Ragam anak kecil memang mencuit hati kita. Anak comel ini yang berusia 3 tahun tujuh bulan nekad buat susu sendiri selepas kakak dan abangnya enggan membantunya.
Menerusi perkongsian ibunya di Tik Tok, @lebiu_capital_a, anak kecilnya itu mula rasa putus asa bila mana meminta bantuan kakak dan abangnya untuk dibancuhkan susu tidak dilayan.
“Sebab kerap sangat mintak susu, asyik kena marah abang dan kakak.
“Dia nekad buat sendiri,” tulisnya di kapsyen.
Anak kecil berusia tiga tahun tujuh bulan itu nekad untuk membancuh susunya sendiri.
Ads
Tanpa kekok, anak kecil itu meletakkan air ke dalam botol susunya dengan sukatan tepat dan kemudiannya menyedok susu sendiri ke dalam botol susunya.
Paling menarik perhatian pastinya gaya ‘pro’nya yang berjaya menyedok susu dengan begitu baik tanpa sedikit pun tertumpah ke lantai. Memang terbaik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji gaya pro anak kecil itu yang begitu tekad untuk membancuh susu sendiri.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika bermain skuter di satu kawasan kediaman di bandar raya ini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.
Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rata-rata yang melihat perkongsian video tersebut memberitahu bahawa penjaga mangsa berada berdekatan dengan mangsa dan kelihatan kenderaan tersebut memandu secara laju.
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara. Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang.
Cerita disebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya. Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
WAHAI IBU BAPA, SELIDIK DAHULU. WAHAI ANAK, JANGAN MELULU.
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung. Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak.
Tuan Puan,
Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri. Firman Allah SWT:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”
(Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, walaupun dah 2 tahun tak beraya dengan anak-anak, lama tak balik, maka fahami dulu situasinya kenapa.
Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dll tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dll, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati. Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.
Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah Luqman 31: 15)
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau mengatakan:
مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَجْهُهَا وَكَفَّاهَا وَإِنَّمَا لَمْ يَكُونَا عَوْرَةً؛ لِأَنَّ الْحَاجَةَ تَدْعُو إلَى إبْرَازِهِمَا وَإِنَّمَا حُرِّمَ النَّظَرُ إلَيْهِمَا: لِأَنَّهُمَا مَظِنَّةُ الْفِتْنَةِ
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya.
Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.”
(Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah. Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita. Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.”
(Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.”
(Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
DOA MENJAGA MARUAH DIRI
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. 😊🤲🏻🌹
Kredit: Asma’ binti Harun
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bintang fesyen dan usahawan terkenal Indonesia yang juga cukup dikenali di negara kita, Dian Pelangi meluahkan rasa sayu dan sedihnya selepas pemergian anak saudaranya setelah dua tahun melawan penyakit leukimia.
Menerusi Instagramnya, Dian turut memuat naik video bapa kepada anak saudaranya yang juga abangnya ketika saat pengkebumian. Sayu dan hiba menyaksikan pesanan seorang bapa buat anak kecilnya.
Kongsi Dian lagi, anak saudaranya, Dzaqilla Azzahra Malaika binti Muhammad Dion Muharom dilahirkan sebagai anak istimewa down syndrome malah sebaya dengan anaknya, Rumi.
“Mohon keikhlasannya untuk mendoakan keponakan (anak saudara) saya, Dzaqilla Azzahra Malaika binti Muhammad Dion Muharom yang sudah hampir 2 tahun berjuang melawan leukimia serta beberapa penyakit sejak lahir.
“Qilla anak istimewa yang lahir dengan down syndrome. Divonis bertahan 3 bulan, kami bersyukur telah menghabiskan waktu selama hampir 2 tahun menyayangi dan merawat Qilla.
“Semoga semangat juang Qilla dan kesabaran, keikhlasan serta kekuatan mba Nuurul dan mas Dion dapat menginspirasi kita semua,” tulisnya sebak.
Dian juga turut berterima kasih kepada semua yang turut mendoakan anak kecil kesayangannya itu yang begitu akrab dengan anaknya, Rumi sejak kecil lagi.
“Terima Kasih atas do’a ikhlasnya, ucapan bela sungkawa indahnya dan dukungan penuh maknanya.
“Dan semoga Allah kumpulkan kita lagi bersama dalam keimanan di Jannatul Firdaws. Aamiin,” tulisnya berkongsi.
Melalui entri berlainan juga, Dian dan anaknya Rumi juga dilihat menziarahi kubur si kecil itu yang begitu disayangi ramai.
“Ketika hamil Rumi, disaat yang bersamaan, kakak iparku mba @nuurulzafitra ternyata juga sedang hamil. Usia kandungan kita hanya beda 1-2 minggu. Sedari masih di alam kandung, sejak sama-sama masih embrio, Rumi dan Qilla sudah bersahabat.
“Karena aku dan mba Nuurul bertetangga dan sering saling kirim makanan, maka apa yang Qilla makan, Rumi juga makan. Aku dan mba Nuurul juga sering sharing tentang kehamilan karena aku masih pertama kali menjadi bumil waktu itu, jadi apa yang Qilla dengar juga Rumi dengar.
“Lahir pun hanya beda seminggu di RS yang sama. Walaupun selama ini Rumi jarang ketemu Qilla karena kondisi Qilla yang masih rentan, apalagi di masa pandemi seperti ini, tapi Rumi pasti sayang sama Qilla,” tulisnya lagi.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...