Mia Ahmad kongsi wajah anak ke empat, Sayf Ibrahim nama diberi. Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak keempat yang merupakan bayi lelaki pada Mei lalu.
Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi merupakan isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi.
Mia Ahmad Kongsi Wajah Anak Ke Empat, Sayf Ibrahim Nama Diberi
Dalam satu hantaran dilaman Instagramnya, Mia Ahmad berkongsi wajah anak ke empatnya itu.
“Dengan izin Allah SWT, kami teruja untuk mengumumkan bayi ke-4 kami, Sayf Ibrahim Bin Mohd Izham Tarmizi,” – tulis Mia di ruangan kapsyen.
Perkongsian Mia mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen warga maya:
Untuk rekod Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Sebelum ini Mia dan suami telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani.
Sebab terlalu takut… anak belajar menipu. Betul ke parenting style yang garang boleh jadikan anak lebih memberontak dan menipu sebab mak ayah garang?
Kalau ikut logik, mak ayah yang tegas dan garang ni biasanya fikir mereka tengah “mendidik”. Tapi realitinya, bila anak diasak dengan bebelan, marah, jeritan setiap hari, dia bukan makin insaf… dia makin pandai sorok. Benda ni bukan main-main, sebab kesan dia boleh sampai ke tahap anak jadi takut nak buka mulut, dan akhirnya pandai menipu semata-mata nak elak kena marah.
So mak ayah, cuba refleks sikit. Kalau anak dah mula diam je, atau makin menjauh… mungkin dah sampai masa untuk kita slow down. Ubah nada. Buka ruang.
Sebab anak yang takut mak ayah, mungkin dengar cakap… tapi anak yang percaya dan rasa selamat dengan mak ayah, dia bukan je dengar – dia hormat, dia terbuka, dan dia jujur.
Tak salah nak disiplinkan anak. Tapi jangan sampai hilang hubungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gambar tular, lelaki mengaku tidur atas kubur ibunya, “Ya Itu Memang Saya.” Baru-baru ini tular gambar seorang lelaki tidur di atas kubur. Berikutan itu seorang penghantar makanan, Abdul Azim Hasmandi, 28, mengaku itu dirinya.
Sebelum ini tular sekeping gambar di TikTok memaparkan lelaki itu sedang berehat dan baring bersebelahan pusara ibu tercinta. “Tidur di kubur arwah mak, ya itu memang saya,” akui Abdul Azim.
Pemuda itu berkata, dia tidak tahu-menahu tentang hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok melainkan kawan-kawan sekerja memberitahunya.
Menurut anak kedua dari empat adik-beradik itu, pemergian ibunda tersayang, Norlia Mahmood, 62, sekitar Jun lalu masih meninggalkan kesan mendalam sehingga hari ini, membuatkannya sentiasa ingin menziarahi kubur demi melepaskan rindu.
“Arwah meninggal dunia kerana kemalangan motosikal pada pagi Jumaat sebab nak elak seorang pejalan kaki ketika pulang membeli barang basah untuk meniaga nasi lemak di Bandar Baru Bangi.
“Sebenarnya, ia salah satu cara untuk saya merasa dekat dengan umi selain sedekah Al-Fatihah dan baca Yasin sebab saya memang rapat dengan arwah. Kadang-kadang teringatlah pada dia.
“Banyak perkara tak dapat buat semasa dia hidup, jadi ini inisiatif saya sendiri seperti luang masa di kubur, bersihkan pusara, borak dan teman arwah. Sekurang-kurangnya rasa dekat walaupun berbeza alam,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum itu, sekeping gambar dimuat naik seorang pengguna TikTok, Su Ahmad menampakkan Abdul Azim tidur bersebelahan kubur ibunya hingga mengundang reaksi sayu warga maya.
Hantaran tersebut turut mendapat lebih 292,200 tanda suka, 13,000 perkongsian dan lebih empat juta tontonan setakat ini.
Ditanya mengenai penerimaan dan tanggapan dilemparkan terhadapnya, Abdul Azim berpandangan, adik-beradik yang lain terkejut apabila mengetahui dia sering berehat di kubur ibunya.
Bagaimanapun, jelasnya, dia sudah lama reda dengan ketentuan Ilahi sejak hari pertama arwah terbaring kaku di pinggir jalan sewaktu kemalangan, namun tidak dinafikan rindu yang paling berat adalah apabila kehilangan ibu.
“Adik-beradik dan ahli keluarga saya yang lain pun tak tahu saya selalu baring di kubur. Ada yang terkejut, ada juga yang marah. Tetapi, saya tak hirau kerana cara kita bersedih atau hadapi kehilangan berbeza-beza.
“Jadi, macam-macam cara untuk ‘tapis’ kesedihan itu. Kalau buat perkara lain, saya tak mampu. Nak tak nak kena reda sebab ini cara saya hilangkan kesedihan.
“Saya dah tak dapat bercakap, lihat depan mata atau dengar gelak tawa umi selepas ini,” ujarnya lagi.
Rumah dengan barang minima pastinya nampak lebih kemas dan tersusun. Bahkan pandangan mata juga tambah selesa.
Namun ada dikalangan kita terutama golongan ibu yang masih menyimpan barangan tidak perlu dan bersifat toksik ini di dalam rumah.
Sudahnya rumah nampak berserabut dan tidak kemas. Jadi belajarlah melepaskan barangan yang tidak perlu ini kepada orang lain yang lebih memerlukannya.
Pakaian
Bila dibuka almari di rumah pasti ada baju, seluar dan tudung yang sudah tidak dipakai lagi tapi terus disimpan kemas di dalam almari. Masukkan sahaja dalam kotak dan jual sebagai barangan ‘preloved’.
Altenatif lain boleh sahaja mendermakan kepada yang memerlukan. Tak perlu disimpan lagi!
Alat solek dan penjagaan diri
Kalau perasan di meja solek kita pasti ada barangan alat solek yang sudah tidak digunakan malah telah tamat tarikh luputnya tetapi sayang hendak dibuang. Rumah kita bukan muzium jadi buang sahaja alat solek dan penjagaan diri yang lama.
Barangan elektrik
Ini satu hal lagi. Pergilah ke mana-mana rumah pasti ada perkakasan elektrik yang dibiarkan terabai tanpa digunakan untuk tempoh lama. Berikan sahaja kepada mereka yang amat memerlukan. Jangan simpan lama-lama.
Bekas makanan
Bekas makanan plastic antara koleksi wajib ada bagi mak-mak. Apa kata sisip hanya bekas makanan yang benar-benar diperlukan sahaja di rumah. Selebihnya buang sahaja. Tabiat menyimpan bekas-bekas makanan ini perlu dihapuskan. Dapur nampak sangat sesak!
Prop hiasan
Jangan terkejut ada rumah yang masih menyimpan hiasan-hiasan lama seperti bekas hiasan dari majlis perkahwinan atau hiasan-hiasan kecil lain yang tidak perlu. Apa kata buang sahaja nampakkan perbezaannya. Barang-barang kecil ini selain memerangkap habuk turut juga membuatkan pandangan jadi semak.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.