Pernah terjadi tak bila kita menyusu badan, payudara yang sebelah lagi juga kadang-kadang akan mengeluarkan susu. Jika banyak sampai menitik-nitik kena habis basah satu baju. Tapi kalau tidak ditadah agak sayang sebab terbuang.
Milk Collector digunakan pada payudara yang tidak digunakan untuk menyusu. Katakan anda menyusu pada payudara sebelah kiri, maka boleh gunakan milk collector pada payudara sebelah kanan. Namun ada ibu-ibu yang menjadikan Milk Collector sebagai pam susu (breastpump). Menurut Perunsing Laktasi,Dr Nurhaya Yacob – Milk Collector tidak mengosongkan payudara. Kenapa? Baca penerangan daripada Dr. Nurhaya.
Milk collector atau juga di kenali sebagai alat tadahan susu ini seolah-olah menjadi salah satu peralatan wajib yang di miliki calon Ibu. Milk collector bukan mesin perahan,(breastpump).
Ia berfungsi sebagai alat tadahan susu pada payudara satu lagi apabila ibu sedang menyusui.Seolah-olah tandem nursing. Tujuanya hanyalah sebagai alat tadahan susu yang “bocor” pada payudara yang tidak di susui. Terutama diawal-awal kelahiran.
Ia tidak mengosongkan payudara. Rangsangan payudara perlu ada pada payudara satu lagi, baik menyusui bayi mahupun memerah menggunakan tangan atau sedang mengurut payudara yang sedang bengkak. Di bawah ini saya serta kan rajah satu persatu cara menggunakan alat tadahan susu ini.
Ads
Ads
Namun perlu di ingatkan, Ia hanya salah satu cara menggunakan. Key point yang paling penting, ibu selesa.
Ads
Terdapat pelbagai jenama milk collector di pasaran. Jadi rambang mata nak pilih yang mana. Dari yang harganya belasan ringgit sehingga la ratusan ringgit.
Apa yang membezakan setiap milk collector adalah gred siliconnya. Ada yang mudah menggeleber, atau berubah bentuk apabila dicuci. Ada yang gagah walaupun sudah sampai anak ke 2 3. Bezanya adalah kualiti. Suctionnya ok sahaja mana-mana pun.
Semoga bermanfaat!
Mengatasi masalah payudara “bocor” dikala menyusu.
Semua ibu yang mempunyai anak sudah tentu mahu memberikan anak tersayang susu ibu sebagai permulaan makanan terbaik untuk mereka.
Namun perjalanan menyusukan anak bukan berlaku secara semula jadi tanpa sebarang persediaan mental, fizikal dan material.
Jika mahu berjaya memberikan susu ibu kepada anak anda selama tempoh dua tahun, maka carilah ilmu penyusuan daripada mereka yang pakar dan bertauliah.
Selain persediaan mental, persiapan peralatan penyusuan juga penting untuk menjayakan proses penyusuan.
Kaunselor Laktasi, Nad Masrom berkongsi tips memilih alatan penyusuan yang menjadi salah satu faktor berjaya menyusukan anak.
Antara peralatan penyusuan yang boleh ibu buat persiapan untuk ada atau tambah jika perlu:
1. Pam susu
2. Cooler bag / cooler box
3. Ice pack yang mencukupi
4. Storage bottle / storage bag
5. Nursing cover / baju menyusu
Tapi bukan sekadar ada peralatan penyusuan sahaja ibu terus boleh berjaya. Paling penting adalah ilmu dalam mengendalikan peralatan dengan betul.
Sebagai contoh, jika ibu dah gunakan breast pump tapi masih alami masalah penghasilan susu, mungkin corong breastpump yang salah ukuran atau cara guna pam yang tak efektif adalah puncanya.
Antara masalah lain yang disebabkan oleh pemilihan corong pam dan cara guna pam yang tidak betul ialah:
1. Breast masih rasa penuh/berat/tak lembut lepas memerah
2. Puting melecet
3. Rasa sakit setiap kali pam
4. Susu sikit tapi bila marmet sush keluar banyak
5. Dah pam lama pun, susu still tak meningkat
Ibu menyusu juga kena bersedia dengan perkara tak terjangka.
Mahirkan diri dengan teknik marmet. Kerana ia sangat membantu bila part breast pump rosak/tertinggal/atau perlu diganti.
Untuk mengetahui banyak lagi tip penyusuan yang akan dikongsi oleh Nad Masrom dan lain-lain speaker seperti Dr Maiza Tusimin, Ika Nabella, Muhammad Noor dan selebriti mama Raja Farah, jom daftar nama anda sebagai peserta webinar.
Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yg menyerupai lapisan dalam rahim ( endometrium ) terdapat di luar rahim seperti tempat di sekitar rahim, ovari, dan tiub fallopian. Sangat biasa ditemui – 1 dalam 10 wanita mengalaminya. Kalau mak atau adik beradik perempuan ada endometriosis ni, selalunya anda akan ada juga.
Endometriosis – Penyakit Hantu
Masalah endometriosis ini akan mempengaruhi kesihatan reproduktif wanita. Boleh menimbulkan kesan jangka panjang pada kesihatan emosi dan aktiviti harian seseorang wanita.
Apakah simptom-simptom endometriosis?
Simptom biasa yang dialami pesakit termasuklah sakit pada pelvis, haid yang tak teratur atau kadang-kadang banyak. Untuk mereka yang dah berkahwin, mengalami kesakitan ketika membuat hubungan seks dan sesetengahnya ada masalah kesuburan.
Ada pesakit mengalami sakit berkaitan dengan usus, pundi kencing, bahagian belakang, peha atau sebahagian kaki. Walaupun begitu, ada je orang yang ada endometriosis ni takda apa-apa simptom langsung.
Lazimnya sakit disebabkan endometriosis ni berlaku dalam corak atau pola yang sama – jadi teruk sebelum atau semasa period. Ada perempuan yang mengalami sakit setiap masa tapi ada sesetengah perempuan pula, sakitnya datang dan pergi. Sakit ini akan hilang atau jadi berkurangan apabila wanita ini mengandung.
Apa sebabnya endometriosis?
Sebab sebenar tidak diketahui, sehinggakan cikgu saya di Universiti pun menggelarkan endometriosis ini sebagai “PENYAKIT HANTU” – maksud beliau tiada siapa yang faham apa sebenarnya penyakit endometriosis.
Walaubagaimanapun kita faham bahawa tisu atau sel endometrium yang berada di luar rahim ini akan memberikan respon yang sama seperti dinding rahim terhadap perubahan hormon yang berlaku pada setiap kitaran haid. Maka jika berlakunya luruhan dinding rahim pada setiap kitaran haid, perkara yang sama berlaku juga pada sel-sel tisu rahim yang berada di luar rahim ini.
Pendarahan ini menyebabkan sakit, inflamasi, pembentukkan parut dan seterusnya merosakkan organ-organ dalam pelvis. Sama konsepnya macam bila kita ada luka terkoyak, parut akan terbentuk kemudiannya sebagai langkah semulajadi penyembuhan, sama gak apa yang berlaku pada mereka yang ada endometriosis ini cuma proses ini berlaku dalam rongga pelvis. Takde lah nampak parut tu kat luaran.
Endometriosis boleh terjadi pada:
-Ovaries ( boleh membentuk kantung yang dikenali sebagai endometrioma atau ‘chocholate cyst’ ) – bukan sebab makan coklat jadi cmni ye
-Dalam peritoneum ( lapisan yg menyelaputi pelvis dan abdomen ) Pada Tiub fallopian -Pada rahim, belakang atau sekitar kawasan rahim -Kawasan antara vagina dan rektum
Endometriosis boleh terjadi pada dinding dalam rahim dinamakan adenomyosis dan amat jarang berlaku pada usus dan pundi kencing. Kadang-kadang merata tempat lain pun boleh ada endometriosis, tapi JARANG berlaku
Macam mana doktor tahu seseorang tu ada endometriosis?
Susah nak diagnos seseorang tu ada endometriosis atau tak. Kenapa?
Sebabnya simptom endometriosis ini berbeza antara individu, bukannya sama. Symptom endometriosis boleh menyerupai sakit disebabkan oleh penyakit-penyakit lain seperti irritable bowel syndrome atau pelvic inflammatory disease. Lain rawatannya. Ada je orang yang ada endometriosis tidak menunjukkan apa-apa symptom
So, bila berjumpa Dr, ada beberapa soalan yang biasa ditanya.
-Sakit tu ada pattern ke, ada kene mengena dengan apa-apa seperti period ?
-Mcm mana period ? – sakit ke atau banyak ke? -Kalau melakukan hubungan seks – ada sakit ? -Ada masalah ketika nak buang air besar atau kecil ketika period? -Susah nak mengandung ke? Lebih lebih lagi ada symptom-symptom yang saya da ckp tadi
Kemudian Dr akan menjalankan pemeriksaan untuk mengesan mana puncanya sakit tu. PASTIKAN anda ada peneman (chaperone) semasa pemeriksaan. Tak kira doktor tu doktor perempuan ke doktor laki. MESTI ADA CHAPERONE.
Mungkin lepas pemeriksaan, anda akan menjalani pemeriksaan ultrasound – pelvic ultrasound scan
Biasa saya akan buat scan dari bawah transvaginal untuk mereka yang dah berkahwin atau pernah lakukan hubungan seks untuk melihat rahim dan ovari dengan lebih dekat. Boleh la nampak kalau ada ‘cyst’ pada ovari.
Kalau ada cyst yg menyebabkan sakit ini, doktor akan berbincang utk pembedahan laparoskopi membuang cyst. Pembedahan ini bukan sekadar nak buang cyst, selain itu boleh melihat keseluruhan rongga pelvis dan abdomen untuk endometriosis. Kalau perlu sedikit sampel diambil untuk analisis makmal.
Kalau dah confirm endometriosis, apa rawatan akan diberikan?
-Rawatan ubatan untuk mengawal rasa sakit
-Rawatan pil hormon -Pembedahan – laparoskopi atau laparotomi ( bergantung kepada tahap endometriosis )
Apa-apa pun bukan semua pilihan rawatan boleh diberikan kepada pesakit. Tahap endometriosis dan keadaan keseluruhan pesakit perlu diambil kira sebelum apa-apa rawatan diberikan. Sila berbincang dengan Dr terlebih dahulu
Satu lagi, endometriosis ni masalah kaum perempuan sahaja. Brader-brader kat luar sana jgn ler risau tak tentu hala. Walaupun sakit org perempuan, kena gak amek tahu utk tambah ilmu.
Hati Ibu mana yang tidak tersentuh saat ditanya tentang keadaan diri anak yang merasakan dirinya tidak sesempurna kanak-kanak lain. Hanya jawapan mengatakan dirinya dilahirkan istimewa mampu dijawab oleh Siti Nur Aisyah Mdh Yusof tatkala anak bongsunya, Nur Ardhania Firha Mohd Fiqri yang menghidap Sindrom Apert mengajukan soalan tersebut.
Memandangkan Nur Ardhania, 3, masih kecil dan belum mengerti, Siti Nur Aisyah hanya menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan dia dilahirkan sebegitu sebagai insan istimewa.
Pitam selepas doktor beritahu bayi bakal lahir mungkin tak normal
Menceritakan pengalamannya, Siti Nur Aisyah, 31, berkata, dia dimaklumkan doktor mengenai perkembangan bayi di perutnya yang kemungkinan tidak normal apabila dilahirkan sewaktu kandungan berusia 25 minggu.
Katanya, perkhabaran itu membuatkannya pitam kerana terkejut, namun dia tidak terus berduka sebaliknya menerima kenyataan dengan reda.
Baginya, Nur Ardhania adalah anugerah Allah dan amanah perlu dijaga dengan baik, sama seperti empat anak lain.
“Memang terkejut apabila doktor memberitahu saya mengenai keadaan Nur Ardhania sebelum melahirkannya kerana tiada ahli keluarga saya mempunyai masalah berkenaan.
“Bagaimanapun, rasa sedih itu cuma sementara kerana selepas melahirkannya dan hingga kini, saya dapat menerima serta mengakui dia anak mudah dijaga.
“Alhamdulillah, anak saya yang lain dan seluruh keluarga dapat menerima Nur Ardhania, tetapi ada segelintir individu memandangnya dengan pelik apabila saya membawa membawanya ke klinik,” kata Siti Nur Aisyah dalam laporan akbar Harian Metro.
Jari kaki & tangan bercantum
Siti Nur Aisyah yang menetap di Nilai,Negeri Sembilan berkata, penyakit itu menyebabkan jari kedua-dua belah kaki dan tangan Nur Ardhania bercantum, mempunyai tempurung kepala tidak normal dan saluran pernafasan sempit.
Beliau berkata, namun jari tangan Nur Ardhania kembali normal selepas menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2018 dan tahun lalu manakala kakinya masih dalam keadaan sama.
Menurutnya, Nur Ardhania tiada masalah untuk makan dan minum atau menguruskan dirinya sendiri, tetapi perlu bersiap sedia kerana doktor memberitahu dia perlu menjalani beberapa pembedahan dari semasa ke semasa.
“Pada 20 Julai nanti, satu lagi pembedahan akan dijalankan di PPUM bagi membesarkan tempurung kepala supaya otaknya berkembang.
“Pembedahan itu membabitkan kos RM46,800 dan Alhamdulillah, ramai menyumbang hingga dana diperlukan mencukupi selepas salah seorang rakan memuat naik kisah anak saya di laman sosial.
“Terima kasih kepada semua yang membantu, hanya Allah saja dapat membalas kebaikan anda semua,” katanya.
Sokongan daripada keluarga dan kumpulan sokongan ibu bapa lain
Siti Aisyah berkata, selain suami, Mohd Fiqri Buang, 33, serta keluarga, dia turut mendapat sokongan daripada kumpulan sokongan terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak dengan penyakit sama.
Menurutnya, selain doktor, bahan bacaan dan carian di Internet, dia bertanya dengan rakan dalam kumpulan sokongan jika ada sebarang kemusykilan.
Katanya, mereka saling menyokong antara satu sama lain dan diharapkan ibu bapa mempunyai anak dengan penyakit sama tidak bersedih kerana mereka tidak berseorangan.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...