang bayi lebih terdedah kepada masalah kulit seperti ruam, keradangan kulit, kulit kepala berkerak dan sebagainya dari awal lagi. Kebiasaannya bayi terdedah kepada kerengsaan kulit dalam beberapa bulan pertama selepas kelahiran.
Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara untuk mengesan dan merawat masalah kulit bayi kerana ia penting supaya jika berlaku sebarang iritasi kulit pada bayi lebih mudah untuk merawatnya dari awal.
Ambil Perhatian Sekiranya Terjadi 4 Keadaan Ini Kepada Si Manja
Bayi baru lahir memiliki kulit yang nipis berbanding kulit orang dewasa. Jadi sangat penting untuk menjaga kulit bayi agar masalah ketidakselesaan itu dapat diatasi. Mama papa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan agar si manja terhindar daripada masalah kulit.
KULIT KERING DAN MENGELUPAS
Bayi yang baru dilahirkan akan mengalami kulit yang mengelupas dan kering. Masalah ini biasa berlaku dan dianggap normal selagi tiada kesan sampingan.
RUAM PANAS
Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian-bahagian badan bayi anda yang terdedah kepada berpeluh, seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada lipatan kulit.
Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan pakaian kain kapas longgar.
RUAM LAMPIN
Jika bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia keterlaluan.
Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.
EKZEMA
Ekzema (juga dikenali sebagai dermatitis atopik) adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala, tetapi ia boleh merebak ke lengan, kaki, dada, atau bahagian tubuh yang lain. Selepas tahun pertama kanak-kanak, ia mungkin muncul di bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. Kulit bayi akan kering dan kemerah-merahan. Dapatkan rawatan dengan segera agar ia dapat dikawal.
Bagi ibu bapa yang bimbangkan masalah kulit anak, produk Ezerra antara pilihan yang sesuai dan selamat untuk bayi dan kanak-kanak.
Mempunyai beberapa rangkaian produk kulit yang menggunakan bahan semulajadi, semestinya dapat memberi kelegaan untuk bayi dan kepuasan kepada ibu bapa. Antaranya adalah:
Ezerra Cream
Krim Ezerra diperbuat daripada bahan aktif semulajadi. Ia melegakan gatal dan kemerahan kulit yang teriritasi dan memberikan kelembapan secara intensif untuk memulihkan kulit dari kekeringan dengan selamat.
Krim Ezerra berfungsi untuk melegakan gatal & kemerahan dan kelembapan serentak, namun terbukti selamat untuk bayi pada usia 2 minggu. Formula unik Krim Ezerra (campuran Stimu-tex AS, Saccharide Isomerate) terbukti berkesan melegakan kegatalan dan kemerahan (oleh stimu-tex AS); serta membantu memulihkan halangan kulit dengan pelembapan intensif (oleh saccharide Isomerate).
Ezerra Extra Gentle Cleanser
Ezerra Extra Gentle Cleanser Pembersih Gentian 3X yang dibuat dengan bahan aktif semulajadi. Ia membersihkan dan melembapkan kulit kering dengan selamat.
Ezerra Extra Gentle Cleanser berfungsi untuk membersihkan dan melembapkan secara serentak, dan selamat untuk kulit bayi dan boleh digunakan juga untuk bayi yang baru lahir. Ezerra Extra Gentle Cleanser adalah agen pembersih yang unik mengandungi ekstrak Amisoft dan mampu membersihkan kulit dengan berkesan tanpa mengeringkan kulit tetapi mengekalkan kulit lembap. Dalam pembersih ini juga mengandungi Stimu-tex AS, yang terbukti berkesan dalam melegakan kegatalan dan kemerahan (oleh stimu-tex AS).
Istimewanya untuk ibu bapa yang memilih rangkaian produk Ezerra ini, anda layak untuk mendapatkan promosi Ezerra Purchase and Redeem. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai penebusan hadiah layari: https://bit.ly/39Vdl4s
Setiap pembelian produk Ezerra sepanjang bulan April anda layak untuk menebus beberapa koleksi hadiah barangan bayi dan kanak-kanak yang menarik secara mingguan.
Bahaya mercun terhadap kanak-kanak sering dipandang ringan. Ketahui risiko sebenar, kesan kecederaan dan langkah keselamatan penting untuk ibu bapa ketika musim perayaan.