Ramai ibu menyusu yang risau apabila memiliki payudara bersaiz kecil, bimbang tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi terutama bagi ibu yang baru lepas melahirkan anak.
Bimbang tidak dapat memberikan susu yang banyak pada bayi di dalam pantang. Namun, adakah saiz payudara benar-benar mempengaruhi jumlah susu yang dihasilkan?
Tak perlu khuatir kerana menurut kaunselor laktasi, Pn Nad Masrom, saiz payudara ibu tidak menentukan jumlah susu yang dihasilkan.
Saiz payudara ditentukan oleh jumlah tisu lemak, manakala penghasilan susu bergantung kepada tisu kelenjar susu (alveoli). Tisu kelenjar susu, khususnya alveoli, adalah struktur penting dalam payudara yang bertanggungjawab untuk menghasilkan susu ibu.
Oleh itu, ibu tak perlu risau dengan payudara kecil kerana masih mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka.
Ads
Tambah Pn Nad lagi, saiz payudara langsung tidak mempengaruhi jumlah susu yang dihasilkan. Tidak semestinya payudara besar menghasilkan lebih banyak susu, dan payudara kecil menghasilkan susu yang sedikit. Ia mitos semata-mata!
Faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan susu ibu
Beberapa faktor yang mempengaruhi penghasilan susu ibu termasuklah:
* Kekerapan penyusuan
Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan.
* Teknik penyusuan yang betul:
Pelekatan bayi pada puting payudara ibu yang betul membantu merangsang penghasilan susu lebih baik.
Ads
* Pemakanan dan hidrasi
Pengambilan makanan seimbang dan air cukup penting untuk penghasilan susu. Jadi minumlah air yang mencukupi setiap hari demi menghasilkan susu yang banyak untuk bayi.
* Rehat dan pengurusan stress
Ibu yang cukup rehat dan kurang stres cenderung menghasilkan lebih banyak susu. Mood tenang dan gembira boleh merembeskan hormone sekaligus menghasilkan susu lebih banyak.
Tips untuk ibu dengan payudara kecil
Bagi ibu yang memiliki payudara kecil, berikut adalah beberapa tips untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi:
Ads
* Susukan bayi dengan kerap
Setiap 2–3 jam atau mengikut permintaan bayi.
* Pastikan pelekatan yang betul.
Jika keliru, dapatkan bantuan pakar laktasi jika perlu.
* Pemakanan seimbang
Amalkan diet yang kaya dengan nutrien dan air yang mencukupi. Tak perlu berdiet kerana pemakanan yang baik dan seimbang turut memberi lebih khasiat pada bayi yang menyusu.
* Rehat yang cukup
Tidur dan rehat yang mencukupi membantu penghasilan susu lebih banyak.
* Elakkan stress
Paling penting ibu tak perlu stress jika ada waktunya susu menurun atau sedikit. Pengurusan stres yang baik penting untuk kesihatan ibu dan penghasilan susu.
Kesimpulannya saiz payudara bukan penentu jumlah susu yang dihasilkan. Ibu dengan payudara kecil masih mampu menyusukan bayi mereka dengan jayanya. Yang penting adalah teknik penyusuan yang betul, kekerapan menyusu, dan penjagaan kesihatan ibu secara keseluruhan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenal bayi cukup susu adalah perkara penting yang perlu difahami oleh setiap ibu. Semangat ibu belajar menyusu bukan sekadar kisah tentang susu, tetapi tentang kekuatan, kasih sayang, dan ketabahan seorang wanita yang belajar memahami tubuhnya demi anak tersayang.
Tidak semua ibu terus pandai menyusu sebaik melahirkan. Ramai yang menangis, rasa gagal, bahkan ada yang hampir putus asa. Namun di sebalik cabaran itu, ada semangat luar biasa semangat untuk terus belajar dan berjuang.
Menyusu bukan hanya memberi susu, tetapi perjalanan penuh kasih, emosi, dan keikhlasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Menurut perkongsian di Threads, Puan. Nad Masrom, Kaunselor Laktasi d ramai ibu baru tidak sedar tanda-tanda sebenar sama ada bayi mereka mendapat susu yang mencukupi atau tidak. Berikut ialah panduan penting yang boleh dijadikan rujukan oleh semua ibu menyusu:
Pn. Nad menasihatkan agar ibu tidak cepat panik jika rasa susu “tak cukup”. Penghasilan susu sebenarnya bergantung pada konsep supply and demand lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Jika ibu jarang menyusu atau kerap gantikan dengan susu formula tanpa sebab, kelenjar susu akan kurang aktif menghasilkan susu.
Pn. Nad menekankan bahawa penyusuan bukan sekadar soal nutrisi, tetapi juga hubungan kasih antara ibu dan anak. Setiap kali bayi menyusu, hormon kasih sayang (oxytocin) meningkat menjadikan ibu lebih tenang, sabar dan dekat dengan bayinya.
Beliau turut menegaskan bahawa tubuh wanita diciptakan dengan keajaiban tersendiri. Susu ibu adalah rezeki paling suci dan lengkap mengandungi antibodi, nutrisi dan tenaga yang tidak dapat ditiru oleh mana-mana susu formula.
Walaupun perjalanan ini kadang terasa panjang dan mencabar, setiap tangisan, peluh, dan kegigihan ibu menyusu adalah bukti cinta luar biasa. Semangat ibu belajar menyusu melambangkan kasih sejati sabar, tabah, dan penuh harapan untuk melihat si kecil membesar dengan sihat.
Setiap titis susu yang diberi adalah tanda cinta yang tidak terhingga. Semoga semua ibu di luar sana terus kuat dan yakin bahawa mereka sedang melakukan sesuatu yang sangat istimewa untuk anak mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali menyusukan bayi, mungkin kita sudah terbiasa menukar posisi menyusu di kedua belah payudara kiri dan kanan. Hakikat hal ini tidak perlu.
Menurut kata Dr Muhammat Izzat Abdul Razak, Doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan, ketika menyusu tidak perlu menukar kiri dan kanan kerana kedua-dua belah payudara menghasilkan susu awal (Foremilk) dan susu akhir (Hindmilk) yang juga sama. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Ibu yang menyusu badan selalu tanya kat saya;
“Betoi ka Dr, breast belah kanan tu bagi makanan kat baby, breast belah kiri bagi minuman? So, lepas bagi susu (belah kanan ) kena tukar site ( belah kiri ) pula”
Tak betoi!
Kedua-dua breast adalah sama dan kedua-dua breast hasilkan susu awal ( Foremilk ) dan susu akhir ( Hindmilk ) yang juga sama.
Tak kisah la baby isap susu 1 minit atau 25 minit per sesi, kedua-dua sesi tetap ada foremilk dan hindmilk.
Foremilk ni susunya kurang kandungan lemak dan kalori rendah, manakala bahagian berlemak dan penuh krim lebih pada hindmilk. Disebabkan kandungan lemak yang tinggi pada hindmilk, susu ni amek masa untuk travel dalam kelenjar susu.
Bahasa mudah; Foremilk : susu rendah lemak ( skim milk ), Hindmilk : susu tinggi lemak ( full cream milk ) – macam dessert untuk babies.
Kalau sekat masa purposely untuk pastikan baby dapat ‘makanan’ belah kanan, dan ‘minuman’ belah kiri – proses penyusuan boleh terganggu, ada kemungkinan hindmilk kurang sampai ke baby dan baby tak kenyang, ataupun baby minum foremilk terlampau banyak ( foremilk and hindmilk imbalance ).
Maka, takyah susah-susah tukar breast kiri dan kanan masa menyusu. Biarkan baby hisap sampai berapa lama dia nak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita semua tahu mengenai kebaikan penyusuan susu ibu sama ada pada anak mahupun ibu itu sendiri. Tetapi tahukah anda, susu badan juga boleh mengurangkan risiko obesiti pada si manja?
Kebaikan penyusuan susu ibu
Penyusuan susu ibu sememangnya memberikan banyak faedah. Sebelum ini pun, sudah ada yang mengatakan kaitan susu badan dengan peranannya mencegah masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak.
Cuma, bukti yang diperolehi tidak begitu jelas dan agak kabur. Pun begitu, berdasarkan penyelidikan terkini mengesahkan, penyusuan secara eksklusif kepada anak yang terdedah dengan risiko obesiti secara genetik boleh memberikan kesan yang baik.
Ini terutamanya apabila melibatkan aspek nilai indeks jisim badan (BMI) ketika dewasa kelak. Melalui kajian yang dijalankan menunjukkan, penyusuan susu ibu secara terus atau langsung daripada payudara kepada bayi dapat mengurangkan risiko obesiti pada tahap terendah.
Penyusuan itu perlulah dilakukan untuk tempoh 3 bulan pertama kehidupan si kecil.
Kajian mengenai susu badan & risiko obesiti
Kajian tentang manfaat susu badan dalam menurunkan masalah kegemukan ini melibatkan sekumpulan 5,266 bayi yang mempunyai risiko genetik mengalami obesiti yang tinggi.
Risiko obesiti
Dalam penyelidikan tersebut mendapati bayi yang mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk tempoh 5 bulan pertama kehidupan mempunyai pengaruh besar dalam mengurangkan BMI.
Malangnya, kebaikan susu badan ini hanya dapat dinikmati oleh bayi yang diberikan penyusuan secara eksklusif untuk tempoh 3 bulan pertama kehidupan.
Manakala, bayi yang diberikan penyusuan campuran – susu formula dan susu ibu – tidak mendapat manfaat perlindungan yang sama.
Masalah kegemukan kanak-kanak
Obesiti, walaupun dialami pada zaman kanak-kanak, tetap boleh menyebabkan keadaan yang mengancam nyawa seperti masalah diabetes atau penyakit jantung.
Kebanyakan pakar bersetuju bahawa pemberian makanan yang diproses, peningkatan jumlah masa yang dihabiskan untuk bermain permainan video atau menonton TV dan isu kegemukan dalam kalangan ibu bapa sebagai antara penyebab utama obesiti kanak-kanak.
Pun begitu, salah satu penyebab utama kegemukan kanak-kanak adalah faktor genetik kanak-kanak. Menurut pakar pemakanan pediatrik, seorang bayi boleh mempunyai kecenderungan untuk berdepan masalah obesiti disebabkan faktor genetik.
Ini terutamanya jika terdapat ahli keluarga terdekat seperti ibu, ayah, adik-beradik atau datuk nenek berdepan masalah kegemukan atau mengalami isu dengan pengurusan berat badan.
Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk membendung risiko obesiti kepada kanak-kanak. Antaranya adalah melalui penyusuan susu ibu yang boleh dilakukan mulai hari pertama kehidupan anak.
Susu ibu juga dipercayai dapat membantu menjaga nilai BMI anak anda walaupun terdapat komponen genetik melibatkan obesiti dalam keluarga.
Tetapi bagaimana penyusuan susu ibu secara eksklusif boleh mengurangkan peratusan risiko obesiti?
Penyusuan susu ibu vs kadar obesiti
Mesti ada dalam kalangan anda yang ingin tahu hubungan antara proses penyusuan secara eksklusif dengan penurunan risiko anak untuk mengalami obesiti, kan?
Mulanya, hubungan antara kedua-dua perkara ini kelihatan agak kabur. Pun begitu, 2 sebab ini dipercayai faktor utama menyebabkan bayi yang diberikan penyusuan susu badan mempunyai kadar BMI lebih rendah ketika dewasa nanti.
Pertamanya, susu badan secara positifnya dipercayai boleh mempengaruhi bakteria usus. Secara asasnya, ia menyokong pertumbuhan bakteria sihat di dalam semua sistem pencernaan tubuh.
Sebahagian bakteria usus ini mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam perkara seperti metabolisma tenaga, fungsi gen serta sistem imun.
Mempunyai mikrobioma usus yang sihat – campuran bakteria, virus, dan kulat hidup dalam sistem pencernaan tubuh – dilihat dapat mempengaruhi berat badan seseorang individu ketika meningkat dewasa.
Sebab yang kedua, bagaimana penyusuan susu ibu boleh menjadi penyebab kepada penurunan BMI adalah berkaitan dengan aspek mekanik.
Jika anda boleh mengingati bagaimana penyusuan badan berfungsi, jelas bahawa bayi yang bertanggungjawab terhadap berapa banyak susu yang akan diminum dan bila.
Bayi akan menyusu mengikut keperluan tubuhnya. Lama-kelamaan, jumlah susu yang dihasilkan juga akan bersesuaian dengan permintaan bayi.
Sebaliknya, bayi yang menyusu dengan susu botol, selalunya ibu bapa akan ‘memaksa’ si manja menghabiskan susu dalam botol, walaupun jumlah yang dibancuh melebihi keperluan mereka.
Perbuatan ini secara tidak langsung memberikan maklum balas kepada tubuh bayi bahawa mereka harus terus makan walaupun tidak lapar.
Peranan ibu bapa
Semestinya ibu bapa bertanggungjawab dalam mengatasi masalah obesiti pada kanak-kanak yang berisiko secara genetik.
Berikut adalah 4 perkara dapat anda praktikkan untuk memberi anak permulaan yang terbaik dalam hal kesihatan sepanjang hayat:
Pemakanan seimbang
Jadi contoh terbaik dalam aspek pemakanan sihat. Masukkan banyak buah dan sayuran segar ke dalam diet keluarga anda. Jadikan ia sesuatu yang menyeronokkan dengan memberikan anak peluang memilih beberapa resepi untuk dicuba
Hadkan makanan yang diproses, gula tinggi dan lemak tepu. Pengambilan garam, gula, dan lemak yang tinggi dalam makanan ini selalu menjadi punca peningkatan risiko obesiti pada masa kanak-kanak
Buatkan anak-anak aktif. Libatkan mereka dalam sukan pada usia muda, dan tunjukkan minat terhadap sukan mereka. Lakukan aktiviti bersama keluarga seperti menaiki basikal atau berjalan kaki bersama. Sediakan juga permainan aktiviti fizikal yang menyeronokkan di rumah
Jangan mempermainkan isu berkaitan makanan. Ia tidak boleh dijadikan ganjaran ataupun hukuman
Jika terdapat sebarang pertanyaan, dapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor pakar untuk langkah pencegahan yang lebih baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.