Selalunya kita beli, apa kata kali ini kita hasilkan sendiri kuetiaw untuk dibuat hidangan. Tak susah pun, paling senang dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja.
Macam mana nak buat? Perkongsian Pn Fiza Mh ini memang cukup mudah. Hanya gunakan dua bahan sahaja iaitu tepung ubi dan tepung beras sahaja. Mudah!
Kue Teow hommemade. Tak payah beli, buat je sendiri. Pasni nak buat char kue teow ke ladna ke kungfu ke goreng mamak style ke sume boleh. Dah jom, ini resepinya:-
Bahan-bahan Batter:
1 cwn tpg beras*
1/2 cwn tpg ubi*
11/2 cwn air*
Sedikit minyak sayuran
Loyang untuk mengukus
Sediakan kukusan. Saya guna kuali je.
Satukan kesemua ramuan (*) kacau rata jangan sampai bergentel.
Ads
Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan better dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk tu).
Kemudian kukus sehingga masak dalam lebih kurang 7-10 minit. Biarkan sejuk kejap pastu griskan permukaan kue teow dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (Ulangi proses ini hingga selesai)
Ads
Sapukan permukaan pisau dengan minyak pastu bolelah dipotong mengikut saiz yang anda suka. Siap!
Tips * Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lah lipat dua lempeng kue teow tu. Senang sikit nak potong.
* Yang saya buat ni ada tebal sikit. Mungkin boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.
Akhir-akhir ini, banyak diperkatakan tentang me-time bagi seorang ibu. Namun, ramai pula yang memandang ibu-ibu yang perlukan me-time sebagai ibu yang tak sayangkan suami & anak dan pentingkan diri sendiri. Ibu ini mengutarakan pandangannya.
Me-time ialah masa khas untuk ibu melepaskan sebentar tugas & beban. Ia boleh jadi keluar sendirian atau dengan rakan, keluar dengan pasangan atau sekadar menonton wayang dan membeli belah sendirian. Ia adalah ruang waktu untuk ibu memikirkan tentang dirinya sendiri! Amat penting me-time ini bagi ibu-ibu untuk mengelakkan tekanan perasaan dan emosi.
Puan Intan Jaliah memberikan reaksi kepada sesetengah kaum ibu yang tidak memperlekehkan ibu-ibu yang memerlukan me-time setelah berhempas pulas melaksanakan tugas sebagai seorang ibu.
Katanya, lain ibu lain caranya untuk recharge diri. Jangan hanya kerana diri sendiri tidak boleh langsung berpisah dengan anak, kita terus menghakimi ibu lain yang perlukan masa sendiri tanpa anak-anak.
Berikut ialah perkongsian beliau;
Me-time – Is that too much to ask for?
Just because you don’t need ‘me-time’ doesn’t mean other mothers don’t need it too.
Lain anak, lain ragam. Lain ibu, lain keperluan. Lain orang, lain cara untuk mereka ‘recharge’ diri mereka.
Ibu yang minta ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka pentingkan diri.
Ibu yang perlukan ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka tidak sabar.
Ibu yang perlukan ‘me time’ itu bukanlah bermaksud mereka tak sayangkan suami dan anak-anak mereka.
Hanya kerana kita tak boleh langsung berpisah dengan anak, janganlah hakimi ibu lain yang perlukan masa sendiri tanpa anak-anak.
Dengan keadaan betapa ramai nya ibu yang depresi dari hari ke hari, sungguh saya rasa posting tentang ‘tak perlunya me time’ tu teramatlah tak perlu.
Jika seorang ibu itu nampak begitu penat, kurang terurus, mudah lupa dan cepat marah-marah dengan anak, ketahuilah dia sedang diambang depresi. Dia perlukan rehat yang cukup untuk dia bertenaga kembali untuk dirinya, untuk suami dan anak-anak. Kerana dia amat sayangkan keluargalah, dia minta Me Time itu untuk dia re-charge.
Trust me, some of us need occasional ‘me time’ just to stay sane.
Let’s try to be understanding rather than being judgmental, okay!
Rasa tidak puas hati pasti ada, apatah lagi dalam hubungan dua hala antara suami dan isteri. Bak peribahasa, gigi dengan lidah ada kalanya tergigit, inikan pula suami isteri.
Suami dan isteri tonggak utama sebuah rumah tangga yang membawa hala keluarga kepada jalan yang diredaiNya. Penting untuk memastikan komunikasi lancar dan mengelakkan rasa tidak puas hati terpendam.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan panduan kepada pasangan yang lain. Tidak kira berapa usia perkahwinan dan jumlah anak, jangan jemu untuk berkomunikasi dengan pasangan dan mendengar luahan isi hati secara dua hala. Mudah-mudah lenyaplah segala tidak puas hati dan perkara yang terbungkam menemui penyelesaian.
Hari ini rata-riti kita dapat dengar kisah rumah tangga yang bergolak. Musim kot eh? Sampai rakan-rakan kita yang bujang pun jadi was-was nak melangkah. Topik ni aku seram gila sebenarnya nak bincang. Sebab aku tak tahu masa depan aku macam mana.
Cuma aku nak kongsi satu benda yang aku selalu buat bersama isteri. “Post mortem”. Aku terdetik nak cerita ni sebab aku dapati kesan dia bagus sangat. Eh perkara ni penting lah aku rasa.
Yang patut lead program ni siapa? Tak kisah pun sebenarnya. Lebih bagus si ketua lah, suami. Aku syak kalau si isteri pun yang ajak, cik abang yang baik akan on je. Mana tahu kot selama ni dia yang banyak nak luah tapi masing-masing asyik mendiam saja.
Nak buat post mortem ni tak payah tunggu special date pun. Paling kurang sebulan sekali. Jangan nanti gaduh besar baru terfikir nak mula. Waktu yang baik ialah waktu malam. Tidurkan anak awal-awal. Mandi dan bersihkan diri. Kalau boleh ambil wudhuk dan tenang-tenang sebelum mula.
Taknak ada perasaan nak cari salah siapa-siapa tau. Pasak dalam hati yang motif perbincangan ini untuk bahagiakan perkahwinan kita sampai mati. Yelah, ada ke orang nak kahwin sekejap-sekejap? Aku tak tahulah jenis manusia apa kalau ada.
Dengar-Dengar-Dengar. Ulas dan respond bila ada bunyi tanda soal sahaja. Ini penting. Apa kau rasa bila kau tengah sedih cerita tentang sakit, ada orang potong cakap “alah sikit je pun” atau “gitu pun nak nangis”? Spoil gila kan?
Sudahnya program tak capai matlamat. Malah mungkin makin teruk dengan penambahan luka baru.
Fikir dan susun ayat elok-elok ketika meluah. Satu persatu. Taknak gelojoh. Kita tahu banyak benda yang terpendam dalam hati ni. Lebih lagi kalau dah lama tersimpan. Cara yang paling selamat ialah berbincang dengan nada berbisik.
Maknanya muka kita dengan pasangan tak jauh. Dengan ini kita boleh nampak raut wajah dia bagaimana. Wajah yang sama waktu mula bercinta dulu.
Kalau sentap, diam. Ketap gigi rapat-rapat. Tunggu sampai turn baru beri respond dengan baik.
Ingat, kita mahu cari titik penyelesaian. Angguk dan cuba berubah selari dengan persetujuan yang dicapai.
Jangan undur diri sebelum selesai. Habiskan dengan baik. Kawal emosi dan hargai moment ini dengan penuh rasa bahagia.
Percayalah, esok matahari terbit bersama pelangi indah tanpa hujan. Perasaan macam baru-baru kahwin. Dada yang berat selama ini terus terasa ringan. Kaki melangkah penuh bergaya. Tengok pasangan terus rasa nak sayang-sayang je.
Buatlah weh. Aku tulis ni pun dalam senyum terkenangkan moment “post mortem” kami semalam. Alhamdulillah.
Raya ni anak kita dapat banyak duit raya kan? Jangan bazirkan macam tu je beli mainan atau kita nanti terpakai, masukkan dalam bank, banyak nak pakai nanti dia remaja! Nak sambung belajar dan lain-lain.
Menabung dari kanak-kanak:
1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.
2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari).
3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.
4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.
5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.
7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.
😎 Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.
Sebab apa?
HARAM JIKA IBU BAPA GUNA DUIT RAYA ANAK
Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka perolehi. Jadi, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik. Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.
HUKUM GUNA DUIT RAYA ANAK
Hukumnya haram jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik. Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut. Tidak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.
Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya. 🔊
“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri. Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.
CARA MENGURUSKAN DUIT RAYA ANAK YANG BETUL
• ASINGKAN
Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan untuk mengelakkan percampuran duit raya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anak kita mendapat jumlah duit raya yang sama (kerana biasanya orang akan bagi sama untuk setiap orang)
• TABUNG KHAS ✨
Sepertimana tabungan biasa, pastikan setiap anak kita mempunyai tabung yang berlainan. Menyediakan tabung untuk anak kita dapat mengajar anak kita untuk rajin menabung dan dalam masa sama memudahkan pengurusan duit raya anak kita.
• SIMPAN DALAM BANK
Setelah habis raya, kira dan simpan duit raya anak kita ke dalam bank yang memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Pastikan akaun tersebut dibuat khas untuk anak anda (dengan ibu / bapa sebagai penjaga), bukannya duit raya tersebut dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa. Bagi saya, antara tabungan terbaik
adalah di Tabung Haji. Anda bebas untuk memilih di mana anda nak simpan duit anak anda.
Sumber: Internet/Kelab Mama, Nur Izah
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.