“Mewah Rasa Coklat, Makan Pula Sejuk-Sejuk.” Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak

Share

Menu yang berasaskan coklat atau milo antara yang menjadi pilihan anak-anak. Antara yang boleh mama cuba adalah resepi Puding Roti Coklat Milo. Ini antara resepi yang senang untuk disediakan dan pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Rasanya yang lembut dan lebih enak dimakan sejuk-sejuk membuatkan anak turut menyukai menu pencuci mulut ini.

Kalau sebelum ini anda hanya pernah mencuba resepi puding roti biasa, kali ini anda boleh cuba resepi puding roti coklat milo yang dikongsi Iedaa Jahaya ini.

BACA JUGA [Kek Sarang Semut Tanpa Perap. Ini Tipnya Nak Dapat Tekstur Cantik, Mudah Sangat!]

[Ayam Goreng Lebih Sedap Campur 3 Bahan Ini. Garing Di Luar Juicy Dalamnya!]

Resipi Puding Roti Coklat Milo

1 paket agar-agar serbuk bahagi kepada dua. Untuk lapis atas bawah. Loyang 6 inci. Nak guna acuan pun boleh.

Bahan agar-agar:

1/2paket agar-agar serbuk
450ml air
5sdb susu pekat
70g coklat masakkan

Cara membuatnya:

1. Campur dan sebatikan semua bahan dulu sebelum dimasak. Api sederhana, kacau hingga membuak-buak. Tutup api.

2. Ambil 1 sd adunan coklat renjiskan atas loyang dan biarkan seketika.

Bahan Adunan Milo:

1/2paket agar-agar
2sdb milo 1sdk serbuk koko van houten. Bancuh dengan air suam tuang masuk dalam blender
2keping roti potong-potong atau carik je pun boleh
3sdb susu pekat
5sdb gula..kurang manis tambah je lagi
450ml susu cair atau susu segar

Cara membuatnya:

1. Blend semua bahan. Tapis masuk periuk dan masak hingga mendidih. Tutup api.

2. Tuang ke dalam loyang yang dititis adunan coklat tadi.

3. Biarkan mengeras sekejap. Baki adunan coklat tadi dimasak kembali supaya mencair.

4. Kacau-kacau hingga adunan mencair.

5. Bila cair tutup api. Tuang perlahan-lahan atas lapisan milo. Masuk dalam peti sejuk

6. Bila dah keras keluarkan perlahan-lahan dari loyang. Potong. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba

Kredit: Iedaa Jahaya

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

IKLAN