Menanti detik melahirkan bayi sulung sememangnya cukup mendebarkan namun hati pastinya begitu teruja untuk melihat wajah si comel. Pelakon cantik, Tasha Shila kini juga sedang menanti detik kelahiran bayi sulungnya sedikit masa lagi.
Tasha di jangka akan bersalin tidak lama lagi memandangkan usia kandungan yang kini sudah pun memasuki sembilan bulan.
Bagi memohon doa agar kelahirannya dipermudahkan, Tasha dan suami mengadakan satu majlis solat hajat dan doa selamat agar segala urusan menanti cahaya mata sulung mereka dipermudahkan Allah SWT.
Menerusi Instagramnya, Tasha berkongsi beberapa keping gambarnya ketika majlis ringkas itu.
“Mohon doa kalian semoga kami dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik.
Ads
“Buat kalian semua, Tasha dan Atiq doakan juga kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang tidak terjangka akan datang, #doaselamat #solat hajat,” kongsinya ringkas.
Dalam pada itu, rata-rata seluruh peminat Tasha di Instagram turut mendoakan agar Tasha dipermudahkan sepanjang proses melahirkan bayi sulungnya kelak.
“Suka sangat bila tengok Tasha Shila lepas kahwin ni, makin berseri, then now mommy to be. So much love for her n new baby soon. Semoga dalam lindungan Allah SWT❤️
Ads
“Semoga dipermudahkan masa bersalin nanti Kak Tasha”.
“Syukur Alhamdulillah. Semoga ibu dan anak dalam lindungan Allah SWT.. Aamiin”
Semoga kelahiran cahaya mata pertama pasangan ini dipermudahkan kelak. Tak sabar menanti si comel yang bakar mewarnai hidup pasangan ini.
Terdahulu, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.
Pada Disember tahun lalu, Tasha mengumumkan kehamilannya yang ketika itu sudah pun berusia lima bulan. Semoga kelahirannya sedikit masa lagi dipermudahkan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tashashilla
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lumrah seorang wanita apabila hamil akan mengalami beberapa perubahan dan yang paling ketara adalah bentuk fizikal. Mempunyai baby bump membuatkan ramai yang tidak dapat memakai seluar denim.
Pelakon jelita, Zahirah Macwilson yang kini sedang hamil memuat naik video berkongsi dengan warga maya bagaimana trik untuk memakai jeans pada awaal kehamilan setelah mempunyai baby bump.
Mungkin ada yang tak pernah terfikir untuk menggunakan getah rambut sebagai extender untuk butangkan jeans bila perut dah mula membesar ketika awal kehamilan.
Perkongsian tentang cara memakai jeans yang masih muat di bahagian peha, tapi tidak boleh membutangkannya menarik minat ramai yang menontonnya.
“18 – 24 minggu merupakan tahap kehamilan yang agak janggal untuk badan saya. Tahap di mana saya tak nampak hamil sangat tetapi kita tahu yang kita memang naik beberapa kilogram dan memang rasa membulat.
“Jadi saya guna cara ini untuk pakai jeans yang masih muat di bahagian peha, tetapi saya tak boleh nak butangkannya,” tulis Zahirah dalam Bahasa Inggeris.
Tambahnya, dia mahu menunggu beberapa minggu lagi sebelum membeli pakaian mengandung kerana dia tahu badannya akan semakin membesar.
“Saya tak selalu pakai jeans, tapi bila saya nak pakai, saya seronok kerana ada trik menggunakan pengikat rambut ni. Sekarang ni saya dah lepas 26 minggu, jadi mungkin masanya untuk beli jeans mengandung,” tulisnya lagi.
Peminat-peminat turut meninggalkan komen dan ada yang turut berterima kasih dengan teknik yang diajar oleh Zahirah tersebut.
Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mereka berdua kini sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam dan ulangan Ahad, 4 Ooktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Kadang-kadang orang mengandung ni mengidam macam-macam. Bukan saja makanan, ada juga yang teringin nak buat perkara pelik. Sesetengah perkara tersebut mungkin kedengaran agak sukar untuk dibuat namun selagi tak memudaratkan atau bertentangan dengan syarak, suami pasti akan cuba untuk memenuhinya.
Seorang wanita hamil berkongsi kisahnya di akaun TikTok wanyanjee yang mengidam untuk memegang seekor memerang. Kebetulan dia dan suami berjalan-jalan di zoo, pekerja di sana memberi peluang untuk dirinya memegang haiwan comel tersebut.
Demi memenuhi permintaan si isteri, suaminya meminta kebenaran dari pekerja zoo. Memahami situasi wanita hamil yang mengidam, pekerja zoo tersebut menangkap salah seekor memerang untuk diberikan kepadanya.
Tengok video ini;
Ramai juga yang meninggalkan komen di video yang dikongsikan;
Biarpun tidak lama, tetapi apabila pekerja zoo tersebut membenarkannya memegang haiwan itu sudah cukup membuat dirinya gembira.
Komplikasi ketika kehamilan seperti diabetes gestasi (GDM) atau kencing manis bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah oleh wanita. Sebab itu penting untuk ibu yang ada sejarah GDM untuk membuat pemeriksaan semula selepas 6 minggu tempoh berpantang.
Ujian yang dibuat itu penting untuk memastikan kehamilan seterusnya berlangsung dengan baik. Ibu yg mengandung dengan kencing manis tak terkawal (sebelum mengandung) berpotensi tinggi bayinya mendapat kecacatan.
Apa yang boleh ibu buat untuk mengurangkan risiko sebegini, ikuti perkongsian daripda Dr Muhammad Izzat ini!
GDM Pada Kehamilan Sebelum
Puas digodek-godek mesin scan
Puas cari angle yang terbaik untuk measure kepala baby
Patutla Dr sebelum ni cakap dia susah nak measure saiz kepala baby
Baru saya faham kenapa Dr tersebut mohon second opinion.
Apa yang saya nampak hanyalah frog-eye sign ( kalau dilihat kepala seekor katak dari atas, nampak mata saja terjojol keluar disebabkan tulang kepala tiada ). Ada orang panggil Mickey mouse sign. Sama lah tu.
Lama saya tenung scan tu, nak betul-betul pasti
Seakan-akan anencephaly ( baby tiada tempurung kepala )
Panggil beberapa doktor yang lain untuk lihat bersama, untuk benar-benar pasti.
Semuanya bersependapat.
“Ibu ada kencing manis ke sebelum ni?”
“Kalau ikutkan masa tak mengandung takde kencing manis. Masa mengandung je baru ada kencing manis”
“Lepas 6 minggu pantang ada check, minum air gula semula tengok ada kencing manis lagi ke tak?”
“Oh yang tu saya tak pergi”
Kurang pasti, ibu terlupa ataupun bagaimana.
“Ibu saya ada berita kurang baik nak bagitahu”
“Lama saya scan ni nak confirmkan betul-betul apa yang saya nampak. Berat saya nak cakap perkara ini. Tapi ibu kena tahu. Baby ni tak normal. Tempurung kepalanya tak terbentuk. Harap ibu bersabar dan tenang”
Remuk berkecai hati ibu, air matanya mengalir
“Ibu, saya tinggalkan dulu dengan husband. Kejap lagi dah okay sikit saya datang balik cerita lebih lanjut. Sabar ya ibu”
Bayi Dalam Kandungan Ada Kecacatan
Setelah ibu sudah bertenang, saya sambung semula perbualan
“Kecacatan ni dinamakan anencephaly. Bayi dengan keadaan ni tulang kepala dan sebahagian otak tak terbentuk. Bayi seperti ni biasanya umurnya tak panjang, akan meninggal selepas dilahirkan. Dalam rahim baby boleh idup lagi sebab ada tali pusat. Lepas dilahirkan, tali pusat dipotong, bahagian otak yang terlibat dalam penafasan tkde, dia takboleh nafas sendiri, walaupun peparunya normal”
“Kite check dulu ibu ada kencing manis ke tak nanti. Saya suspect ibu ada kencing manis dari kehamilan terdahulu berlarutan sampai sekarang. Saya mungkin silap, tapi takpa, kite check dulu ya”
Check HbA1c = 13%
Ya Allah memang ibu ada kencing manis, tak terkawal rupanya. Ibu yg mengandung dengan kencing manis tak terkawal (sebelum mengandung) berpotensi tinggi bayinya mendapat kecacatan sebegini dan kecacatan lain – masalah jantung misalnya.
Penting.
1) Ibu yang ada GDM perlu check semula ada kencing manis ke tak lepas 6 minggu berpantang. Jangan lupa
2) kalau takda kencing manis lepas check tu, kena buat HbA1c setiap tahun, sebelum mengandung lagi. Sekurang-kurangnya, jumpa Dr, check ada kencing manis ke tak setiap tahun kalau HbA1c tkde. Ni pun jangan lupa
3) ibu yang ada masalah neural tube defect seperti anencephaly di atas, perlukan 5mg asid folik, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan pengambilan untuk 3 bulan pertama kehamilan
4) ibu yang ada kencing manis sebelum hamil perlukan kawalan kencing manis yang optimum, HBA1c < 6.5% sebelum
Mengandung lagi. Ibu ini juga perlukan asid folik 5mg, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.
5) wanita yang sihat, dan bercadang nak mengandung lagi, perlu amek asid folik (0.4mg) 3 bulan sebelum mengandung, dan sambung pengambilannya 3 bulan pertama semasa hamil.
Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.