Waktu berpantang, pelbagai nasihat dan pantang larang akan kedengaran dari apa yang boleh dimakan sehinggalah cara mandi dan jenis air yang boleh diminum.
Dalam siri “Myth Busting” terbarunya di Instagram, Dr Amalina Bakri, pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini bertugas di UK, tampil menjelaskan bahawa minum air sejuk selepas bersalin TIDAK menyebabkan rahim jatuh atau dimasuki angin. Ini hanyalah kepercayaan turun-temurun dan bukanya fakta perubatan.
❄️ “MYTH BUSTED: Cold water lepas bersalin tak buat rahim jatuh atau masuk angin. Yang penting? Hidrasi. Air yang anda minum akan bertukar jadi suhu badan.” – Dr Amalina
Ads
Tak Salah Hormat Tradisi, Tapi Ilmu Perubatan Kena Diutamakan
Dr Amalina mengakui bahawa memang tidak salah untuk menghormati adat dan tradisi. Namun, katanya lagi, amalan tradisional perlu diseimbangkan dengan ilmu dan pengetahuan perubatan yang sahih.
“It’s okay to honour tradition, but always combine it with medical knowledge. You deserve truth and healing — not fear.”
Ads
Air Sejuk Tak Bahaya, Malah Bantu Pulihkan Badan
Selepas melahirkan, tubuh ibu kehilangan banyak cecair dan tenaga. Dalam keadaan ini, air memainkan peranan besar untuk rehidrasi, mempercepatkan penyembuhan luka dan juga menyokong penghasilan susu ibu.
Jadi, sama ada air sejuk atau suam, yang penting cukup minum air!
Air yang masuk ke dalam badan akan disesuaikan dengan suhu tubuh tidak akan ‘mendinginkan’ rahim seperti yang sering dicanangkan.
Pa&Ma Saran: Bijak Pilih, Elak Takut Berlebihan
Ibu-ibu tersayang, tiada salahnya nak ikut petua nenek moyang. Tapi jangan sampai menolak kebenaran sains dan membahayakan diri sendiri. Jangan takut untuk minum air hanya kerana ‘katanya’ rahim akan jatuh.
Apa yang lebih penting, dengar nasihat doktor, cukup rehat, makan makanan berkhasiat dan kekal tenang sepanjang tempoh berpantang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu bersalin melalui kaedah pembedahan atau secara normal selalu menjadi perbandingan kita hari ini. Walhal baik secara normal atau czer, sama-sama melalui kepayahan yang sama. Ada pro dan kontranya dan inilah yang cuba dikongsikan oleh doktor selebriti, Dr Say Shazril.
Menerusi Instagramnya, Dr Say yang baru menimang cahaya mata keduanya berkongsi pendapat mengenai hal ini.
Baginya, melalui pengalaman melihat isteri melahirkan dua cahaya mata mereka melalui pembedahan merasakan ia adalah satu perjuangan yang bukan sedikit.
” Triggered dengan makcik bawang yang komen kepada post @aydajebat yang memandang jelek bersalin melalui pembedahan atau caesar, maka jom bukak topik “bersalin ikut tingkap”.
” Kepada yang tak tahu, isteri saya bersalin kali pertama through emergency caesar & kali kedua through elective caesar.
” Kalau tanya saya, semestinya saya suka isteri bersalin cara biasa sebab kurang komplikasi & kurang hospital stay.
” Namun kali pertama bersalin kami terpaksa caesar sebab tali pusat menjerut kuat leher baby maka takkan saya nak cakap dengan bini “ehhh jangan, caesar mahal, cuba you try teran kuat sikit, berak, berak”.
” Kali kedua pakar kami cerita ada 20% risiko kegagalan untuk bini bersalin biasa maka saya decide saya tak nak amik risiko tu & nasihatkan bini to go for elective caesar,” kongsinya.
Dulukan keselamatan anak dan ibu
Namun kata bapa penyayang kepada dua orang cahaya mata ini lagi, usahlah dibuat perbandingan melalui dua proses kelahiran itu. Kedua-duanya melalui proses kelahiran dan penjagaan yang perit. Walaupun pembedahan tidak menyakitkan namun kesannya boleh dirasai sebaik melahirkan anak.
“Best la bersalin caesar tak sakit”. Masa tengah bersalin memang tak sakit langsung sebab dapat bius, boleh sembang-sembang sambil perut & rahim dibelah, tapi Allah Maha Adil.
” Lepas habis pembedahan tanyalah mak-mak yang dah pernah caesar macam mana peritnya. Ada yang sebulan terlantar akibat kesakitan. Yang bersalin normal hari yang sama atau keesokan hari boleh balik rumah tapi yang bersalin caesar minimum kena tahan wad 2 hari.
” Kalau tak kentut tak berak haa kena tahan lagi lama. Cakap pasal komplikasi bersalin caesar pulak boleh kena jangkitan pada luka pembedahan, pendarahan melampau, risiko darah beku yang boleh pergi ke paru-paru yang boleh menyebabkan kematian, risiko rahim pecah on next pregnancy & banyak lagi.
” Dah tu celah mananya wanita yang bersalin caesar ni tak layak bergelar ibu kalau bersalin caesar lagi banyak risiko & komplikasinya? Tolonglah ubah pemikiran kebelakang ni.
” Yang penting keselamatan & kesejahteraan anak dan ibu itu. Belum masuk topik breast milk vs formula milk & pantang VS tak pantang. They do them and you do okay? Mak mak bersalin caesar kongsi sikit pengalaman bawah ni tengok depa berani tak panggil korang “bukan ibu sejati”. Makcik bawang beban,” tulisnya lagi.
Tinggal lagi 2 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rahsia kejayaan amalan penyusuan susu ibu sangat bergantung kepada persediaan anda. Ini melibatkan pengetahuan dan pengalaman.
Dua faktor ini membantu anda untuk lebih mudah membuat perancangan rapi dan persediaan awal sebelum memulakan penyusuan susu ibu agar lancar dan teratur.
Ramai yang beranggapan penyusuan adalah sesuatu yang semula jadi dan naluri keibuan pasti dapat mengatasinya. Namun, hakikatnya, ramai ibu yang mengambil mudah tentang dua aspek ino sehingga gagal menyusukan anak secara eksklusif dalam enam bulan pertama.
Padahal dalam enam bulan pertama ini, hanya susu ibu sepatutnya diberikan kepada bayi secara eksklusif.
Jom fahami apa yang perlu anda lakukan seawal jam pertama kelahiran bayi agar berupaya untuk menjayakan amalan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya enam bulan dan diteruskan hingga dua tahun atau lebih.
Susukan bayi secepat mungkin
Sebaik-baiknya mulakan penyusuan dalan tempoh sejam pertama selepas kelahiran. Hal ini kerana rooting reflex dan hisapan bayi adalah paling tinggi jangka masa tersebut.
Satu jam pertama kelahiran merupakan waktu paling tenang dan paling peka buat bayi. Inilah waktu terbaik untuk bayi mengenal payudara dan belajar menyusu.
Jika anda letakkan bayi di atas dada anda pada waktu ini, biasanya dia dengan sendirinya akan mencari payudara.
Perasan atau tidak, di payudara anda ada bintil-bintil lemak di kawasan areol. Ia adalah kelenjar montgomery yang menghasilkan bau unik. Itulah bau yang membuatkan bayi kenal dengan payudara ibunya.
Susukan sekerap mungkin
Kebanyakan bayi menghabiskan 60% masanya dengan tidur. Jika bayi tidur, kejut dia untuk menyusu.
Pastikan anda susukan bayi dengan kerap mengikut keperluannya atau jangan melebihi tiga jam setiap sela penyusuan.
Apabila bayi kerap disusukan, lebih banyak hormon prolaktin terhasil dan seterusnya menghasilkan lebih banyak susu ibu.
Jika bayi anda kerap menyusu, jangan merungut, ia merupakan suatu perkara sangat baik. Penuhi permintaannya. Secara tidak langsung, bayi sedang membantu anda menghasilkan susu yang lebih banyak.
Elak beri puting kosong dan botol susu
Pemberian susu ibu melalui botol atau penggunaan puting tiruan di awal kelahiran boleh menyebabkan bayi keliru puting.
Kebanyakan bayi yang dibiasakan dengan cara hisapan menggunakan botol akan menolak jika diberikan susu secara terus ke payudara. Cara hisapan botol lebih mudah dan aliran susunya lebih lancar akan buat bayi selesa dengannya.
Jika perlukan bantuan, gunakan alternatif lain seperti picagari atau feeding cup.
Secara umumnya, anda berkebolehan untuk menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ini adalah satu cerita mengenai botol susu tanpa BPA
Julie meneliti rak-rak barangan bayi di pasar raya mencari sesuatu. Perkara pertama yang perlu dibelinya hari ini ialah botol susu anaknya. Beliau meneliti setiap satu model botol susu yang terdapat pada rak jualan tersebut. Dia seolah-olah mencari sesuatu pada setiap botol tersebut tetapi dia sendiri tidak pasti apakah ciri botol susu yang dicarinya. Akhirnya, beliau mengambil satu botol susu yang kelihatan menarik padanya, bertemakan animasi.
Adakah anda juga seperti Julie ketika mencari botol susu bayi? Apakah ciri botol susu yang anda cari? Saiz, mudah dipegang, mudah dibasuh, warna atau mungkin juga bentuk? Kami ingin menerangkan kepada anda, antara perkara yang paling mustahak untuk diteliti ketika memilih botol susu adalah botol susu tanpa BPA. Biasa dengar pasal BPA tapi tidak begitu pasti apakah ia? Mari baca apa yang kami sediakan ini.
Apa BPA ni?
BPA bermaksud bisphenol A. Ia adalah sejenis bahan kimia yang ditambah dalam kebanyakan produk komersial termasuklah botol plastik, bekas makanan dan juga botol susu anak anda. Ia mula ditemui pada tahun 1890, tetapi pada tahun 1950, ahli kimia menyedari potensinya yang boleh dicampurkan dengan sebatian lain bagi menghasilkan plastik yang lebih kuat dan berdaya tahan. BPA juga digunakan untuk menghasilkan salutan resin epoksi yang disapukan pada bahagian dalam tin makanan untuk mengelakkan logam tin daripada mengakis dan pecah.
Jenis produk yang sering mengandungi BPA
-Barangan yang dibungkus dalam bekas plastik
-Makanan dalam tin
-Kelengkapan peribadi
-Produk pembersihan wanita
-CD atau DVD
-Peralatan elektrik rumah
-Lensa cermin mata
-Kelengkapan sukan
Bagaimana BPA boleh memasuki tubuh manusia?
Antara cara utama BPA memasuki tubuh manusia adalah melalui pemakanan. Apabila bekas BPA dihasilkan, tidak semua BPA dimeteraikan dalam produk tersebut. Ini menjadikan BPA keluar dan bercampur dengan kandungan dalam bekas tersebut seperti makanan.
Satu kajian menyatakan, tahap BPA dalam air kencing berkurangan sebanyak 66% selepas 3 hari pengguna mengelakkan pengambilan makanan yang dibungkus. Selain itu, terdapat juga kajian yang mengkaji tahap kehadiran BPA melalui jenis makanan yang dimakan. Mereka yang memakan sup dalam tin berbanding sup yang dimasak segar dalam tempoh 5 hari, mempunyai 1,221% lebih tinggi kandungan BPA dalam air kencing.
Mengapa BPA berbahaya?
Pendedahan terhadap BPA boleh memberikan kesan terhadap otak dan kelenjar prostat janin, bayi dan kanak-kanak. Ia juga memberi kesan terhadap tingkah laku kanak-kanak. Terdapat juga kajian yang menyatakan hubungan antara BPA dengan peningkatan tekanan darah.
Walau bagaimanapun, Food and Drug Administration U.S (FDA) menyatakan, BPA masih lagi selamat dengan tahap yang paling rendah dalam sesetengah makanan.
Bagaimana nak kurangkan pendedahan terhadap BPA?
Sekiranya anda masih ragu dengan keselamatan BPA terhadap kesihatan anda, anda boleh cuba mengurangkan pendedahan terhadapnya melalui cara berikut:
-Gunakan produk tanpa BPA atau BPA-free. Cari produk pembungkusan atau bekas makanan dengan label BPA-free
-Kurangkan pengambilan makanan dalam tin
-Jangan panaskan bekas makanan plastik terutamanya dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro
-Gunakan bekas makanan alternatif seperti bekas kaca, porselin atau stainless steel untuk makanan panas
Malaysia merupakan antara negara yang telah mengharamkan penggunaan botol susu yang mempunyai kandungan BPA sejak tahun 2012. Pengharaman ini termasuklah pengimportan, pembuatan, pengiklanan dan jualan botol jenis ini yang mengandungi BPA.
Antara negara-negara yang turut mengharamkan penggunaan BPA dalam penghasilan botol susu ialah Australia, Denmark, Perancis, Jerman dan New Zealand.
Oleh itu, mungkin botol susu jenis ini sudah sukar untuk didapati berada di rak-rak jualan pasar raya. Selepas ini, anda tidak lagi perlu pening-pening seperti Julie untuk mencari botol susu yang sesuai. Pilih saja yang tidak mengandungi BPA, diikuti dengan ciri lain botol yang digemari. Tanpa BPA adalah lebih penting berbanding kartun animasi.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.