Ramai ibu mengeluh, orang suka banding-bandingkan saiz badan bayi mereka. Ada yang salahkan susu ibu sebab tak berkualiti dan anak tak tembam.

Menerusi perkongsian Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom, beliau ingatkan ibu-ibu jangan terlalu nak bandingkan saiz badan anak dengan memberi tanggapan negatif yang mungkin boleh mengguris hati si ibu.

Dalam gambar ni, bayi saya dan sahabat saya Shuhadak Zaidun sebaya. Beza usia bayi kami cuma tiga hari. Bayi kami menyusu susu ibu sepenuhnya. Nama pun lebih kurang sama. Bayi saya Ali, bayi kawan saya Aali.

Tapi lihatlah saiz badan bayi kami. Tak sama kan. Bayi saya kecil dan dari dulu orang akan kerap bandingkan anak-anak saya dengan orang lain. “Kecilnya… tak campur susu ke?”

IKLAN

“Tak Campur Susu Ke?” Jangan Risau Bayi Menyusu Badan Kecil, Janji Sihat!

Tapi biasanya saya tak ambil peduli. Asalkan isu berat bukan masalah utama (melalui check up bulanan). Jadi kenapa nak risau orang lain banding-bandingkan saiz anak kita kan?

Setiap perkembangan dan tumbesaran bayi menyusu berbeza. Paling penting, bayi dapat menyusu dengan baik (posisi, lekapan, asas penyusuan adalah betul) dan sebaik sahaja bayi mencecah usia enam bulan, dia sudah mula diperkenalkan dengan makanan.

Ketika bayi sudah melepasi usia setahun, biasanya dia sudah banyak makan tetapi masih bergantung kepada susu. Ada sesetengah bayi, badannya kecil dan tidak terlalu berat. Ada pula yang sebaliknya.

IKLAN

“Tak Campur Susu Ke?” Jangan Risau Bayi Menyusu Badan Kecil, Janji Sihat!

Apa pun dapatkan nasihat daripada doktor masing-masing dan paling penting doktor yang menyokong penyusuan susu ibu dan bukan terus salahkan susu ibu yang menyebabkan anak kita nampak kecil.

IKLAN

Nak besar macam mana lagi kan kalau baka mak ayahnya kecil (dulu). Sekarang saya dah tak berapa kecil

Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
#nadbreastfeedinginfo

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI