Tempoh mengandung dan saat melahirkan merupakan pengalaman yang istimewa buat seorang wanita. Pengalaman mengandung mungkin berbeza bagi setiap wanita, oleh itu amat penting bagi ibu mengandung untuk membuat perancangan awal di hospital yang dapat memberikan keselesaan pada dirinya serta bayi yang bakal dilahirkan nanti.

Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari hospital bersalin yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan harga yang berpatutan, OHANA Specialist Hospital merupakan pilihan tepat untuk anda. Ia terletak di pertengahan ibu kota Kuala Lumpur antara Gombak dan Wangsa Maju. Lokasinya amat strategik dan mudah diakses melalui lima jalan utama (Jalan Genting Klang, Jalan Pahang, Jalan Jelatek, Jalan Ampang dan MRR2) serta pengangkutan awam melalui Stesen LRT Wangsa Maju yang berdekatan.

OHANA Specialist Hospital, Pusat Pakar Wanita & Kanak-Kanak Terbaik!Hospital selesa dan kakitangan yang berpengalaman

Menarik di OHANA Specialist Hospital ini adalah ia menyediakan kepakaran untuk ibu mengandung, bersalin, sakit puan dan pediatrik. Tambahan pula, hospital ini menawarkan pakej bersalin pada harga mampu milik yang masih memberikan keutamaan terhadap keselesaan para ibu.

Selain itu, OHANA Specialist Hospital juga turut menawarkan perkhidmatan seperti:

  • Post natal care at home (urutan dan penjagaan untuk ibu dan anak) seperti, bertungku, bengkung
  • Home care, memberikan perkhidmatan kesihatan di rumah bagi yang memerlukan, seperti penukaran tiub makan dan kencing serta perkhidmatan seperti mencuci luka (dressing)
  • Physio to u, menyediakan perkhidmatan physio ke rumah

Hospital ini diterajui oleh pasukan pakar yang profesional dan terdiri daripada gabungan kakitangan berpengalaman lebih daripada 40 tahun dalam bidang Obstetrik & Ginekologi serta Pediatrik. Tambahan lagi, team Obstetrik dan Ginekologi semuanya terdiri daripada wanita. Doktor yang dilantik menjaga seseorang ibu mengandung akan bersamanya dari peringkat awal rawatan sehingga saatnya melahirkan. Pusat rawatan ini juga menekankan hubungan erat diantara kakitangan dan pelanggan. Perkhidmatan mesra dapat dirasakan di mana doktor dan kakitangan memberikan layanan ikhlas kepada pesakit dengan panggilan nama. Keunikkan perkhidmatan sebegini semestinya akan membuatkan para ibu lebih yakin dan tenang sepanjang berada di OHANA.

OHANA Specialist Hospital, bukan sahaja menawarkan privasi, tetapi keselesaan secara menyeluruh melibatkan aspek sokongan emosi dan penjagaan yang rapi untuk ibu dan bayi.

OHANA Specialist Hospital, Pusat Pakar Wanita & Kanak-Kanak Terbaik!Teknologi canggih, pakej berpatutan

IKLAN

Dari aspek kemudahan pula, hospital ini menawarkan kemudahan terkini. Wad bersalin, klinik, dan wad pembedahan dilengkapi dengan kemudahan moden berteknologi tinggi bertujuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik selain memberikan keyakinan dari segi keselamatan dan kepakaran. Justeru, pusat rawatan ini adalah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang mementingkan kualiti dan keselesaan rawatan.

OHANA Specialist Hospital, Pusat Pakar Wanita & Kanak-Kanak Terbaik!

Bagi yang berhasrat untuk bersalin di sini, terdapat tiga pakej harga bersalin yang ditawarkan mengikut jenis bilik iaitu Premium Suite, Suite dan juga Single Room. Pakej bersalin ditawarkan merangkumi pakej bagi bayi iaitu pemeriksaan Neonatal termasuk pemeriksaan darah (ABO & Rh, G6PD, CBTSH), ujian pendengaran bayi baru lahir, vaksin bayi – BCG & Hepatitis B (dos pertama), penjagaan nurseri, ubat serta banyak lagi.

OHANA Specialist Hospital merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Hospital Wanita & Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom tengok di SINI

IKLAN

Perkhidmatan dan kepakaran yang ditawarkan di OHANA Specialist Hospital :

A) Obstetrik dan Ginekologi ( Kehamilan dan kesihatan wanita )

  • Pemeriksaan antenatal dan postnatal
  •  Imbasan Ultrasound 3D dan 4D.
  • Imbasan terperinci (detailed scan)
  • Perkhidmatan bersalin (bersalin biasa dan pembedahan)
  • Pap Smear (ujian awal mengesan kanser serviks)
  • Rawatan sakit puan
  • Pemeriksaan payudara dan imbasan payudara
  • Pemeriksaan dan Rawatan STD ( Penyakit Venereal )
  •  Pembedahan (elektif dan kecemasan )

B ) Pediatrik (Rawatan perubatan bagi bayi, kanak-kanak dan remaja sehingga 18 tahun)

  • Jaundis Neonatal, ujian darah
  • Vaksinasi
  • Berkhatan bayi dan kanak kanak
  • Kes kecemasan
  • Perundingan klinik
  • Wad kanak-kanak

C ) Pakar Kesuburan ( Fertility Specialist )

  • Penilaian hormonal
  • IUI

D ) Pembedahan Am ( General Surgery )

IKLAN

E ) Jabatan A&E 24 Jam

  • ECG
  • Pembedahan kecil
  • Jahitan, imunisasi
  •  Ujian Covid-19
  • Rawatan luka
  • Pemeriksaan Pra- Pekerjaan (Health screening)
  • Pemeriksaan Pelajar
  •  Pemeriksan Kesihatan
  • Ujian makmal
  • Nebulizer
  •  X-Ray

F ) Anestesiologi

  • Epidural

Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi 03 4131 2039 atau layari laman web www.ohanahospital.com

Alamat: No 9, 11, 13-1&13-2, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South, 53300 Kuala Lumpur,
FB: Hospital Pakar OHANA
IG: ohanaspecialisthospital

Tahniah sekali lagi kepada OHANA Specialist Hospital! Teruskan memberi yang terbaik buat papa mama di luar sana. Pa&Ma menghargai OHANA Specialist Hospital sebagai salah satu pilihan jenama kami.

OHANA Specialist Hospital, Pusat Pakar Wanita & Kanak-Kanak Terbaik!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI