Pelakon dan pengacara Mira Filzah baru-baru ini telah berkongsi wajah anak lelaki sulungnya iaitu Wan Khair Amir buat peminatnya. Perkongsian itu sempena majlis akikah sekaligus memperkenalkan wajah Amir kepada umum.
Amir yang bakal menginjak usia 6 bulan tak lama lagi dilihat cukup memberi kegembiraan buat Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar. Akuinya kehidupan mereka sekeluarga dah dianggap lengkap.
Rata-rata mereka yang melihat wajah Amir buat pertama kali memuji wajahnya yang comel serta senyuman manis seperti ibunya.
Terbaru, perkongsian Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sekali lagi menarik perhatian ramai selepas gambar Amir yang comel tersenyum boleh buat sesiapa saja cair melihatnya.
Beberapa keping foto Mira mendukung anaknya serta wajah Amir yang tersenyum lebar mencuri tumpuan ramai.
Dalam pada itu, Mira juga memuat naik sekeping foto Amir bersama ayahnya, Wan Emir ketika kelas belajar berenang. Nampaknya Amir suka sangat air. Relaks je dalam dakapan papanya.
Ads
Menurut Baby Center, waktu terbaik untuk mengajar bayi berenang pada usianya bawah 6 bulan. Ini kerana pada usia ini bayi masih mempunyai refleks untuk menutup mulut saat berada di bawah air.
Rata-rata warganet senang dengan perkongsian Mira mengenai anaknya yang comel sehingga digelar ‘mini Mira Filzah’.
Selain itu juga, mereka meminta Mira berkongsi banyak lagi foto berkenaan Amir nanti.
Terdapat pelbagai ubat selesema dan cara untuk hilangkan selesema. Perkara pertama yang dibuat untuk rawatan selesema adalah dengan menjaga pesakit itu dengan baik terlebih dahulu.
Bagaimanapun bagi kanak-kanak di bawah usia 2 tahun ibu bapa tidak boleh memberikan ubat selesema tanpa nasihat doktor.
Ini kerana ubat selesema yang diberikan kepada kanak-kanak kurang dari 2 tahun boleh menyebabkan pernafasan kanak-kanak tersebut berhenti.
Jika selesema yang berlaku pada anak, ibu bapa boleh mengambil tindakan dengan membawanya berjumpa doktor jika
Kanak-kanak kurang dari 2 tahun tidak boleh diberi ubat selesema kerana ia boleh menyebabkan pernafasan kanak-kanak tersebut berhenti.
Bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah, ubat selesema tidak diperlukan. Tetapi mereka memerlukan penjagaan dari ibubapa.
Salah satu yang boleh dibuat Ibubapa adalah menggunakan alat penyedut hidung. Terdapat pelbagai jenis penyedut hingus yang berada di pasaran sekarang dan boleh didapati di farmasi.
Ibubapa juga boleh membeli air garam khas untuk dititiskan dihidung kanak-kanak tersebut. Ia digunakan untuk mencairkan hingus tersebut supaya ia mudah ditelan dan tidak menyumbatkan saluran hidung.
Ibubapa juga tidak perlu terlalu risau jika pesakit masih aktif bermain, makan atau minum seperti biasa, tidak mempunyai pernafasan yang laju dan sebagainya.
Majoriti selesema yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan virus yang akan baik dengan sendirinya tanpa rawatan ubat yang spesifik.
Minda si kecil ibarat span. Apa sahaja rangsangan yang diterimanya akan membantu bayi untuk membina sambungan antara sel-sel otaknya. Tidak sekadar untuk penerokaan minda, ia juga dapat membantu bayi kurang meragam.
Menurut Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani, aktiviti ini dilakukan kepada bayinya, Zaid Hamizan sejak dari usia sebulan. Bahan yang digunakannya juga tidak sukar untuk didapati.
Saya mahu berkongsi aktivti saya dengan bayi saya ketika dia berusia 0-7 bulan. pemikiran yang menganggap bayi sekadar makan, minum dan tidur tu saya cuba alihkan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan mencipta pelbagai kenangan.
TAHUN PERTAMA ANAK PERLU DIRAIKAN
Pada pendapat saya, kita perlu raikan tahun pertama anak sebagai khalifah yang berpotensi. Saya mahu lebih ramai lagi yang menghargai ruang dan peluang yang ada khususnya di awal perkembangan.
AKTIVITI UNTUK BAYI BOLEH KURANGKAN RISIKO MERAGAM
Dengan aktiviti bermain ni dapat kurangkan ‘stress’ pada bayi. Jadi, bayi tidak banyak meragam. Mereka akan lebih ceria sebab kita membri kepercayaan padanya untuk menerokai (explore everthings). Pada tahun pertama, mesti mereka berkeinginan untuk tahu macam-macam.
15 AKTIVITI RANGSANGAN YANG DILAKUKAN UNTUK ANAKNYA
Ramai ibu bertanya kenapa baby mengamuk masa nak di susukan ? Saya ‘direct feed’ baby. Sebelum menyusu dia merengek-rengek cari puting ibu. Tapi bila saya susukan, dia mengamuk-ngamuk dulu baru hisap susu. Masa menyusu pun dia selalu lepaskan puting kemudian hisap semula. Saya ingatkan susu saya tiada. Saya picit ada je. Saya tak faham kenapa baby macam tu.
Jawapan:
Lazimnya orang ramai akan menjumpai jawapan bagi soalan sebegini dari sudut isu-isu berkaitan penyusuan yang layak dijawab oleh kaunselor laktasi. Namun,ramai yang mungkin tak tahu, masih ada kemungkinan isu yang berlaku ini tiada kaitan dengan isu lazim dan ‘direct’ dengan susu ibu dan hal penyusuan. Jadi, kali ini saya akan menjawab dari sudut pandangan seorang konsultan tangisan bayi untuk anda pertimbangkan kemungkinannya. Sifirnya mudah, jika apa yang saya bentangkan ini tidak kelihatan sebagai punca kepada masalah puan, maka puan harus tahu bahawa kemungkinan terbesar jawapan pasti ada pada isu berkait penyusuan itu sendiri yang perlu di rujuk kepada kaunselor laktasi.
Kemungkinan #1: Reflek Gastro- Colon
Salah satu punca biasanya adalah sensasi pergerakan usus yang di panggil ‘Gastro-Colon-Reflex’.
Dalam bahasa mudahnya, ia adalah cara badan bayi memberitahu perut untuk mengosongkan isi kandungannya dan menolak lebihan makanan ke arah usus untuk di buang, setiap kali ada makanan baru yang tiba menjelang setiap sesi penyusuan bermula.
Reflek ini juga ada pada orang dewasa. Namun, bagi orang dewasa, ia bukan sesuatu yang mengganggu kecuali bila sensasi ini kuat di rasakan saat kita sakit perut untuk membuang air dan lebih lagi ketika cirit-birit.
Bagi bayi kecil, sensasi ini lebih rutin untuk dirasakan kerana sistemnya baru mahu beradaptasi dengan proses makan dan hadam. Namun, bagi sesetengah bayi yang sensitif, mereka tidak gemarkan rasa sensasi pelik yang berlaku ini dan menangis setiap kali ia berlaku. Ia menjelaskan mengapa bayi berhenti menyusu, melepaskan puting ibu ketika menyusu kerana fokus diganggu dengan sensasi reflek ini. Penjelasan yang mudah,langsung tidak menyakitkan bayi namun ia membuat ibu susah hati!.
Kemungkinan #2: Bayi Mahu ‘Comfort Sucking’
Semua ibu tahu menghisap itu ada dua tujuan utama pada bayi. Menghisap untuk memuaskan rasa lapar (nutritive sucking) dan menghisap untuk merasa tenang dan selamat (non-nutritive sucking) atau lebih popular di gelar comfort sucking atau mengempeng dalam istilah lazim melayunya.
Namun ramai yang tidak tahu, purata jumlah masa yang bayi habiskan untuk mengempeng adalah sekitar 2 hingga 3 jam sehari. Ia memang banyak dan lebih lagi terasa banyaknya oleh ibu yang menyusukan bayi secara langsung.
Sudah menjadi lumrah untuk ibu yang tidak tahu, tidak ada idea dan tidak pernah belajar tentang cara lain atau teknik tepat untuk mententeramkan bayi akan segera menyua puting payudara untuk membuat bayi diam.
Tiada masalah dalam hal ini kecuali ada ramai bayi, pada satu tahap mula mengamuk dan marah kerana terpaksa menelan susu walaupun sebenarnya mereka hanya mahu mengempeng. Ini sesuatu yang tak dapat dielakkan kerana puting ibu tetap akan mengeluarkan susu tak kira samada bayi mahu menghisap sebab benar lapar atau kerana mahu mengempeng. Jadi, ibu melihat putingnya tidak lagi berkesan sebagai alat mententeramkan pada satu tahap dan bayi bergelut serta marah-marah di puting ibu.
Kemungkinan #3: Bayi Ingin Sendawa
Sumber gas utama dalam badan bayi berpunca dari proses pencernaan di mana antara produk akhirnya ialah gas. Bermaksud gas sentiasa dihasilkan dan ada dalam badan bayi. Ia juga bermaksud bayi boleh perlu untuk sendawa pada bila-bila masa, tak semestinya selepas penyusuan sahaja.
Bila susu mula masuk dan memenuhi bahagian perut bayi, ia mula menolak gas yang ada. Gas mungkin cukup banyak untuk mula naik ke atas dan mencetus reflek untuk sendawa. Ia menjelaskan mengapa kadang-kala bayi memberhentikan susuannya kerana dia merasa tidak selesa. Atau , sebenarnya bayi telah terlebih dahulu membuat isyarat tangisan ingin sendawa iaitu ‘Eh’.
Namun bagi mana-mana ibu yang tak memahami bunyi tangisan ini dan tidak pernah belajar untuk mengenal tangisan rutin bayi akan sering menganggap bayi menangis kerana lapar. Menambah lagi kekeliruan ini ialah bila dalam masa yang sama, ibu tidak tahu pula cara lain untuk mententeramkan bayi selain menyuakan payudara. Maka bayi akan kelihatan mengamuk-ngamuk di payudara kerana dia sebenarnya meminta bantuan untuk di sendawakan,tetapi ibu tidak faham. Bayi ‘cuba mendapatkan’ sebarang jalan untuk menyelesakan dirinya. Pada ketika ini,menghisap puting ibu nampak seperti ‘masuk akal’ kepada nya kerana dia telah biasa ditenteramkan di puting ibu. Lalu dia cuba menghisap atau kelihatan mahu menghisap, mencari-cari dan mengalu-alukan puting ibu sebelum menyedari hal ini tidak membantu pun.
Saya berharap semua kemungkinan yang saya bentangkan ini dapat memberi sudut pandang baru kepada puan dan membantu puan memikirkan punca masalah dalam spektrum yang lebih luas.